Pages

Penyakit mata juling

Juling merupakan ketidakseimbangan otot-otot mata yang menyebabkan sebelah atau kedua-dua belah mata tidak selari. Ia boleh terjadi sewaktu lahir, peringkat kanak-kanak atau dewasa. Juling yang berlaku pada orang dewasa biasanya disebabkan oleh penyakit vaskular seperti diabetis (kencing manis) atau darah tinggi yang menyebabkan gangguan pada sistem saraf mata.

Tanda & gejala

Pesakit yang mengalami juling, mata mereka kelihatan samada masuk ke dalam atau terkeluar. Sesetengah mereka mengalami gejala kabur penglihatan atau penglihatan berganda.


Komplikasi

Kanak-kanak yang mengalami juling perlu menjalani pemeriksaan oleh pakar oftalmologi dengan teliti untuk memastikan masalah juling itu tidak disebabkan oleh rabun atau penyakit mata yang lebih serius. Seterusnya rawatan yang segera dan sesuai perlu untuk mencegah amblyopia ( mata malas)

Rawatan

Bagi kanak-kanak yang mengalami juling, doktor mungkin memilih rawatan terapi penutupan mata keatas mata yang baik bagi memaksa kanak-kanak tersebut menggunakan mata yang malas untuk menguatkan tahap penglihatan mata tersebut.Terapi penutupan mata juga perlu dilakukan pada mata yang baik untuk mengekalkan keseimbangan mata.

Pembedahan mungkin boleh dilakukan untuk menguatkan atau melemahkan otot mata yang mengawal pergerakkan mata.

Pencegahan

Adalah sangat penting penyakit juling ini dirawat seberapa segera. Sistem saraf kanak-kanak terus berkembang di sepanjang tempoh bayi membesar dan juling ini hanya boleh diperbetulkan semasa tempoh yang sensitif. Tanpa membuat apa-apa dan hanya menunggu akan menyebabkan masalah ini menjadi kekal dan tidak boleh dipulihkan.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular