Pages

Avian Flu Selsema Burung


Memang sukar untuk membuat orang teruja untuk mencegah demam dan selesema. Orang tahu bahawa ia akan berlaku walau apa pun anda lakukan dan bila ia berlaku selalunya ada dua pilihan. Pilihan satu ialah tidak berbuat apa-apa dan akhirnya ia akan hilang dalam lebih kurang dua minggu. Pilihan dua ialah mengikut arahan doktor anda dan akhirnya ia akan hilang dalam lebih kurang dua minggu. Selesema adalah cerita lain begitu juga dengan selesema avian atau burung.
Kami ingin memberi beberapa petua panduan mengenai tajuk penting ini kerana pakar memberi arahan bahawa wabak besar boleh membunuh lebih daripada 1 billion orang di seluruh dunia.wabak besar selesema bermakna meletusnya prnyakit di peringkat global apabila virus selesema A muncul atau timbul dalam populasi manusia, menyebabkan penyakit serius dan berjangkit dengan mudah dari seseorang kepada seseorang di seluruh dunia. Meletusnya wabak besar disebabkan oleh sub jenis baru atau sub jenis yang tidak pernah merebak di kalangan manusia atau yang lama tidak merebak di kalangan manusia. Wabak besar selesema sebelum ini telah menyebabkan bilangan penyakit, metian, gangguan sosial, dan kerugian ekonomi yang besar. Tanpa membosankan anda dengan statistic dan sejarah wabak besar, Selesema Asia dari 1957 hingga 1958 menyebabkan lebih 70 ribu kematian di A.S. Dikenal pasti buat pertama kali di China lewat 1957, Selesema Asia merebak ke A.S. menjelang Jun 1957. Selesema Hong Kong 1968 hingga 1969 menyebabkan lebih 34 ribu kematian di A.S. Virus ini dikesan buat pertama kali di Hong Kong awal 1968 dan merebak ke A.S. lewat tahun berkenaan. Dalam tahun 2003, kita mendengar mengenai SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk) yang merupakan bentuk selesema yang biasa. Terdapat banyak wabak besar, bukan sahaja selesema yang telah membunuh berjuta-juta orang. Baik jika kita mempunyai maklumat dari sekadar meneka-neka. Pada masa ini di kalangan manusia, ia membunuh 55% daripada mereka yang dijangkiti. Itu menjadikannya selesema burung pembawa maut paling tinggi pernah diketahui di bumi di kalangan manusia. Ia bermula di Asia. Burung seperti angsa, burung undan dan itik merupakan puncanya. Burung mati akibat radang paru-paru. Paru-paru didapati dipenuhi cecair dan darah dan penyakit ini merebak melalui burung liar kemudian kepada ayam kemudian kepada manusia. Yang membimbangkan pegawai-pegawai kerajaan di seluruh dunia ialah ramai tidak memahami betapa besarnya masalah ini. Malah, ahli-ahli politik sendiri tidak mahu kelihatan terlalu panik mengenai selesema burung dan oleh itu negara-negara bertindak seolah-olah semuanya seperti biasa. Tiada ancaman yang wujud sedangkan begitu ramai rakyat masih tidak dididik mengenai kemungkinan yang bakal berlaku musim sejuk ini. Tambahan kepada ini, hakikat bahawa ubat-ubatan tidak mencukupi pada masa ini untuk menghadapi wabak besar. Merebaknya penyakit secara meluas akan mustahil untuk ditangkis. Ini bermakna, bilangan manusia yang akan mati tanpa mendapat vaksin yang diharapkan adalah membimbangkan. Penyakit ini mula menyerang dengan demam hidung berair, kemudian sakit tekak. Paru-paru diserang seterusnya dan tisu di situ diserang radang paru-paru yang teruk. Setakat ini jangkitan datang daripada burung tetapi sebaik sahaja virus berkenaan melompat daripada burung kepada manusi akepada manusia maka wabak besar mula berlaku. Selesema burung boleh bergerak ke seluruh dunia dalam masa yang singkat. Ini disebabkan perjalanan udara antarabangsa. Orang akan membawa virus di tangan mereka. Oleh kerana itu, berjabat tangan boleh menyebarkan penyakit ini. Pemegang pintu dan objek seumpamanya boleh membawa virus ini. Apa sahaja yang disentuh boleh tercemar. Jika orang fikir bahawa malapetaka taufan Katrina dan Rita begitu besar, kenyataannya sebenarnya ia begitu kerdil berbanding dengan wabak besar selesema burung. Tidak terdapat jawapan khusus kepada masalah ini, malah tiada jawapan. Tidak terdapat vaksin mencukupi dan ingatlah bahawa ini merupakan masalah seluruh dunia yang bermakna A.S bukan keutamaan untuk menerima vaksin ini. Pada masa ini hanya terdapat 2 juta dos di A.S yang menjadikan majoriti besar negara ini tidak dilindungi. Pakar mengatakan selesema burung boleh membunuh lebih ramai lagi manusia di seluruh dunia. Satu-satunya yang boleh kita lakukan sebelum vaksin mencukupi tersedia ialah mengamalkan tabiat kesihatan asas yang baik. Elakkan berada dekat dengan orang yang sakit. Bila anda sakit, jauhkan diri anda daripada orang lain untuk melindungi mereka daripada turut sakit. Duduk di rumah jika anda sakit. Jika boleh, jangan pergi kerja, sekolah dan melakukan kerja suruhan bila anda sakit. Tutup mulut dan hidung anda dengan tisu semasa batuk atau bersin. Ia boleh mencegah orang lain di sekeliling anda dari jatuh sakit. Membasuh tangan anda dengan kerap akan melindungi anda daripada kuman. Elakkan menyentuh mata, hidung atau mulut anda. Kuman selalunya disebarkan apabila seseorang menyentuh sesuatu yang tercemar dengan kuman dan selepas itu menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Rawatan perubatan. Secara asasnya terdapat tiga ubat antivirus yang diluluskan penggunaannya untuk mencegah selesema ini. Ini merupakan rawatan perubatan preskripsi yang seorang doktor perlu dirujuk sebelum ia digunakan. Dapatkan suntikan selesema anda. Apabila kita menggunakan perkataan langkah berjaga-jaga universal secara umum kita ingat ia hanya digunakan oleh profesional penjagaan kesihatan. Garis panduan memang membantu melindungi pekerja penjagaan kesihatan tetapi bayangkan wabak besar selesema burung melanda dan merebak ke seluruh A.S. Beratus-ratus ribu malah berjuta akan dijangkiti maka bagaimana harus kita menghadapi bencana dahsyat sebegini? Hospital tidak akan dapat menangani bekalan ubatan yang tidak mencukupi yang secara umunya anda perlu bergantung kepada diri anda sendiri untuk dilindungi. Mari kita ulang semula beberapa perkara yang dapat membantu anda. Selesema Avian atau burung adalah sejenis selesema yang boleh disebarkan daripada seseorang kepada seseorang dalam keadaan wabak besar. Kaedah umum penyebaran adalah melalui batuk, bersin, bakteria atau kaedah pencemaran lain. Jadi cara terbaik adalah membasmi penyebaran. Mungkin memakai topeng pakai buang seperti dilakukan di Asia dan di negara lain. Titisan daripada bersin atau batuk tidak boleh memasuki sistem pernafasan anda jika anda memakai perlindungan. Paling penting ialah kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan air kerana hampir semua yang anda sentuh mengandungi virus ini. Jadi perlindungan tangan seperti sarung tangan boleh dipakai. Ingat bahawa kita membincangkan tercetusnya wabak besar selesema dan tidak akan meminta anda memakai topeng dan sarung tangan semasa aktiviti biasa. Tetapi dalam keadaan wabak besar, anda tentu akan melakukan apa sahaja untuk melindungi diri anda. Anda mungkin perlu memakai topeng dan sarung tangan dan membasuh tangan anda 10 kali ganda berbanding sekarang. Jauhkan diri daripada orang ramai jika boleh dalam sekumpulan 50 orang atau lebih orang akan dijangkiti. Di tempat kerja, fikirkan tentang sistem dingin hawa anda. Udara yang dipindahkan dari tempat ke setempat. Jangan gunakan telefon, faks, atau alatan milik orang lain tanpa mensanitasikannya dahulu. Sanitasi boleh dilakukan dengan banyak cara tetapi salah satu cara yang paling berkesan dan murah ialah memasukkan satu sudu teh bahan pemutih ke dalam satu gelen air. Mengelap peralatan dengan kain yang dicelup dalam bahan sanitasi ini akan membunuh bakteria dan kuman. Pastikan cawan kopi dibasuh dan disanitasi atau gunakan cawan pakai buang. Isi utama yang ingin kami tegaskan ialah kuman, bakteria dan virus boleh disebarkan dengan begitu mudah apabila bersentuhan dengan hampir apa sahaja. Tombol pintu, stering, kerusi, cawan kopi, dan banyak benda lain yang anda sentuh setiap hari. Dalam mod kecemasan, anda perlu berfikir tentang kuman dan virus dan melindungi diri anda dan orang lain. Basuh pakaian selepas digunakan sekali. Basuh dan sanitasikan topeng dan benda yang anda selalu gunakan. Mungkin kedengaran agak bodoh mengelap telefon sebelum anda menggunakannya tetapi sebenarnya ia tidak sebodoh dijangkiti dan mempertaruh nyawa anda. Jika anda rasa sakit, dapatkan bantuan jika ia tersedia. Jangan sebarkan penyakit anda kepada rakan sekerja dan ahli keluarga. Begitu banyak perkara perlu dilakukan semasa wabak selesema. Tetapi yang paling penting ialah menggunakan akal biasa dan menggunakan langkah berjaga-jaga universal. Jika wabak besar berlaku, anda akan menyaksikan perniagaan ditutup, hospital terlebih pesakit dan tidak dapat menangani, farmasi mungkin tidak mempunyai bekalan perubatan, pekerjaan anda mungkin ditamatkan, dan semua perkara buruk yang mungkin berlaku dalam kes sebesar ini. Jangan bergantung kepada kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini kerana mereka sendiri pun tidak dapat menanganinya. Secara keseluruhannya, maklumat ini nampak seperti perkara biasa dan sememangnya perkara yang perlu kita lakukan. Semua pegawai kerajaan, pakar perubatan dan mereka yang mengkaji tercetusnya wabak besar secara terbuka menyatakan bahawa amaran ini bukan jika wabak tercetus tetapi bila ia berlaku. Pegawai-pegawai sedang cuba menghasilkan pengeluaran vaksin dengan lebih besar supaya ia tersedia untuk lebih ramai orang tetapi merupakan satu keajaiban jika vaksin mencukupi dihasilkan menjelang tahun hadapan. Meletusnya wabak ini kelihatan lebih hampir daripada satu atau dua tahun lagi. Selesema biasa adalah penyakit pernafasan berjangkit yang disebabkan oleh virus selesema. Ia boleh mengakibatkan penyakit yang sederhana hingga teruk dan ada masanya mengakibatkan kematian. Cara terbaik untuk mencegah penyakit ini ialah mendapatkan pengvaksinan selesema setiap musim luruh. Setiap tahun di A.S, secara puratanya lima peratus hingga 20 peratus daripada populasi menghidap selesema. Lebih daripada 200 ribu orang dimasukkan ke hospital akibat komplikasi selesema dan 36 ribu orang mati akibat selesema. Sesetengah orang seperti orang tua, kanak-kanak dan orang yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu berisiko mempunyai komplikasi selesema yang serius. Ikuti tabiat kesihatan umum setiap masa. Kita tahu bahawa ramai orang tidak membasuh tangan mereka walaupun selepas menggunakan tandas. Kita tahu mereka tidak menutup mulut mereka apabila batuk atau bersin. Kita tahu banyak perkara, tetapi kini masanya mengambil langkah tambahan untuk mencegah atau mengurangkan kesan penyakit yang sangat-sangat serius ini. Satu perkara yang dibimbangkan oleh banyak kerajaan ialah di manakah kita akan menanam semua mayat nanti? Di Eropah, sebuah agensi kerajaan membeli kawasan tanah yang luas untuk dijadikan tapak pengkebumian kecemasan. Adakah ini kedengarannya seperti sejenis penyakit yang serius kepada anda? Kami harapkan begitu. Tetapi kami juga tahu dengan menggunakan akal biasa dan tabiat kesihatan asas yang biasa kita boleh bersama-sama mengurangkan kesan kemungkinan yang amat-amat buruk ini.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular