Pages

Tanda lahir pada kulit bayi

Kulit bayi yang baru lahir adalah lembut dan sensitif dan mudah terkena berbagai jenis penyakit kulit.

Sebahagiannya adalah kerana keturunan, seperti tanda lahir, tetapi setengah ruam adalah disebabkan oleh hormon ibu yang masih lagi mengalir di dalam darah bayi. Biarpun sebahagian dari penyakit kulit ini adalah normal, sebahagian lagi mungkin merupakan petanda bagi masalah lain. Penyakit kulit yang paling biasa terjadi kepada bayi adalah:

Bayi pramatang

Bilakah bayi dikatakan pramatang?

Kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37-42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ianya dikatakan pramatang.

Adakah ramai bayi dilahirkan pramatang?

Insiden bayi pramatang berbeza-beza di antara Negara. Di Malaysia lebih kurang 8% bayi yang dilahirkan adalah pramatang.

Mengapakah bayi dilahirkan pramatang?

Campak

Pengenalan | Tanda dan Gejala | Komplikasi | Rawatan | Pencegahan

Inggeris = Measles
Huraian = Penyakit yang disebabkan virus campak. Penyakit ini bercirikan demam, konjunktivitis, batuk dan ruam.

PENGENALAN
Campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak , namun ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur. 90% kontak yang tidak berimunisasi berada berdekatan pesakit akan dijangkiti dengan mudah. Ia menjangkiti sistem respiratori dan menyebabkan ruam kulit. Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2 hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam timbul. Ia disebarkan melalui bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan yang terdedah kepada pesakit. Campak boleh menjadi serius dan membawa kematian kepada sesetengah kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30 juta hingga 40 juta kes campak berlaku seluruh dunia menyebabkan lebih dari 75,0000 kematian. Orang yang telah dijangkiti campak akan membentuk imuniti semulajadi.

Artikel Popular