Pages

Gegendang telinga bocor

Pengenalan

Ia adalah keadaan di mana gegendang telinga bocor atau koyak. Fungsi gegendang adalah untuk melindungi telinga tengah daripada cuaca sejuk, angin, tahi telinga dan pelbagai lagi.

Gegendang telinga juga menyerap bunyi dan memindahkan bunyi tersebut kepada tulang-tulang kecil di telinga tengah . Kebocoran gegendang akan mendedahkan telinga tengah serta telinga dalam kepada risiko kerosakan atau trauma. Kebocoran gegendang juga boleh menyebabkan risiko kurang pendengaran.

Penyakit meningitis

Meningitis
Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.

Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.

Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan pelbagai umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan.

Penyakit berjangkit herpes

Virus Herpes Simplex
Herpes genital merupakan penyakit kelamin yang sangat mudah berjangkit iaitu melalui hubungan kelamin disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV).

Dua bentuk herpes dikenal pasti:

  • Kudis berisi air di mulut atau di muka (herpes mulut atau HSV 1)
  • Kudis berisi air di kawasan kemaluan (herpes genital or HSV 2)

Herpes kelamin

Penyakit berjangkit demam denggi

Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.

Tanda dan Gejala

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

Penyakit respiratori asma

| Pengenalan | Faktor | Gejala | Tanda | Rawatan | Pencegahan | Prognosis
Asma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10 -14 % kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak.

Serangan asma boleh tergolong kepada serangan yang tidak serius, sederhana hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. Serangan asma adalah sebab utama/punca kanak-kanak dimasukkan ke hospital.

Asma terjadi kepada kanak-kanak samada mereka mempunyai sejarah asma di kalangan ahli keluarga ataupun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti eczema, allergic rhinitis dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma.

Penyakit kulit psoriasis

Guttate psoriasis
PENGENALAN
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

TANDA-TANDA
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :

Berkhatan

Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian dari kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan 'circumcision'.
Indikasi
Secara lazimnya kebanyakan prosedur khatan yang dilakukan di Malaysia dilakukan kerana tuntutan agama ataupun dinamakan ' ritual circumcision' di mana prosedur khatan itu dilakukan pada zakar yang normal.
Sebab-sebab perubatan yang mungkin memerlukan khatan adalah keadaan yang dipanggil 'phimosis' di mana pembukaan kulit pada hujung terlalu sempit dan menghalang aliran kencing atau paraphimosis akibat kulit hujung zakar tersekat di belakang glans.

Chicken pox, cacar air, jintungan atau bertih

chicken pox
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Campak

Pengenalan | Tanda dan Gejala | Komplikasi | Rawatan | Pencegahan

Inggeris = Measles
Huraian = Penyakit yang disebabkan virus campak. Penyakit ini bercirikan demam, konjunktivitis, batuk dan ruam.

PENGENALAN
Campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak , namun ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur. 90% kontak yang tidak berimunisasi berada berdekatan pesakit akan dijangkiti dengan mudah. Ia menjangkiti sistem respiratori dan menyebabkan ruam kulit. Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2 hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam timbul. Ia disebarkan melalui bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan yang terdedah kepada pesakit. Campak boleh menjadi serius dan membawa kematian kepada sesetengah kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30 juta hingga 40 juta kes campak berlaku seluruh dunia menyebabkan lebih dari 75,0000 kematian. Orang yang telah dijangkiti campak akan membentuk imuniti semulajadi.

Artikel Popular