Salam bahagia. Saya Zulkifli Abd Kadir akan berkongsi pengalaman dalam senaman yang sesuai bagi semua peringkat lapisan masyarakat. Senaman terbahagi kepada 3 peringkat. Pemanasan badan, aktiviti sebenar dan aktiviti melentur badan dan warming down. Dan objektif utama pemanasan badan adalah untuk mencegah kecederaan. Kita mengizinkan pergerakan badan kita secara aspek isologikal, fizikal dan psikologikal. Sebagai contoh, bila kita memilih untuk bermain bola, tenis dan sepak takraw dan melakukan aktiviti aerobik dan sebagainya. Kita akan melakukan sukan-sukan berkenaan. Tekanan darah akan naik, begitu juga dengan otot yang akan memanjang melebihi normal. Jadi, semua ini perlu ada kerana persediaan lebih awal, dari segi fizikal atau psikologikal. Jadi dalam memanaskan badan, objektif utama adalah melancarkan peredaran darah, memanaskan otot, nadi berkembang secara radial dan tekanan darah akan bergerak, semuanya secara menyeluruh untuk menghadapi tekanan.
Memanas dimulakan dengan aktiviti seperti berjoging setempat, melompat setempat dan apa saja yang dapat meningkatkan suhu badan. Jika sudah cukup, kita akan berpeluh sedikit 2 – 3 minit memadai. Biarlah kita pergi ke aktiviti fizikal merenggang otot. Ia boleh dimulakan pada bahagian atas dan bahagian bawah badan. Tolak ke atas ke kanan dan ke kiri. Seterusnya tarik tangan ke belakang. Ia adalah senaman wajib. Dari atas, kita ke bawah. Dimulakan pada betis. Senaman badan, kaki kiri ke depan, satu arah. Rasa tekanan pada bahagian peha, seterusnya tukar ke bahagian kiri. Kalau anda berasa sakit ada benda yang tidak kena. Bahaya memadai dengan apa yang saya lakukan tadi, dapat membantu anda melakukan aktiviti seterusnya.
No comments:
Post a Comment