Pages

Kabur Penglihatan

Penglihatan boleh menjadi kabur apabila terdapat halangan cahaya dari hadapan mata (kornea) untuk sampai kebelakang mata (retina). Gangguan pada saraf optik yang berfungsi untuk menghantar maklumat penglihatan ke otak juga antara punca kabur penglihatan

Sebarang perubahan pada tahap penglihatan boleh dirawat dengan mudah dengan menggunakan cermin mata, tetapi untuk kes-kes yang lebih rumit pemeriksaan mata yang rapi diperlukan untuk menentukan puncanya.

Dalam beberapa situasi, gejala kabur penglihatan memerlukan perhatian segera, antaranya


  • mereka yang mengalami kabur penglihatan secara tiba-tiba.
  • mereka yang mengalami kebutaan separa atau sepenuhnya pada sebelah atau kedua-dua mata, walaupun sementara.
  • mereka yang mengalami penglihatan berganda, walaupun sementara.
  • mereka yang merasa seolah-olah pandangannya terlindung oleh sesuatu atau seperti melihat tabir menutup dari bahagian tepi.
  • mereka yang melihat lingkaran disekeliling cahaya(halo) atau melihat suatu kawasan yang herotberot secara tiba-tiba.
  • Orang yang mengalami sakit mata, terutamanya jika mata mereka merah. Mata merah yang sakit adalah suatu kecemasan.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular