Tanda / Gejala
Bendasing di atas kornea atau di bawah kelopak mata boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan kesakitan dan kadang -kadang menyebabkan kemerahan atau mata berair.
Sebaliknya, kecederaan tusukan dengan kehadiran bendasing intraokular boleh menurunkan tahap penglihatan akibat terbentuknya katarak, pendarahan dalam vitreous dan lekangan retina.
Rawatan
Bendasing yang terdapat pada permukaan bola mata boleh dibuang dengan mudahnya oleh doktor dengan menggunakan putik kapas setelah ubat titis bius diberikan. Pesakit-pesakit dengan bendasing yang melekat dipermukaan kornea dan tidak boleh dikeluarkan harus dirujuk kepada pakar mata dalam masa 24 jam.
Mana-mana pesakit yang disyaki mempunyai bendasing didalam bola mata(intraocular) hendaklah dirujuk serta merta. Kemungkinan bendasing telah memasuki bola mata sekiranya pesakit mempunyai sejarah mengalami kecederaan semasa menukul, memotong rumput atau berlaku letupan. Pesakit yang mengalami keadaan ini memerlukan rawatan khusus.
Pencegahan
Mereka yang bekerja dalam keadaan habuk yang berterbangan adalah dinasihatkan untuk memakai gogel pelindung bagi mengelakkan bendasing memasuki mata.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete