Pages

Penyakit Buah Pingang Dan Penjagaannya


Penyakit buah ginjal dan penjagaannya. Sering kali, kita tidak menyayangi buah ginjal kita sehingga ia telah rosak sama sekali dan kita terpaksa bergantung kepada cara lain untuk mencuci darah. Anda adalah antara beribu-ribu orang yang menghidapi penyakit buah ginjal. Buat sementara waktu, anda masih rasa sihat kerana buah ginjal anda masih boleh berfungsi. Ini adalah buah ginjal anda. Ia terletak di sebelah kiri dan kanan bahagian belakang anda. Buah ginjal anda amat perlu untuk kehidupan kerana ia membantu menapis bahan-bahan yang bahaya serta garam dan air yang berlebihan. Mengawal tekanan darah. Menghasil sel darah merah dan menguatkan tulang.

Kencing manis atau diabetes mellitus

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 di mana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun ke atas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Artikel Popular