Pages

Penyakit mata merah tanpa sakit

Terdapat berbagai keadaan yang boleh menyebabkan mata menjadi merah, tidak selesa tetapi tidak merasa sakit. Seperti yang dijelaskan di bawah tajuk yang lain, keadaan mata yang sakit atau kabur penglihatan memerlukan rawatan perubatan yang segera.

Keadaan yang biasa menyebabkan mata merah tanpa merasa sakit ialah konjunktivitis, pendarahan subkonjunktiva, pterygium, konjunktivitis alahan dan episcleritis.


Konjunktivitis

Konjunktivitis merupakan jangkitan kuman kepada lapisan yang menyelubungi sklera dan ianya mudah berjangkit. Untuk maklumat lanjut sila rujuk topik konjunktivitis.

Pendarahan subkonjunktiva
Pendarahan Subkonjunktiva

Pendarahan subkonjunktiva berlaku apabila salur darah bersaiz kecil yang terdapat dalam lapisan luaran mata pecah. Biasanya ia tidak sakit dan penglihatan tidak terganggu. Ia kelihatan seperti tompokan merah terang dipermukaan mata putih. Keadaan ini boleh berlaku secara tiba-tiba atau selepas kecederaan, bersin, batuk atau meneran. Biasanya ia akan hilang diantara satu hingga dua minggu tanpa memerlukan sebarang rawatan.

Pterygium
Pterygium

Pterygium ialah ketumbuhan bukan kanser pada lapisan konjunktiva dan ianya boleh melibatkan kornea. Selalunya ia kelihatan merah dengan salur darah yang dapat dilihat di permukaannya. Ia boleh menyebabkan gangguan dan keadaan kurang selesa. Sekiranya pterygium merebak ke bahagian tengah kornea pembedahan perlu dilakukan bagi mengelakkan gangguan penglihatan.

Konjunktivitis alahan
Konjunktivitis Alahan

Konjunktivitis alahan merupakan konjunktivitis yang tidak berjangkit. Ia disebabkan oleh alahan pada persekitaran atau kesan sampingan terhadap bahan pengawet yang terdapat didalam ubat mata. Keadaan ini menyebabkan gangguan dan mata merah. Mengurangkan atau mengelakkan dari pendedahan kepada alahan ini; dapat membantu mengawal keadaan. Konjunktivitis alahan yang serius memerlukan ubat titis mata untuk mengawalnya. Walaubagai mana pun pesakit konjunktivitis alahan perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor mengenai rawatan terlebih dahulu kerana sesetengah ubat (ubat titis steroid) boleh menyebabkan kerosakkan kepada mata jika digunakan pada jangka masa lama tanpa pengawasan.

Episkleritis
Episkleritis

Episkleritis ialah radang pada lapisan episklera yang merupakan lapisan fiber diantara dinding putih pada mata (sklera) dan lapisan konjunktiva. Dalam keadaan ini terdapat tompokan darah pada permukaan mata(sebahagian mata menjadi merah). Ia mungkin menyebabkan gangguan yang ringan. Masaalah ini akan hilang tanpa rawatan. Walaubagai mana pun jika ia sering berlaku atau berterusan lebih dari seminggu maka ia memerlukan perhatian daripada doktor mata.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular