Saraf kranium ke-6 (Abdusens)
Bendasing termasuk ke dalam mata
Tanda / Gejala
Bendasing di atas kornea atau di bawah kelopak mata boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan kesakitan dan kadang -kadang menyebabkan kemerahan atau mata berair.
Penyakit mata ketumbit
Kelopak mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak, membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata. Kadangkala, kelenjar ini boleh terkena jangkitan dan menyebabkan bisul kecil yang dipanggil ketumbit.Tanda & gejala
Ketumbit boleh menyebabkan gejala seperti sakit, mata rasa seperti berpasir, kemerahan atau bengkak pada kulit kelopak mata.
Penyakit mata juling
Juling merupakan ketidakseimbangan otot-otot mata yang menyebabkan sebelah atau kedua-dua belah mata tidak selari. Ia boleh terjadi sewaktu lahir, peringkat kanak-kanak atau dewasa. Juling yang berlaku pada orang dewasa biasanya disebabkan oleh penyakit vaskular seperti diabetis (kencing manis) atau darah tinggi yang menyebabkan gangguan pada sistem saraf mata.Tanda & gejala
Pesakit yang mengalami juling, mata mereka kelihatan samada masuk ke dalam atau terkeluar. Sesetengah mereka mengalami gejala kabur penglihatan atau penglihatan berganda.
Kesakitan mata tanpa kemerahan
Mata sakit tanpa kemerahan mempunyai sebab yang berbeza-beza. Penilaian klinikal yang teliti selalunya akan memberi diagnosis yang tepat. Antara penyebab keadaan ini termasuklah lapisan kornea yang luka.Kornea merupakan lapisan mata yang paling luar. Ianya jernih, permukaannya berbentuk kubah yang menutupi bahagian hadapan mata dan ianya membantu mefokus cahaya ke atas retina. Di sebabkan kornea merupakan lapisan yang paling luar, maka ia mudah tercedera akibat bendasing yang masuk kedalam mata. Kecederaan kornea biasanya berlaku akibat kemalangan semasa bekerja seperti serpihan kayu atau besi yang masuk ke mata, atau kotoran ketika memotong rumput. Ia juga biasa terjadi semasa kecederaan sukan(jari tercucuk mata),atau serpihan kaca yang memasuki mata ketika kemalangan jalanraya. Walaubagaimanapun ia terjadi, kecederaan kornea menyebabkan kesakitan dan menjejaskan penglihatan.
Penyakit mata merah tanpa sakit
Keadaan yang biasa menyebabkan mata merah tanpa merasa sakit ialah konjunktivitis, pendarahan subkonjunktiva, pterygium, konjunktivitis alahan dan episcleritis.
Penyakit mata berair
Air mata dihasilkan oleh pelbagai kelenjar yang terdapat pada bahagian lapisan dalam kelopak mata . Pengaliran keluar air mata pula adalah melalui dua bukaan kecil disudut dalam kelopak mata. Apabila mata berkelip, air mata akan dialirkan kebukaan tersebut dan seterusnya mengalir keruang nasal melalui saluran nasolakrimal. Mata akan berair sekiranya berlaku penyumbatan saluran nasolakrimal seperti yang dibincangkan di atas.
Keadaan-keadaan lain yang boleh menyebabkan mata berair adalah seperti berikut.
Kabur Penglihatan
Sebarang perubahan pada tahap penglihatan boleh dirawat dengan mudah dengan menggunakan cermin mata, tetapi untuk kes-kes yang lebih rumit pemeriksaan mata yang rapi diperlukan untuk menentukan puncanya.
