Kornea merupakan lapisan mata yang paling luar. Ianya jernih, permukaannya berbentuk kubah yang menutupi bahagian hadapan mata dan ianya membantu mefokus cahaya ke atas retina. Di sebabkan kornea merupakan lapisan yang paling luar, maka ia mudah tercedera akibat bendasing yang masuk kedalam mata. Kecederaan kornea biasanya berlaku akibat kemalangan semasa bekerja seperti serpihan kayu atau besi yang masuk ke mata, atau kotoran ketika memotong rumput. Ia juga biasa terjadi semasa kecederaan sukan(jari tercucuk mata),atau serpihan kaca yang memasuki mata ketika kemalangan jalanraya. Walaubagaimanapun ia terjadi, kecederaan kornea menyebabkan kesakitan dan menjejaskan penglihatan.
Tanda & gejala
Kornea yang luka menyebabkan kesakitan yang teruk. Biasanya, pesakit yang mengalami kecederaan sebegini sangat sensitif terhadap cahaya (fotofobia) dan mengeluarkan air mata berlebihan.
Komplikasi
Luka pada bahagian kornea ini memerlukan rawatan yang rapi. Bila kornea luka, maka tiada lagi lapisan yang melindungi mata dan memudahkan jangkitan kuman berlaku.
Rawatan
Lapisan kornea boleh sembuh semula jika kecederaan tersebut adalah sedikit. Sekiranya luka tersebut lebih dalam, proses pemulihan mengambil masa yang lebih panjang. Selepas pemeriksaan yang teliti doktor mungkin akan memberi antibiotik (ubat titis atau salap) untuk menghalang jangkitan dan penutup mata digunakan untuk mengurangkan stress dan sensitiviti kepada cahaya.
Luka yang dalam menyebabkan kornea berparut, menjadi berkabut dan menyebabkan penglihatan terjejas dengan teruk. Dalam kes ini, pembedahan kornea atau pemindahan kornea mungkin diperlukan.
Pencegahan
Pencegahan merupakan kunci utama. Selalulah menggunakan gogel pelindung dalam situasi kerja yang bahaya dimana habuk-habuk yang berterbangan boleh memasuki mata.
No comments:
Post a Comment