Pages

Causes and Effects of Diabetes

During the digestive process, all foods that were eaten (carbohydrates, proteins and fats) are converted into glucose commonly known as blood sugar. Glucose circulates in the blood stream and is used as food for the body cells. But the cells cannot absorb glucose alone; a hormone called insulin which is produced in the pancreas must first bind with the cell surface.

Cintailah Jantung Anda

Semua orang mahukan kehidupan yang sihat dan aktif seperti lelaki ini. Walaupun dia telah berumur 50 tahun, dia masih kelihatan muda, segar, dan aktif.

Merokok Membahayakan Kesihatan


“Alamak, apa dah jadi?”

Merokok membahayakan kesihatan. Setiap kali anda merokok, asap rokok anda juga akan membahayakan orang lain. Berhentilah merokok demi kesihatan anda.

Cegah Kemalangan Di Rumah


Setiap hari tanpa kita sedari, kanak-kanak terdedah kepada bahaya kecederaan di rumah. Cegah kemalangan di rumah. Walau bagaimanapun, kemalangan ini boleh dicegah dengan sentiasa berwaspada.

Chikungunya


Chikungunya adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Chikungunya. Ia berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes. Tanda-tanda dan gejala utama penyakit ini adalah demam panas yang mendadak pada suhu 38 darjah Celsius atau lebih. Sakit sendi terutama di hujung jari, pergelangan tangan, buku lali dan rasa ngilu pada tulang. Mempunyai ruam pada tangan, badan dan kaki. Sakit kepala, mata merah, loya dan muntah. Seorang pesakit boleh mengalami demam dari satu ke tujuh hari dan boleh di salah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda Chikungunya menyerupai demam denggi. Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, tiada rawatan khusus.

Membasuh Tangan Amalan Sihat

Tangan anda boleh menjadi tempat persembunyian pelbagai jenis kuman yang membawa penyakit-penyakit berbahaya. Oleh itu, pastikan tangan anda sentiasa bersih. Basuhlah tangan dengan betul. Amalkan langkah-langkah berikut.
* Langkah pertama. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
* Langkah yang kedua. Gosok kedua-dua belah tapak tangan anda
* Langkah yang ketiga. Gosok setiap jari dan celah jari anda
* Langkah yang keempat. Gosok kuku di tapak tangan anda
* Langkah yang kelima. Gosok belakang tangan dan celah jari anda
* Langkah yang keenam. Basuh tangan anda dengan aliran air yang bersih
* Dan langkah yang ketujuh. Keringkan tangan anda dengan tisu atau kain yang bersih

Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit. Amalkan membasuh tangan dengan cara yang betul. Keputusan di tangan anda.

Penyakit Buah Pingang Dan Penjagaannya


Penyakit buah ginjal dan penjagaannya. Sering kali, kita tidak menyayangi buah ginjal kita sehingga ia telah rosak sama sekali dan kita terpaksa bergantung kepada cara lain untuk mencuci darah. Anda adalah antara beribu-ribu orang yang menghidapi penyakit buah ginjal. Buat sementara waktu, anda masih rasa sihat kerana buah ginjal anda masih boleh berfungsi. Ini adalah buah ginjal anda. Ia terletak di sebelah kiri dan kanan bahagian belakang anda. Buah ginjal anda amat perlu untuk kehidupan kerana ia membantu menapis bahan-bahan yang bahaya serta garam dan air yang berlebihan. Mengawal tekanan darah. Menghasil sel darah merah dan menguatkan tulang.

Utamakan Kesihatan,Sihat Sepanjang Hayat


Kini semakin ramai rakyat malaysia yang memilih mengamalkan cara hidup sihat. Anda boleh juga,mulakan dengan makan secara sihat. Nikmati pelbagai jenis makanan. Makanlah mengikut waktu yang teratur,banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran,kurangkan makanan yang tinggi kandungan gula,garam dan lemak. Kekal cergas,lakukan aktiviti fizikal, bersenam selalu untuk kesihatan jantung sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 hingga 30 minit setiap sesi. Apabila anda cergas,pasti anda rasa hebat. Hidup anda juga akan lebih ceria jika tidak merokok. Merokok berbahaya kepada kesihatan,jadi jangan merokok. Jika anda seorang perokok,masih belum terlewat untuk berhenti. Stres? Anda tidak perlu rasa begitu. Kurangkan stres dengan menangani kemarahan,bawa bertenang,dengar pendapat orang lain. Jangan berkata sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain. Utamakan kesihatan,sihat sepanjang hayat.

Senaman Yang Betul


Salam bahagia. Saya Zulkifli Abd Kadir akan berkongsi pengalaman dalam senaman yang sesuai bagi semua peringkat lapisan masyarakat. Senaman terbahagi kepada 3 peringkat. Pemanasan badan, aktiviti sebenar dan aktiviti melentur badan dan warming down. Dan objektif utama pemanasan badan adalah untuk mencegah kecederaan. Kita mengizinkan pergerakan badan kita secara aspek isologikal, fizikal dan psikologikal. Sebagai contoh, bila kita memilih untuk bermain bola, tenis dan sepak takraw dan melakukan aktiviti aerobik dan sebagainya. Kita akan melakukan sukan-sukan berkenaan. Tekanan darah akan naik, begitu juga dengan otot yang akan memanjang melebihi normal. Jadi, semua ini perlu ada kerana persediaan lebih awal, dari segi fizikal atau psikologikal. Jadi dalam memanaskan badan, objektif utama adalah melancarkan peredaran darah, memanaskan otot, nadi berkembang secara radial dan tekanan darah akan bergerak, semuanya secara menyeluruh untuk menghadapi tekanan.

Better Nutrition Healthier Kids

We all need to eat. But do you know just how important it is to get the right nutrition? Good nutrition is essential for proper growth and development in babies and children. Healthy eating habits are important no matter what age or how active you are. It's vital for mothers to be ensured that they eat the right food, especially those rich in calcium, protein and iron. This is because babies in the womb depend on what mother consume for nutrition.

Barah Pangkal Rahim

| Pengenalan | Tanda-tanda | Pap Smear | Rawatan | Pencegahan |

Barah pangkal rahim, adalah barah yang kedua tertinggi kejadiannya di kalangan kaum wanita selepas barah payu dara. Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan program saringan bagi barah pangkal rahim ini. Program ini dipanggil sebagai Program Saringan Pap Smear. Program ini telah membantu dalam mengesan pada peringkat awal dan mencegah berlakunya kejadian barah pangkal rahim yang amat merbahaya.

Bantuan Kecemasan CPR


Kecederaan berlaku di mana-mana di rumah, di kawasan rekreasi malah di pejabat. Kepatahan, tercekik, sawan, lemas dan terbakar adalah di antara kecederaan-kecederaan yang sering berlaku. Situasi kecemasan sepeti tercekik dan lemas memerlukan perawatan awal yang dapat menyelamatkan nyawa mangsa. Perawatan awal yang cepat dan tepat bukan sahaja mampu mencegah komplikasi akibat kecederaan, malah dapat menyelamatkan nyawa dalam kes-kes seperti tercekik atau lemas. Berikut adalah tips-tips mudah yang praktikal dilakukan oleh anda dalam memberikan perawatan kecemasan bagi kes-kes kecederaan yang sering berlaku.

Cara Jangkitan HIV AIDS

Alkohol

Banjir


Banjir datang lagi. Bagi negeri-negeri yang tertentu, banjir sudah menjadi perkara yang berulang-ulang. Malah bagi penduduk beberapa buah daerah, mereka sudah lali dengan banjir. Dalam kita menghadapi banjir, keselamatan merupakan aspek yang sering kita terlepas pandang. Kita bertungkus-lumus menyelamatkan harta-benda, mengumpul ahli keluarga dan berpindah ke tempat selamat namun keselamatan hanya sesekali dititik beratkan. Lemas merupakan penyebab utama kematian ketika banjir. Kanak-kanak amat berisiko kepada kejadian lemas sebagai mana ditunjukkan pada statistik banjir tahun 2007, di mana terdapat 29 kematian pada tahun tersebut.

Gaya Hidup Aktif


Saya sentiasa aktif, ia mudah saja seperti berjalan pantas, menaiki tangga, atau melakukan senaman ringan semsa berehat seketika. Ia boleh dilakukan di mana saja, walaupun di rumah hanya 30 minit setiap hari sudah mencukupi. Pilihan makanan mencerminkan kesihatan diri. Makanlah pelbagai jenis makanan secara seimbang. Pilihlah untuk makan lebih sayur, buah, bijirin penuh, dan kekacang. Kurangkan minyak, lemak, gula, dan garam dan minumlah enam hingga lapan gelas air setiap hari. Kami sayang diri kami. Kami sentiasa aktif dan kami makan secara sihat.

Amalkan Gaya Hidup Sihat


Kini semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih mengamalkan cara hidup sihat. Lebih mudah untuk mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya anda tahu mengamalkan cara hidup yang sihat. Anda akan kelihatan hebat, rasa sihat dan lebih bertenaga untuk menikmati kehidupan. Mulakan dengan makan secara sihat. Nikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang terdiri dari empat aras makanan. Aras satu mengandungi pelbagai jenis bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian. Aras dua pula terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Asma


Avian Flu Selsema Burung


Memang sukar untuk membuat orang teruja untuk mencegah demam dan selesema. Orang tahu bahawa ia akan berlaku walau apa pun anda lakukan dan bila ia berlaku selalunya ada dua pilihan. Pilihan satu ialah tidak berbuat apa-apa dan akhirnya ia akan hilang dalam lebih kurang dua minggu. Pilihan dua ialah mengikut arahan doktor anda dan akhirnya ia akan hilang dalam lebih kurang dua minggu. Selesema adalah cerita lain begitu juga dengan selesema avian atau burung.

Lagu Kempen Cegah AIDS

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

AIDS membawa bencana, AIDS tak kenal mangsa. Membawa derita sengsara siapa saja yang menghidapnya. Jauhi dari gejala dadah dan perhubungan jenis rambang. Yang menjadi punca durjana AIDS mengancam manusia. Amalkan hidup secara sihat dapat menghindar dari AIDS. Hidup kita lebih mulia di samping keluarga bahagia.

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

Artikel Popular