Pages

Cegah Kemalangan Di Rumah


Setiap hari tanpa kita sedari, kanak-kanak terdedah kepada bahaya kecederaan di rumah. Cegah kemalangan di rumah. Walau bagaimanapun, kemalangan ini boleh dicegah dengan sentiasa berwaspada.


Puan Rohana:
“Lain kali, simpan permainan ini selepas main, o.k.? dah, jom ikut mama pergi rumah Benny. Tapi sebelum tu, kena tolong mama kemaskan permainan ni dulu, o.k.? jom!” Oh,oh! Benny mungkin terjatuh kerana lantai basah dan licin.

Puan Tan:
“Benny, tunggu hingga mama keringkan lantai ini ya.” Seperti ibu-ibu bijak yang lain, Puan Tan tidak mendukung anaknya ketika memasak. Malah penghadang dipasang bagi mengelakkan kanak-kanak bermain di dapur kerana mereka terdedah kepada bahaya kelecuran jika mereka ditimpa masakan atau air yang panas. Jauhkan tangkai alat memasak dari dicapai kanak-kanak. Semua peralatan dapur yang tajam, mesti disimpan di tempat yang selamat kerana ia boleh mencederakan kanak-kanak jike mereka bermain dengannya. Begitu juga dengan pencuci, minyak tanah dan lain-lain bahan yang boleh menyebabkan keracunan jika termakan. Puan Tan menggunakan katil bayi yang lebih selamat. Jika menggunakan buaian kain atau alat tatih bayi pastikan anda sentiasa mengawasinya bagi mengelakkan anak anda lemas atau terjatuh. Puan Tan sentiasa berwaspada dan memikirkan keselamatan anaknya. Beliau memastikan pagar katil dinaikkan dan dikunci bagi mengelak anaknya dari terjatuh dan menggunakan bekas ubat nyamuk bertutup bagi mengelak tragedi kebakaran. Puan Tan memasang alat pengesan asap sebagai satu lagi langkah keselamatan dan memastikan jeriji besi boleh dibuka semasa kecemasan. Puan Tan memastikan tiada perabot diletakkan di situ. Alat penutup soket dipasang bagi mengelakkan anaknya dari terkena kejutan elektrik. Bekas air juga sentiasa ditutup dan memilih jubin lantai dari jenis yang tidak licin. Kini Puan Tan merasa lebih selesa dengan langkah-langkah keselamatan yang diambilnya.

Keluarga Nathan sedang menyambut hari lahir anaknya, Ivan.

Puan Rohana:
“Wah, nampaknya rumah you ni dah siap diubah suai ye, Mrs. Nathan.”

Puan Nathan:
“Alangkah baiknya jika pemaju juga memikirkan tentang keselamatn di rumah. Ingat tak tangga rumah ni dulu? Curam, sempit, dan licin. Bahaya betul untuk Ivan. Mari, saya tunjukkan sekeliling rumah ni.” “Tangga ini dah diubah suai. Kini ia lebih selamat lagi.”

Puan Nathan juga memasang penghadang dan pemegang pada tangga ini. Lampu yang terang pula akan membantu ahli keluarganya melangkahi anak tangga dengan selamat. Puan Nathan juga prihatin pada pilihan perabot dalam rumahnya. Ia bukan sahaja cantik tapi selamat.

Puan Tan:
“Hei, anak-anak. Jangan bermain di sini, nanti terlanggar kerusi bahaya tau!”

Puan Nathan:
“Jangan bimbang Puan Tan. Mari.” “Puan Tan, lihat. Bucu meja saya ni ada pelindungnya. Tengok, Ana.”
Juga tiada meja kaca yang boleh pecah dan mencederakan keluarganya. Perabot berbucu bulat dipilih supaya tiada kecederaan teruk dialami kanak-kanak jika mereka terhantuk. Menyimpan ubat-ubatan dengan selamat juga penting. Selain melabel, Puan Nathan menyimpannya di dalam peti yang berkunci supaya kanak-kanak tidak boleh membukanya.

Ivan:
“Mama, mama. Marilah cepat mama, marilah!” Kanak-kanak ini sedang membuat mercun berdasarkan bahan-bahan asas yang terdapat di rumah kita. Ini amat berbahaya kerana mereka boleh cedera parah. Bermain dengan bunga api atau mercun boleh menyebabkan kebakaran. Didiklah anak-anak tentang keselamatan terutama semasa musim perayaan atau ketika musim banjir yang boleh menyebabkan mereka mati lemas. Cegahlah mereka dari bermain berhampiran longkang kerana mereka mungkin terjatuh ke dalamnya. Di halaman rumah kita juga terdapat bahaya yang tidak kita sedari. Semua bekas menyimpan air haruslah ditutup begitu juga longkang dan perigi. Baja, bahan kimia dan racun rumpai amat berbahaya. Jadi, simpan bahan-bahan ini dan alat-alat berkebun di tempat berkunci. Berhati-hati memilih tanaman dan pokok bunga. Pastikan ia tidak beracun atau berduri. Ketika mengundur kereta, pastikan tiada kanak-kanak berada di belakang. Jika anda ikuti langkah-langkah mudah ini, rumah anda pasti lebih selamat untuk seisi keluarga. Ingat, rumah selamat keluarga sejahtera. Puan Rohana, Puan Tan, dan Puan Nathan berjaya melakukannya dan anda juga boleh melakukannya. Demi kesejahteraan keluarga anda, amalkan cara hidup sihat. Cegah kecederaan.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular