Pages

Ubat-Ubatan untuk Merawat Kutu Rambut

Pengenalan

Kutu adalah serangga parasit yang kecil, tanpa kepak yang menghisap darah.
Serangan kutu rambut adalah biasa. Kanak-kanak berusia 3-10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedah kepada serangan ini. Ia mudah merebak, terutama di kalangan kanak-kanak sekolah, melalui sentuhan terus dan perkongsian barangan peribadi.
Kutu rambut akan mati jika terpisah dari kepala manusia selama lebih dari 2 hari.


Gejala & Tanda
  • Rasa gatal yang keterlaluan.
  • Kutu pada kulit kepala dan telur kutu pada pangkal rambut mudah dilihat pada bahagian tengkuk dan pada belakang telinga.
  • Ia dilihat sebagai bonjolan kecil berwarna merah pada kulit kepala, leher dan bahu.

Rawatan
  • Jika kanak-kanak yang dijangkiti berusia kurang dari 2 tahun, gunakan sikat untuk mengalihkan kutu dan telur kutu tetapi jangan gunakan ubat kutu.
  • Periksa semua ahli keluarga dan rawat mereka jika didapati terdapat kutu atau telur kutu.
  • Perapi rambut mungkin menutup atau melindungi kutu rambut, jadi perapi rambut tidak harus digunakan sebelum menyapu ubat pembasmi kutu.
  • Gunakan air panas untuk membasuh cadar dan pakaian yang telah digunakan oleh mereka yang dijangkiti kutu rambut sejak 2 hari lepas.
  • Semua perkara yang tidak boleh dibasuh seperti permainan yang dibuat dari kain harus diisi dalam beg plastik selama 2 minggu. Beg tersebut hanya boleh dibuka di luar rumah. Pilihan lain yang boleh dibuat ialah dengan melakukan cucian kering.
  • Sikat dan berus perlu dinyahkuman dalam air panas atau alkohol. Rendam selama 5 minit atau lebih di dalam air yang betul-betul panas.
  • Lantai dan perabut, terutama sekali sofa dan kawasan yang kerap digunakan oleh kanak-kanak harus dibersihkan dengan pencuci hampagas. Beg hampagas harus dibuang serta-merta selepas itu.
  • Jika kutu didapati pada kanak-kanak yang bersekolah, maklumkan pada jururawat sekolah atau guru supaya kutu dapat dihalang daripada merebak. Kanak-kanak dinasihatkan supaya jangan berkongsi topi, sikat dan lain-lain barangan peribadi di sekolah.

Rawatan untuk kutu rambut adalah seperti :

Gamma benzene hexachloride (Syampu Lindane)

Dalam cecair berminyak
  • Bagaimana menggunakannya?
    • Basuh rambut anda dengan syampu biasa sekurang-kurangnya 1 jam sebelum menggunakan syampu lindane dan biarkan rambut kering.
    • Gunakan syampu lindane yang mencukupi untuk membuatkan rambut, kulit kepala dan rambut kecil dibelakang leher basah.
    • Biarkan syampu lindane pada rambut selama 4 minit.
    • Pada akhir 4 minit, gunakan sedikit air suam untuk mengeluarkan buih syampu. Jangan gunakan air panas.
    • Basuh rambut dan kulir kepala dengan air suam untuk menghilangkan syampu lindane.
    • Keringkan rambut dengan tuala yang bersih.
  • Kontraindikasi
    • Wanita mengandung dan bayi pramatang
    • Wanita yang menyusukan anak
    • Elakkan penggunaan ke atas pesakit yang mempunyai sejarah epilepsi (sawan)
    • Berat badan kurang
  • Langkah berjaga-jaga
    • Penggunaan serentak Lindane dan krim pembasmi kutu yang lain
    • Elakkan sentuhan langsung dengan mata dan lapisan mukosa
    • Jangan sapu pada kulit yang terlelas
    • Jangan sapu losyen selepas mandi air panas yang bersabun


Malathion

Bagaimana menggunakannya?

  • Renjiskan losyen ke atas rambut kering.
  • Gosok dengan lembut sehingga kulit kepala berasa lembap.
  • Beri perhatian terhadap belakang kepala dan leher.
  • Biarkan losyen mengering sendiri ??? jangan gunakan syampu. Basuh rambut selepas 8-12 jam.
  • Bilas dan gunakan sikat berjejari halus untuk membuang kutu dan telur kutu yang mati.
  • Jika perlu, ulang penggunaan ubat kali kedua selepas 7-9 hari. Penggunaan semula losyen dalam tempoh kurang 1 minggu atau penggunaan melebihi 3 minggu berturut-turut harus dielakkan.
  • Secara am, rawatan seterusnya tidak diperlukan.

Risiko kesan sistemik berkaitan dengan penggunaan malathion dijangka sangat rendah

Malathion mudah terbakar. Jauhkan dari sumber panas seperti pengering rambut, alat elektrik pengerinting rambut dan rokok.

Langkah berjaga-jaga
  • Penggunaan serentak Malathion dan krim pembasmi kutu yang lain
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata
  • Jangan sapu pada kulit yang terluka atau telah dijangkiti kuman
  • Rawatan perubatan diperlukan untuk kanak-kanak di bawah 6 bulan

Pencegahan
  • Ahli keluarga digalakkan supaya selalu memeriksa kanak-kanak secara berkala kerana jangkitan semula boleh berlaku.
  • Basuh pakaian, cadar, sikat dan berus untuk mengelakkan jangkitan semula.
  • Rawatan pencegahan menggunakan ubat pembasmi kutu adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan penyakit lain dan kegatalan yang berterusan.
  • Pendidikan kesihatan tentang kitaran hidup kutu, kebersihan diri dan perkara-perkara lain amat berguna.
Ditulis oleh: Yam Chiew Fong

Ubat Topikal Antikulat

Definisi

Ubat antikulat topikal adalah ubat-ubatan yang disapu pada permukaan kulit untuk merawat jangkitan kulit di beberapa bahagian badan yang disebabkan oleh kulat.

Tujuan

Agen topikal antikulat digunakan untuk merawat jangkitan kulat di bahagian kulit, kuku, ketiak, mulut, pangkal paha, dan kawasan kemaluan, termasuk juga kulit kepala, leher, dan bahagian-bahagian badan yang lain, untuk merawat jangkitan kulat. Agen antikulat ini bertindak membunuh atau menyebab tidak aktif lagi kulat dan yis yang menyebabkan jangkitan tersebut.

Banyak ubat-ubatan antikulat topikal boleh didapati tanpa preskripsi doktor, dan ianya terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu krim, salap, cecair, serbuk, semburan aerosol, syampu dan suppositori faraj. Kebiasaannya, krim dan cecair yang paling berkesan untuk merawat jangkitan kulat pada kulit, kerana ianya dapat meresap ke bahagian retak dan rekahan-rekahan di mana jangkitan kulat terjadi. Bentuk serbuk pula sesuai untuk digunakan di bahagian-bahagian badan yang lembap, seperti di celah jari kaki kerana serbuk menyerap kelembapan.

Ubat antikulat topikal bukan sahaja dapat melegakan gejala jangkitan kulat, seperti kegatalan, lecuran, dan kulit retak, tetapi ia juga dapat menghapuskan kulat. Walau bagaimanapun, sekiranya jangkitan tersebut berlaku di dalam tubuh atau jangkitan kulat tidak sembuh selepas rawatan dengan krim atau salap, kemungkinan rawatan menggunakan antikulat sistemik berkemungkinan diperlukan.

Perihal

Terdapat pelbagai ubat-ubatan antikulat topikal daripada kelas terapeutik kimia yang berbeza seperti kumpulan imidazoles, (miconazole, clotrimazole, econazole, ketonazole, oxiconazole, sulconazole) dan derivatif allylamine (butenafine, naftifine dan terbinafine). Semua ubat-ubatan antikulat topikal mempunyai keselamatan yang baik untuk digunakan dan berkesan untuk merawat jangkitan kulat pada kulit. Tiada kajian yang dijalankan untuk membandingkan antikulat topikal mana yang paling berkesan untuk merawat jangkitan kulat. Terdapat juga ubat antikulat topikal yang boleh didapati tanpa preskripsi doktor, yang mungkin berkesan sebagaimana ubat yang memerlukan preskripsi doktor.

Ubat-ubatan antikulat tradisional yang lama seperti asid undecylinic dan gentian violet (juga dikenali sebagai kristal violet) masih ada, tetapi ia mempunyai kesan penyembuhan (pembasmian kulat) yang lebih rendah daripada ubat-ubat yang baru dan tidak digalakkan. Tolnaftate pula mempunyai kadar penyembuhan yang lebih rendah daripada antikulat topikal baru, tetapi boleh digunakan untuk mencegah jangkitan kulat.

Dosaj yang disyorkan

Semua ubat antikulat topikal hanya boleh digunakan secara topikal sahaja. Rujuk maklumat produk untuk cara aplikasi yang betul. Pemilihan bentuk dos adalah sama penting dengan pemilihan ubat. Faktor-faktor seperti jenis kulit yang dijangkiti dan kehadiran bulu/rambut pada tempat jangkitan perlu diambil kira.Bentuk dos seperti cecair sesuai disapu di tempat jangkitan yang mempunyai bulu/rambut, krim pula sesuai disapu pada tangan dan muka, salap pula sesuai disapu pada badan dan kaki. Selain itu, terdapat bentuk dos lain seperti syampu dan semburan. Ubat antikulat seperti Ciclopirox dan triacetin terdapat dalam formulasi yang sesuai untuk rawatan topikal jangkitan kulat pada kuku dan kulit. Kebanyakan rawatan antikulat topikal memerlukan tempoh rawatan selama 4 minggu. Walau bagaimanapun, jangkitan kulat pada bahagian tertentu seperti di celah-celah jari mungkin memerlukan tempoh rawatan yang lebih lama iaitu 6 minggu.

Cara penggunaan

Ubat ini adalah untuk kegunaan luaran sahaja dan tidak boleh dimakan. Ikut arahan seperti yang dinyatakan pada label. Basuh tangan anda sebelum dan selepas menyapu ubat ini tetapi jika merawat jangkitan pada tangan atau kuku, anda hanya perlu membasuh tangan sebelum menyapu ubat . Sapukan dengan kuantiti yang mencukupi untuk menampung kulit dan kuku yang terkena jangkitan serta kawasan sekitarnya. Jangan menutup kawasan yang dirawat dengan pembalut atau pakaian melainkan atas arahan doktor. Jangan sapu atau guna ubat ini pada mata, sekiranya terkena mata, bilas mata anda dengan air yang banyak. Guna ubat ini pada jangka masa yang diarahkan dan jangan berhenti atau lupa sapu walaupun jangkitan telah pulih. Jangan guna lebih daripada yang diarahkan.

Kebiasaannya krim disapu dua kali sehari selama 2 hingga 4 minggu. Sapukan sedikit krim tersebut pada kulit sekitar jangkitan kulat.. Teruskan sapuan selama 1 hingga 2 minggu selepas kemerahan jangkitan tersebut hilang. Rawatan susulan adakalanya perlu.

Contoh Ubat Antikulat Topikal adalah seperti di bawah:


Nama Ubat Bentuk Dos
Whitfield’s (benzoic acid) Salap
Ciclopirox olamine Krim,serbuk
Polyenes
  • Nystatin
Krim,salap,pasta
Imidazoles
  • Bifonazole (canestan once daily Bifonazole cream)
  • Clotrimazole
  • Econazole
  • Ketoconazole
  • Miconazole
  • Tioconazole
  • Krim, cecair, semburan
  • Krim, serbuk, foaming solution
  • Syampu, krim
  • Krim, losyen, serbuk, semburan, cecair
  • Krim, losyen, serbuk, pesari
  • Krim, cecair, pesari
Allylamine
  • Terbinafine
Krim,gel,semburan
Thiocarbamates
  • Tolciclate
  • Tolnaftate
Krim, losyen, salap
Krim,gel,cecair,serbuk


Penggunaan dengan ubat lain 

 Kebiasaannya tiada interaksi dengan ubat lain tiada interaksi. Jangan guna sebarang ubat kulit yang lain pada jangkitan kulat tanpa memberitahu doktor. Sila beritahu doktor semua ubat, herba, supplemen yang diambil. Maklumkan juga sekiranya anda merokok, mengambil alkohol atau dadah yang terlarang. Ini adalah kerana kemungkinan ada antaranya boleh menyebabkan interaksi.


Semasa menggunakan ubat ini

Perkara yang perlu anda lakukan:

  • Beritahu doktor anda jika selepas rawatan selama 1 minggu simptom anda tidak bertambah baik. Sesetengah jangkitan kulat boleh mengambil masa yang lama untuk sembuh.
  • Pastikan jangka masa rawatan dipatuhi.
  • Selepas mandi, pastikan kulit anda dikeringkan sepenuhnya. Kebanyakan jenis kulat hidup dalam persekitaran lembab. Pakai stokin dan pakaian yang bersih dan kering setiap hari.


