Pages

Penyakit Buah Pingang Dan Penjagaannya


Penyakit buah ginjal dan penjagaannya. Sering kali, kita tidak menyayangi buah ginjal kita sehingga ia telah rosak sama sekali dan kita terpaksa bergantung kepada cara lain untuk mencuci darah. Anda adalah antara beribu-ribu orang yang menghidapi penyakit buah ginjal. Buat sementara waktu, anda masih rasa sihat kerana buah ginjal anda masih boleh berfungsi. Ini adalah buah ginjal anda. Ia terletak di sebelah kiri dan kanan bahagian belakang anda. Buah ginjal anda amat perlu untuk kehidupan kerana ia membantu menapis bahan-bahan yang bahaya serta garam dan air yang berlebihan. Mengawal tekanan darah. Menghasil sel darah merah dan menguatkan tulang.

Apakah yang akan berlaku sekiranya buah ginjal seseorang rosak sama sekali?

Buah ginjal tidak boleh menapis darah lagi. Badan akan terancam oleh bahan-bahan berbahaya yang tertinggal di dalam darah. Apakah punca sebab kegagalan buah ginjal? Antaranya ialah penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular