Banjir datang lagi. Bagi negeri-negeri yang tertentu, banjir sudah menjadi perkara yang berulang-ulang. Malah bagi penduduk beberapa buah daerah, mereka sudah lali dengan banjir. Dalam kita menghadapi banjir, keselamatan merupakan aspek yang sering kita terlepas pandang. Kita bertungkus-lumus menyelamatkan harta-benda, mengumpul ahli keluarga dan berpindah ke tempat selamat namun keselamatan hanya sesekali dititik beratkan. Lemas merupakan penyebab utama kematian ketika banjir. Kanak-kanak amat berisiko kepada kejadian lemas sebagai mana ditunjukkan pada statistik banjir tahun 2007, di mana terdapat 29 kematian pada tahun tersebut.
41 peratus daripadanya adalah di kalangan kanak-kanak di mana penyebab utamanya adalah lemas akibat bermain air dan tergelincir. Air menyebabkan permukaan menjadi licin dan air banjir juga amat berlumpur dan melindungi kawasan yang dalam. Oleh yang demikian, kemungkinan tergelincir dan terperosok ke lubang-lubang yang bukannya dalam amatlah tinggi. Jadi berhati-hatilah semasa mengharungi air banjir dan jangan sesekali membiarkan anak anda bermain air banjir. Iringi kanak-kanak dan orang kurang upaya semasa proses pemindahan mangsa. Jangan lepaskan mereka dari pandangan dan jagaan anda. Peringatan ini juga ditujukan kepada mereka yang suka menjalankan aktiviti menangkap ikan semasa banjir. Ingat, permukaan yang licin boleh menyebabkan anda tergelincir ke dalam sungai dan lemas dibawa arus deras. Berhati-hati dengan wayar elektrik yang terputus. Lihat di sekeliling anda dan jauhi daripada memijak wayar elektrik yang putus kerana ia mungkin hidup dan menyebabkan anda mendapat renjatan elektrik. Oleh yang demikian, berhati-hati terhadap persekitaran anda. Pastikan kawasan yang anda lalui tidak mempunyai wayar elektrik yang terputus atau terjuntai ke dalam air. Anda juga perlu berhati-hati berjalan di lantai rumah yang terendam air kerana soket yang terendam air boleh mengalirkan elektrik. Terdapat soket-soket yang dipasang di bawah dinding dan juga di lantai, oleh itu tutup suis semasa musim banjir.. Jangan sesekali menggunakan peralatan elektrik yang telah terendam kerana air banjir kemungkinan akan merosakkan motor perkakas elektrik tersebut dan ini memungkinkan anda mendapat kejutan elektrik. Air banjir juga membawa sampah-sarap masuk termasuk benda-benda tajam seperti kayu, kaca, dan paku yang tidak kelihatan akibat ditenggelami air. Jangan berjalan tanpa kasut bagi mengelakkan luka mahupun tercucuk benda-benda tajam. Selain itu, haiwan seperti ular atau lipan semestinya berkeliaran kerana air banjir telah menenggelami tempat tinggal mereka. Gigitan haiwan yang beracun juga merupakan salah satu risiko semasa kejadian banjir. Pastikan mendap-at rawatan segera dari pusat rawatan yang berhampiran sekiranya anda digigit haiwan tersebut. Oleh yang demikian, dalam kita sibuk menyelamatkan harta-benda kita, aspek keselamatan jangan sekali-kali kita abaikan. Ingat, nyawa amat berharga. Banjir datang lagi. Bagi negeri-negeri yang tertentu, banjir sudah menjadi perkara yang berulang-ulang. Malah bagi penduduk beberapa buah daerah, mereka sudah lali dengan banjir. Dalam kita menghadapi banjir, keselamatan merupakan aspek yang sering kita terlepas pandang. Kita bertungkus-lumus menyelamatkan harta-benda, mengumpul ahli keluarga dan berpindah ke tempat selamat namun keselamatan hanya sesekali dititik beratkan. Lemas merupakan penyebab utama kematian ketika banjir. Kanak-kanak amat berisiko kepada kejadian lemas sebagai mana ditunjukkan pada statistik banjir tahun 2007, di mana terdapat 29 kematian pada tahun tersebut. 41 peratus daripadanya adalah di kalangan kanak-kanak di mana penyebab utamanya adalah lemas akibat bermain air dan tergelincir. Air menyebabkan permukaan menjadi licin dan air banjir juga amat berlumpur dan melindungi kawasan yang dalam. Oleh yang demikian, kemungkinan tergelincir dan terperosok ke lubang-lubang yang bukannya dalam amatlah tinggi. Jadi berhati-hatilah semasa mengharungi air banjir dan jangan sesekali membiarkan anak anda bermain air banjir. Iringi kanak-kanak dan orang kurang upaya semasa proses pemindahan mangsa. Jangan lepaskan mereka dari pandangan dan jagaan anda. Peringatan ini juga ditujukan kepada mereka yang suka menjalankan aktiviti menangkap ikan semasa banjir. Ingat, permukaan yang licin boleh menyebabkan anda tergelincir ke dalam sungai dan lemas dibawa arus deras. Berhati-hati dengan wayar elektrik yang terputus. Lihat di sekeliling anda dan jauhi daripada memijak wayar elektrik yang putus kerana ia mungkin hidup dan menyebabkan anda mendapat renjatan elektrik. Oleh yang demikian, berhati-hati terhadap persekitaran anda. Pastikan kawasan yang anda lalui tidak mempunyai wayar elektrik yang terputus atau terjuntai ke dalam air. Anda juga perlu berhati-hati berjalan di lantai rumah yang terendam air kerana soket yang terendam air boleh mengalirkan elektrik. Terdapat soket-soket yang dipasang di bawah dinding dan juga di lantai, oleh itu tutup suis semasa musim banjir.. Jangan sesekali menggunakan peralatan elektrik yang telah terendam kerana air banjir kemungkinan akan merosakkan motor perkakas elektrik tersebut dan ini memungkinkan anda mendapat kejutan elektrik. Air banjir juga membawa sampah-sarap masuk termasuk benda-benda tajam seperti kayu, kaca, dan paku yang tidak kelihatan akibat ditenggelami air. Jangan berjalan tanpa kasut bagi mengelakkan luka mahupun tercucuk benda-benda tajam. Selain itu, haiwan seperti ular atau lipan semestinya berkeliaran kerana air banjir telah menenggelami tempat tinggal mereka. Gigitan haiwan yang beracun juga merupakan salah satu risiko semasa kejadian banjir. Pastikan mendap-at rawatan segera dari pusat rawatan yang berhampiran sekiranya anda digigit haiwan tersebut. Oleh yang demikian, dalam kita sibuk menyelamatkan harta-benda kita, aspek keselamatan jangan sekali-kali kita abaikan. Ingat, nyawa amat berharga.
No comments:
Post a Comment