Tanda & gejala
Ketumbit boleh menyebabkan gejala seperti sakit, mata rasa seperti berpasir, kemerahan atau bengkak pada kulit kelopak mata.
Komplikasi
Kebanyakan ketumbit akan hilang tanpa memerlukan rawatan dalam beberapa hari. Tetapi sesetengah individu mungkin mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak kebahagian kelopak mata seterusnya menyebabkan 'preseptal cellulitis'. Keadaan ini menyebabkan kesakitan dan bengkak pada kelopak mata.
Rawatan
Kebanyakan ketumbit adalah kecil dan jarang menyebabkan gangguan yang teruk. Ia boleh dirawat di rumah dengan menuam beberapa kali sehari. Dalam beberapa hari ketumbit akan sembuh dengan sendirinya. Ketumbit yang telah dijangkiti kuman boleh dirawat dengan antibiotik. Dalam kes yang lebih teruk ketumbit boleh dirawat dengan pembedahan kecil.
Pencegahan
Individu yang mengalami jangkitan kecil pada bulu mata (blepharitis) mudah terkena ketumbit. Kumpulan individu ini perlu selalu membersihkan bulu mata mereka bagi mencegah ketumbit.
No comments:
Post a Comment