Virus Herpes Simplex |
Dua bentuk herpes dikenal pasti:
- Kudis berisi air di mulut atau di muka (herpes mulut atau HSV 1)
- Kudis berisi air di kawasan kemaluan (herpes genital or HSV 2)
Herpes kelamin |
Virus memasuki ialah melalui luka kecil pada kulit atau lapisan mukosa. Apabila dijangkiti, virus akan tinggal kekal di dalam tubuh. Herpes kemaluan berjangkit melalui hubungan kelamin tidak selamat (tanpa kondom). Ibu hamil yang menghidap herpes genital boleh menjangkiti anak di dalam kandungan. Anak yang dijangkiti boleh mendapat komplikasi radang otak, sawan, buta atau terencat akal.
Adakah jangkitan berlaku melalui perkongsian mengguna tandas, tuala atau barang-barang lain yang diguna oleh orang yang mengidap herpes? Jawapannya adalah tidak mungkin atau susah berlaku kerana virus akan mati di luar tubuh.
Tanda dan Gejala
Herpes Simplex Jenis 1
Biasanya menyebabkan ruam, kudis berisi air pada bibir atau di dalam mulut. Seterusnya menyebabkan rekahan kulit (ulser) yang sakit. Ia juga menjangkiti kawasan kemaluan dan menyebabkan ruam. Mata dan sistem saraf juga boleh terlibat sama. Gejala ini tidak akan terjadi serta merta selepas terkena jangkitan tetapi mungkin akan muncul selepas beberapa hari, minggu atau beberapa tahun lagi.
Gejala-gejala lain termasuklah gusi bengkak serta merah, selaput putih pada lidah, bengkak kelenjar leher, demam dan sakit-sakit otot. Ianya terjadi lewat selepas dijangkiti, selepas beberapa hari, minggu atau bulan kemudian.
Herpes Simplex Jenis 2
Biasanya pada faraj, zakar, kerandut zakar, punggung dan dubur. Juga boleh menjangkiti kawasan mulut semasa seks oral. Bila dijangkiti, orang akan berasa gatal-gatal atau sakit di kawasan terbabit diikuti ruam yang mula timbul menyebabkan sakit semasa kencing (sekiranya pada zakar). Ruam menyebabkan lelehan cecair atau berdarah kemudian sembuh dalam tempoh 2 hingga 4 minggu. Gejala lain termasuklah demam dan pembengkakan kelenjar.
Komplikasi
Orang dewasa yang sihat, virus herpes tidak akan menyebabkan komplikasi yang teruk selain ruam pada kulit. Bagi mereka yang ada mempunyai sistem daya tahan yang lemah (pengidap HIV dan AIDS) akan mengalami jangkitan herpes yang lebih teruk dan lama.
Risiko untuk memindah atau mendapat penyakit bawaan kelamin termasuk HIV adalah tinggi bagi orang yang ada herpes genital
Ibu dengan ruam pada kemaluan boleh menjangkiti anak yang baru lahir semasa bersalin melalui salur peranakan. Bayi yang dijangkiti akan mendapat komplikasi kerosakan otak, kebutaan atau kematian. Kadar jangkitan mudah berlaku dan lebih tinggi pada bayi sekiranya infeksi herpes sedang aktif pada ibu semasa bersalin.
Rawatan
Tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini. Walaupun begitu ubatan antivirus oral seperti acyclovir (Zovirax), famciclovir (Famvir) dan valacyclovir (Valtrex), boleh membantu menyembuhkan ruam kulit dan mengurangkan jangkitan ulangan. Risiko jangkitan kepada pasangan juga boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat antivirus
Pencegahan
Tunggu sehingga ruam pada kemaluan sembuh sepenuhnya sebelum memulakan hubungan seks. Gunakan kondom getah bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan pada pasangan anda.
Faktor-faktor yang menyebabkan jangkitan berulang:
- Jangan kongsi makanan dan peralatan dengan orang yang ada ruam atau rekahan kulit (ulcer).
- Elakkan sentuhan fizikal dengan orang dijangkiti herpes. Jangan bercium dengan seseorang yang ada ruam pada bibir!
- Amalkan seks selamat iaitu dengan pasangan sah (suami/isteri). Sekiranya dijangkiti herpes genital, beritahu pasangan anda segera.
- Kekalkan sistem daya tahan yang kuat melalui senaman berkala, pemakanan sihat dan rehat yang cukup.
- Tekanan (stress)
- Datang haid atau mengandung (perubahan hormon)
- Pemakanan tidak sihat
- Tidak sihat
- Pembedahan
- Geseran alat kelamin melalui aktiviti seks ganas
No comments:
Post a Comment