Pages

Pelalian Vaksin Demam Kepialu

Apakah vaksin Demam Kepialu?

  • Dapat melindungi jangkitan Demam Kepialu dalam kadar 70%-90%
  • Boleh di perolehi dalam bentuk suntikan atau dalam bentuk pil untuk dimakan
  • Berkesan selepas seminggu pemberian vaksin
  • Tidak bekesan selepas beberapa tahun (Kebiasaannya dalam tempoh 1 tahun bagi vaksin bentuk pil dan 3 tahun bagi vaksin suntikan)


Siapakah patut mendapat pelalian vaksin Demam Kepialu?

  • Jika anda melancong ke negara-negara seperti Latin Amerika, Afrika, dan Asia dimana penyakit ini masih dilaporkan.
  • Pengendali makanan terutama pemilik kedai makan, penjaja, pemilik kantin / gerai dan semua pekerja- pekerjanya yang mengendalikan makanan.

Di Malaysia, semua pengendali makanan di mestikan mendapatkan vaksin pencegah Demam Kepialu. Kebanyakkan pihak berkuasa tempatan telah mensyaratkan semua peniaga mendapatkankan vaksin Demam Kepialu sebelum diberi lesen berniaga.

Di mana saya boleh mendapat pelalian vaksin Demam Kepialu?


  • Semua klinik kesihatan, hospital kerajaan dan swasta.
  • Anda diminta merujuk dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Avian Flu Selsema Burung


Memang sukar untuk membuat orang teruja untuk mencegah demam dan selesema. Orang tahu bahawa ia akan berlaku walau apa pun anda lakukan dan bila ia berlaku selalunya ada dua pilihan. Pilihan satu ialah tidak berbuat apa-apa dan akhirnya ia akan hilang dalam lebih kurang dua minggu. Pilihan dua ialah mengikut arahan doktor anda dan akhirnya ia akan hilang dalam lebih kurang dua minggu. Selesema adalah cerita lain begitu juga dengan selesema avian atau burung.

Kisah Penagih Dadah

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

Dadah bukanlah satu nama asing bagi kita. Penyalah gunaan dadah merupakan bencana sosial dalam kehidupan kita. Seorang anak sanggup menzalimi ibunya kerana dadah. Maruah kian hilang, kerana dadah mereka sanggup melakukan apa sahaja. Nyawa mereka bergantung kepada dadah. Penagihan dadah adalah musuh utama negara.

Lagu Kempen Cegah AIDS

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

AIDS membawa bencana, AIDS tak kenal mangsa. Membawa derita sengsara siapa saja yang menghidapnya. Jauhi dari gejala dadah dan perhubungan jenis rambang. Yang menjadi punca durjana AIDS mengancam manusia. Amalkan hidup secara sihat dapat menghindar dari AIDS. Hidup kita lebih mulia di samping keluarga bahagia.

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

Penyakit HIV AIDS

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

Sejak ditemui buat pertama kalinya pada 1981, dunia mula maklum dan menyedari tentang virus HIV dan AIDS. Kita juga tahu yang penyakit ini telah meragut banyak nyawa, namun tidak dinafikan masih ramai yang terkeliru atau pun kurang memahami tentang penyakit AIDS. Oleh itu, maklumat orang ramai mengenai HIV/AIDS perlu dipertingkatkan lagi. HIV adalah singkatan daripada human immunodeficiency virus iaitu sejenis virus yang memusnahkan sistem ketahanan tubuh melawan penyakit.

Anda Dan Pesakit HIV AIDS

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

"Awak tidak boleh kerja sini!" Anda tidak akan mendapat AIDS dengan bekerja bersama. "Keluar sekarang!" Anda tidak akan mendapat AIDS dengan tinggal dalam satu rumah. "Jangan sentuh saya!" Anda tidak akan mendapat AIDS dari sentuhan. "Pergi dari sini!" Anda tidak akan mendapat AIDS dengan bermain bersama. "Dia bukan adik saya!" AIDS sudah cukup menyakitkan. Jangan tambahkan lagi penderitaannya. Anda tidak akan mendapat AIDS dengan menyayangi pesakit AIDS.

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

Cegahi HIV AIDS, Jauhi Sumbang Mahram

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

Satu cara untuk mencegah AIDS, tontoni dengan teliti. Jauhi hubungan seks luar nikah. Hargai kesucian diri. Ia boleh menyelamatkan anda.

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

HIV AIDS Dan Perkahwinan

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

Jika bakal suami anda pernah menagih dadah atau mengamalkan seks bebas dia mungkin HIV positif. Jika dia HIV positif, anda dan bayi anda mungkin dijangkiti. Pastikan anda dan suami anda tidak HIV positif

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

AIDS HIV Bukan Untuk Keluarga Anda

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

"Apa ayah bawa untuk ibu?" Sayangi keluarga anda. Jauhi seks luar nikah. Jangan bawa pulang AIDS.

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

Cara Jangkitan HIV AIDS

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

"Anda boleh jauhi diri dari AIDS jika anda mengetahui bagaimana AIDS berjangkit. AIDS boleh berjangkit melalui hubungan seks dengan pembawa kuman AIDS. Perkongsian jarum antara penagih dadah juga boleh menjangkitkan AIDS. Oleh itu, jauhi diri anda daripada seks rambang dan penagihan dadah."

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

Tragedi HIV AIDS

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

"Anda boleh jauhi diri dari AIDS jika anda mengetahui bagaimana AIDS berjangkit. AIDS boleh berjangkit melalui hubungan seks dengan pembawa kuman AIDS. Perkongsian jarum antara penagih dadah juga boleh menjangkitkan AIDS. Oleh itu, jauhi diri anda daripada seks rambang dan penagihan dadah."

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

Jalani Ujian HIV AIDS

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

"There is a growing number of unfortunate one's, who may unknowingly have contracted the HIV virus. The number is increasing and you maybe one of them. The only way to find out is to take the HIV test because you want to be in control of your life in concern with the others. Your unhealthy lifestyle may have put you at risk or might bring you into contact with carriers when you have sex or if you injected drugs. Perhaps you want to get married and start your own family. This simple test is available at any government hospital or health clinic and results are treated in the strictest confidence. Care for yourself, care for others. Get the HIV test today."

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

Hargai Kehidupan Jauhi AIDS

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

“Nama saya suzy, ini gambar abah dan mak saya. Abah dah meninggal dunia kerana AIDS, saya sangat sayang abah. Mak kata saya mesti belajar buat kerja sendiri kerana mak pun sakit kuat terkena AIDS, saya pun sangat sayang mak. Mak, janganlah pergi. Saya tak mau tinggal sendiri.” Jangan biarkan AIDS memusnahkan anda dan keluarga anda.

| HIV AIDS | Cara Jangkitan | Lagu Kempen | Ujian | Pesakit AIDS |

Penyakit selsema burung H5N1

Selesema Burung adalah sejenis penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus yang menyerang ungas (burung-buurng, ayam, itik dan lain-lain) dan juga haiwan seperti khinzir. Virus Selesema Burung adalah jenis yang khusus dan dalam keadaan tertentu dapat menjangkiti manusia.

Negara yang mana yang telah dijangkiti oleh virus H5N1 yang berpunca dari kilang ayam itik?

Bermula daripada pertengahan bulan Disember 2003 negara-negara yang tersebut di bawah telah dikenalpasti terdapat rebakan virus H5N1.

Penyakit influenza pandemik

Influenza Pandemik berlaku apabila virus selesema baru muncul dan sebelum ini tidak pernah beredar di dalam badan manusia. Kebimbangan sekarang adalah selesema burung yang akan bertukar kepada bentuk jangkitan yang berisiko tinggi kepada manusia dan mudah merebak ai antara satu sama lain. Walaupun selesema baru kepada manusia tetapi ia tetap tidak mudah merebak daripada seorang ke seorang.

Bagaimana Influenza Pandemik terjadi?


Virus Influenza yang baru muncul adalah daripada proses yang dipanggil antugenic shift dimana menyebabkan pertukaran tiba-tiba dan perubahan yang besar kepada virus A Influenza. Pertukaran ini berlaku apabila protein di permukaan virus bercampur dan ini menyebabkan mutasi atau bertukar bahan genetik antara pelbagai virus influenza. Jikalau berlaku kepada virus A Influenza subtype, dan ia boleh berjangkit kepada manusia dan merebak dengan mudah dari seorang ke seorang , Influenza Pandemik boleh berlaku.

Penyakit sindrom respiratori akut parah (SARS)

SARS telah dilaporkan di selatan China, tetapi pada masa ini terdapat juga laporan daripada kebanyakan Negara Asia, Eropah dan Australia. Pada Februari 2003, World Health Organization (WHO) mengumumkan jangkitan SARS yang pertama merebak dan ianya berakhir pada Julai 2003.

Virus ini dikenali sebagai SARS - berkaitan dengan coronavirus yang menyebabkan jangkitan.


Penyakit malaria

Malaria adalah penyakit disebabkan oleh parasit plasmodium. Penyakit merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti parasit (dipanggil sporozoites) berkenaan. Apabila parasit masuk kedalam tubuh manusia ia akan bergerak melalui salur darah dan terus ke hati. Di dalam hati, parasit menjadi matang dan masuk semula ke dalam sistem darah dan membiak. Dalam masa 48 hingga 72 jam selepas jangkitan, sel darah merah pecah, dan mengeluarkan/melepaskan lebih banyak parasit(merozoites) dan lebih banyak sel darah merah dijangkiti.

Penyakit antraks

Cardinal cap
Antraks adalah sejenis penyakit yang disebabkan kuman / bakteria yang membentuk spora, bernama bacillus anthracis. Kebanyakannya menjangkiti haiwan tetapi boleh menyebabkan demam yang serius kepada manusia sekiranya terdedah kepada spora ini. Ia menyerang kulit, usus atau paru-paru. Antraks kini dijadikan senjata biologikal moden. Manusia terutamanya petani dan individu yang bekerja di rumah sembelihan mungkin mendapat Antraks Kutaneus daripada haiwan yang dijangkiti melalui dedahan kulit.

Manusia juga boleh mendapat antraks melalui sedutan alat-alat yang dijangkiti. Jangkitan antraks selalunya didiagnoskan melalui pengesahan kuman dari lepuhan kulit, darah atau cecair badan yang lain.

Penyakit kusta

Penyakit kusta
Penyakit Kusta adalah disebabkan oleh sejenis bakteria dipanggil Mycobacterium leprae yang berjangkit secara perlahan-lahan dan menyerang bahagian kulit, saraf kaki dan tangan, serta lain-lain organ seperti mata, tekak dan hidung.Penyakit Kusta juga dikenali sebagai Penyakit Hansen.

Cara rebakannya tidak diketahui secara tepat tetapi difahamkan ia merebak dari seorang ke seseorang melalui percikan air liur. Faktor-faktor persekitaran yang tidak bersih dan keadaan tempat tinggal yang sesak adalah penyumbang kepada merebaknya penyakit ini di samping kekurangan zat makanan dan daya tahan badan yang lemah.

Tempoh pengeraman adalah terlalu lama iaitu di antara 1 hingga 40 tahun. Mereka yang kerap dijangkiti adalah golongan muda berumur di antara 10 hingga 20 tahun di mana lelaki lebih mudah dijangkiti berbanding perempuan.Penyakit Kusta adalah endemik di Malaysia, walau bagaimanapun kadar jangkitan adalah rendah.

Penyakit meningitis

Meningitis
Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.

Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.

Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan pelbagai umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan.

Artikel Popular