Dalam beberapa situasi, gejala kabur penglihatan memerlukan perhatian segera, antaranya
Kecederaan mata
![]() |
| Bendasing logam di kornea |
Kecederaan mata adalah rujukan kecemasan yang biasa dilihat di hospital. Ini boleh berlaku akibat dari pergaduhan, terjatuh, terdedah pada bahan kimia atau bendasing ditempat kerja atau kemalangan jalanraya. Adalah sangat penting sekiranya orang awam dan pengamal perubatan awam dapat membezakan diantara kecederaan mata tertutup dengan kecederaan mata jenis tertusuk. Kecederaan jenis tertusuk boleh menyebabkan jangkitan kuman yang mana akan mengancam penglihatan jika tidak dirujuk dan dirawat dengan segera.
Penyakit mata lekangan retina
![]() |
| Lekangan retina (kuning) |
Retina merupakan lapisan nipis tisu saraf yang melapisi bahagian dalam mata dan amat sensitif pada cahaya. Apabila lekangan retina berlaku, lapisan retina akan terangkat dari kedudukan asal. Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal.
Tanda & gejala
Gejalanya termasuk kabur penglihatan tanpa rasa sakit dan /atau peningkatan bilangan 'floaters' secara mendadak (tompok-tompok hitam kecil yang terapung di dalam medan penglihatan), dan /atau melihat kilauan cahaya. Gejala lain adalah pesakit seolah-olah melihat tabir turun atau terdapat sesuatu menghalang sebahagian dari medan penglihatan.
Penyakit mata rabun (myopia, hyperopia, astigmatism)
Mata manusia berfungsi seperti sebuah kamera untuk melihat dengan jelas. Objek yang dilihat difokuskan keatas retina. Ini dicapai melalui kuasa menumpu yang terdapat pada kornea dan kanta. Apabila imej tidak difokuskan dengan tepat diatas retina, maka rabun terjadi. Keadaan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan ianya boleh dibetulkan dengan penggunaan cermin mata atau kanta sentuh.Terdapat tiga jenis rabun mata iaitu :
- Myopia (rabun jauh) : Imej difokuskan dihadapan retina
- Hyperopia (rabun dekat) : Imej difokuskan dibelakang retina
- Astigmatism : Imej yang terbentuk mempunyai lebih dari satu titik fokus
Penyakit mata katarak
![]() |
| Katarak (mata kanan) |
Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh(berselaput). Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran. Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan.
Katarak perlu dibuang sekiranya kehilangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian pesakit seperti memandu, membaca atau menonton TV. Di peringkat awal katarak, penangguhan pembedahan tidak akan menyebabkan kerosakan jangka panjang pada mata atau membuatkan pembedahan menjadi sukar.
Penyakit mata glaukoma
![]() |
| Glaukoma |
Glaukoma ialah salah satu penyebab utama kebutaan yang menjejaskan hampir jutaan manusia diseluruh dunia. Glaukoma adalah suatu penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik. Saraf optik adalah laluan yang membawa imej yang kita lihat ke otak. Sekiranya tidak dirawat, penyakit ini akan merosakkan saraf optik seterusnya menyebabkan hilang penglihatan
Glaukoma boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Walaubagaimanapun, faktor-faktor yang meningkatkan risiko seseorang mendapat glaukoma termasuklah :
Penyakit mata konjungtivitis
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan, jangkitan bakteria dan tindakbalas mata terhadap sesetengah jenis ubat mata.Tanda & gejala
Gejala-gejala konjunktivitis termasuklah mata merah, discaj atau pengeluaran cecair atau lender dari mata, mata terasa pedih dan kadangkala gatal serta sensitif terhadap cahaya. Ianya boleh terjadi pada sebelah mata atau kedua-duanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Artikel Popular
-
Klinik Kesihatan Larkin PTD 4999, Jalan Sentosa,Larkin Johor Bahru 80350 Johor Bahru Johor Telefon: 07-2233249
-
Klinik Kesihatan Tapah Jalan Damai 35000 Tapah Perak Telefon: 05-4010260
-
Klinik Kesihatan Tudan Jalan Tudan Permyjaya, 98100 Lutong Miri Lutong Sarawak Telefon: 085-654404