Kesan sampingan

Jika anda mengalami simptom berikut, sila laporkannya kepada doktor anda secepat mungkin:

  • Ruam kulit, gatal-gatal
  • Melepuh, kemerahan yang semakin teruk, kulit menggelupas, atau bengkak pada kulit

Berikut pula kesan sampingan yang biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan (Anda boleh laporkan kepada doktor jika kesan samping ini berlarutan):

  • Kekeringan kulit
  • Kerengsaan, rasa kepanasan dan sengatan pada kulit yang tidak serius


Langkah berjaga-jaga

Kebanyakan agen topikal antikulat adalah selamat untuk digunakan. Walau bagaimanapun, kesan sampingan yang berlaku kebanyakkannya disebabkan oleh bahan tambahan di dalam formulasi ubat tersebut. Kesan sampingan yang biasa dialami adalah kerengsaan kulit yang boleh menyebabkan kemerahan,kegatalan dan kepedihan kulit. Adakalanya kesan alahan juga boleh berlaku. Topikal antikulat hanya boleh digunakan mengikut label yang disyorkan.Ianya tidak boleh digunakan di bahagian mata (oftalmik) atau telinga (autik) manakala penggunaan pada membran mukus mestilah mengikut formulasi yang sesuai.

Kegunaan ubat antikulat topikal bagi perempuan mengandung dan ibu yang menyusu masih belum diuji tahap keselamatannya . Walaupun ubat disapu pada kulit, ianya boleh meresap ke dalam sistem sistemik iaitu aliran darah. Serapan tersebut kebarangkalian adalah rendah tetapi perlu dikaji. Terdapat sejenis antikulat topikal iaitu Gentian violet yang tidak boleh digunakan semasa mengandung.

Dutulis oleh: Intan Shafina bt. Mamat@ Shafie

Ubat Steroid Topikal

Pengenalan

Ubat steroid topikal ataupun lebih dikenali sebagai ‘corticosteroids’ ialah ubat sapu yang biasa digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema, ruam, keradangan kulit, psoriasis, kulit bengkak, kemerahan kulit, kegatalan dan ketakselesaan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan serangga.

Ubat steroid topikal mempunyai ciri-ciri mengurangkan keradangan pada kulit yang dapat membantu mengurangkan kegatalan dan kemerahan kulit.

Ia terdapat dalam dalam bentuk yang berbeza seperti salap, krim dan losyen.

Salap biasanya digunakan oleh pesakit yang mempunyai kulit yang amat kering serta mengelupas manakala krim dan losyen pula biasanya digunakan oleh pesakit yang mempunyai kulit yang sederhana kering.


Bagaimana ia bertindak

Apabila kulit diganggu oleh bahan alergen (bendasing) atau berlaku interaksi, kulit akan bertindakbalas dengan mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia yang menyebabkan keradangan kulit.

Bahan kimia ini menyebabkan saluran darah di bawah kulit yang diganggu mengembang dan menyebabkan kulit yang terjejas menjadi merah, bengkak dan gatal.

Ubat steroid topikal biasanya digunakan dalam situasi ini dan apabila diaplikasikan ke kulit, ia akan meresap ke dalam sel-sel kulit.

Ubat steroid topikal akan bertindak dengan menghalang bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan daripada dibebaskan ke dalam sel-sel kulit, dan sekaligus mengurangkan keradangan dan melegakan kegatalan.


Klasifikasi

Ubat steroid topikal terdapat dalam kekuatan yang berbeza dan penggunaannya bergantung kepada keterukan dan lokasi keradangan kulit.

Ubat steroid topikal diklasifikasikan kepada 7 kelas potensi atau kekuatan yang mana kelas 1 adalah yang paling kuat atau ’superpotent’ dan kelas 7 adalah yang paling lemah.

Bagaimana untuk memilih jenis ubat steroid topikal

Ubat steroid topikal diserap ke dalam kulit pada kadar yang berbeza dari bahagian badan yang berlainan bergantung kepada ketebalan kulit.

Ubat steroid topikal yang mempunyai kekuatan yang lebih lemah biasanya digunakan di bahagian badan yang mempunyai permukaan kulit yang nipis dan sensitif seperti kawasan pangkal paha, muka, kelopak mata dan kawasan lampin.

Ubat steroid topikal yang mempunyai kekuatan yang sederhana biasanya digunakan pada bahagian badan seperti tangan dan kaki.

Ubat steroid topikal yang kuat dari segi kekuatan biasanya digunakan oleh pesakit yang menghidapi penyakit psoriasis, lupus diskoid atau jenis ekzema yang teruk.

Sentiasalah mendapatkan nasihat doktor ataupun ahli farmasi sebelum membeli mana-mana jenis ubat steroid topikal.

Bagaimana untuk menggunakan ubat ini

Sapukan satu lapisan nipis pada kulit yang terjejas dan gosokkan perlahan-lahan sehingga ubat meresap.

Ubat ini hanya untuk kegunaan pada permukaan kulit sahaja. Jangan sesekali dimasukkan ke dalam mata, lubang hidung atau mulut. Sekiranya ia berlaku, bilas dengan air secepat mungkin.

Kesan sampingan

  • Kesan sampingan pada permukaan kulit:
    • Rasa seperti kulit terbakar, kegatalan atau kulit mengelupas
    • Kulit merah atau bengkak
    • Penipisan kulit yang juga dikenali sebagai atropi
    • Regangan kulit yang meninggalkan tanda
    • Saluran darah mungkin mengembang dan kelihatan sangat ketara di bawah permukaan kulit yang dikenali sebagai ’telangiectasia’
    • Mudah lebam
    • Keberkesanan ubat akan berkurangan disebabkan penggunaan yang kerap
    • Kehilangan pigmen pada kulit untuk sementara yang dikenali sebagai ’hypopigmentation’
    • Meningkatkan risiko terhadap jangkitan
    • Meningkatkan pertumbuhan rambut
    • Alahan terhadap ubat steroid topikal
  • Kesan sampingan sistemik jarang berlaku tetapi ia boleh berlaku apabila ubat steroid topikal digunakan pada keluasan permukaan kulit yang besar bagi jangka masa yangpanjang. Bayi dan kanak-kanak lebih mudah mendapat kesan sampingan sistemik berbanding dengan orang dewasa.
    • Pertumbuhan terbantut
    • Fungsi adrenal terhalang


Cara-cara untuk mengurangkan kesan sampingan

Elakkan daripada menggunakan ubat steroid topikal untuk tempoh masa yang panjang.

Elakkan daripada menggunakan ubat pada keluasan permukaan kulit yang besar.

Hanya sapu pada kulit yang terjejas dan ikut arahan doktor.

Sekiranya boleh, guna ubat steroid topikal yang paling lemah dari segi kekuatan untuk mengawal keradangan kulit kecuali diarahkan oleh doktor.

Gunakan pelembap untuk mengawal keterukan keradangan.

Ditulis oleh: Jennifer Kua Su Hway

Ulser afta

Inggeris = Aphthous ulcer
Huraian = Ulser kecil di membran mukus mulut, bermula dengan vesikul dan pecah menjadi ulser putih, berpinggir merah dan sakit.

Apakah ulser afta?


Ulser afta juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada secara sebiji atau berbilang biji. Ia selalu sembuh tanpa meninggalkan parut.


Apakah ciri-ciri ulser afta?

Ulser afta merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan. Ulser ini boleh mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.


Apakah gejala yang timbul berkaitan dengan ulser afta?

Ia sering dihubungkaitkan dengan :
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lamakah ulser afta akan sembuh?

Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.


Komplikasi ulser afta

Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Pesakit mungkin menghadapi kesukaran semasa makan.


Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.

Perhatian

Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan disebabkan oleh keadaan yang lebih serius seperti kanser mulut atau penyakit sistemik.

Kegatalan seluruh badan

Gatal seluruh badan boleh disebabkan oleh penyakit. Antaranya adalah

  • Hipertiroidism
  • Hipotiroidism
  • Diabetes insipidus
  • Diabetes mellitus
  • Anaemia kekurangan zat besi
  • Rubra vera polisitemia
  • Limfoma
  • Leukaemia
  • Myeloma
  • Opiates
  • Gold
  • Alkohol
  • Ubatan yang hepatotoksik
  • Pil pencegah kehamilan
  • Penyakit biliary obstruktif
  • Mengandung
  • Kegagalan buah pinggang kronik
  • Scabies
  • Parasit intestin
  • Pruritus senil
  • Psikogenik

Rubra vera polisitemia

Inggeris = Polycythaemia rubra vera
Huraian = Bilangan eritrosit dalam darah melebihi julat normal akibat peningkatan pengeluaran oleh sumsum tulang. Dalam polisitemia vera, isi padu sel padat meningkat berterusan tanpa penyahhidratan atau pengecutan limpa. polisitemia vera dikenali juga sebagai polisitemia rubra atau polisitemia primer.

Tanda diabetes pada kulit

Terdapat banyak tanda diabetes yang boleh kelihatan pada kulit. Antaranya adalah

  • Jangkitan kulit
  • Ulser neuropati
  • Necrobiosis lipoidica
  • Dermopati diabetes
  • Granuloma anular terselerak
  • Bullosis diabeticorum
  • Acanthosis nigrikans
  • Xanthoma & Xanthelasma
  • Lipoartrofi porsin insulin
  • Lipohipertrofi
  • Vitiligo

Sarkoidosis

Inggeris = Sarcoidosis
Huraian = Penyakit kronik yang tidak di ketahui sebabnya, yang dicirikan dengan pembentukan nadul menyerupai tuberkel di buku-buku limfa, peparu, tulang, kulit dan organ-organ lain.


Sarkoidosis dikaitkan dengan tanda pada kulit yang antara lainnya adalah

Tanda malignansi pada kulit

Beberapa penyakit kulit boleh memberikan petanda kepada kewujudan malignansi. Ataranya adalah

Penyakit kulit Malignansi
Ichthyosis Lymphoma
Dermatomyositis Kanser brokus, Kanser payu dara, Kanser Ovari
Bula Pioderma gangrenosum, Leukaemia, Limfoma
Pemfigoid tylosis Keratosis tapak tangan dan tapak kaki keturunan, Kanser esofagus
Acantosis nigricans Adenokarsinoma perut
Acantosis palmaris Kanser bronkus
Eritema giratumrepens Kanser bronkus
Hipertrikosis perolehan Limfoma Hodgkin
Eritema berhijrah bernekrotik Glucagonoma
Thromboflebitis berhijrah superfisial Kanser pankreas

Dermatomiositis

Inggeris = Dermatomyositis
Huraian = Gangguan inflamatori kulit dan tisu-tisu di bawahnya, bercirikan keradangan kulit, tisu subkutis dan otot serta nekrosis serat otot.

Iktiosis

Inggeris = Ichthyosis
Huraian = Penyakit kulit yang dicirikan dengan permukaan yang kasar, tebal, kering dan bersisik.

Ulser kaki

Ulser pada kaki boleh disebabkan oleh

  • Kecederaan
  • Jangkitan
  • Kekurangan aliran darah vena
  • Penyakit vaskular periperi
  • Diabetes mellitus
  • Neuropati
  • Kudis tekanan
  • Neoplasia
  • Vaskulitis
  • Penyakit bula
  • Nekrobiosis lipoidica
  • Pyoderma gangrenosum
  • Leishmaniasis
  • Ulser tropika
  • Haemoglobinopati

Pemfigoid

Inggeris = Pemphigoid
Huraian = Keadaan penyakit kulit yang serupa dengan pemfigus.


Pemphigoid melibatkan autoantibodi IgG kepada membran dasar dan biasanya berlaku pada warga emas. Ia mungkin petanda untuk malignancy. Lecur yang berlaku dalam pemphigoid adalah besar dan  menyakitkan. Diameternya adalah lebih kurang 3sm. Ia boleh berlaku pada tangan, kaki dan juga membran mukus. Ia dirawat dengan mennggunakan steroid.

Pemfigoid

Inggeris = Pemphigoid
Huraian = Keadaan penyakit kulit yang serupa dengan pemfigus.

Membran mukus

Inggeris = Mucous membrane
Huraian = Selaput yang menyelaputi bahagian dalam organ dan mempunyai sel kelenjar yang menghasilkan mukus.

Membran dasar

Inggeris = Basement membrane
Huraian = Membran nipis, mudah rosak, tidak bersel dan menjadi dasar epitelium.

Lepur/ Lecuh

Kulit melepuh atau melecur biasanya disebabkan oleh penyakit kulit, jangkitan kuman. 

Penyakit kulit yang boleh menyebabkan lecur atau lepuh adalah epidermolysis bullosa, impetigo bula, sindrom kulit lecur, ekzema, eritema multiforme, pemfigoid berbula, pemfigus, dermatitis herpetiformis, pemfigus gestationalis, penyakit IgA linear, epidermolysis bullosa, dan liken planus.

Antara jankitan kulit yang boleh menyebabkan lecur adalah jangkitan yang disebabkan oleh mikroorganisma stafilokokus, streptokokus, virus herpes simplex, coxsakie, dan kulat. Selain itu, gigitan serangga juga boleh menyebabkan lecur. 

Sebab-sebab lain adalah kepanasan dan kesejukan, bersentuhan dengan benda-benda yang boleh merosakkan kulit, geseran, edema, karsinoma, amiloidosis, reaksi ubatan, lupus erithematosus sistemik dan porfiria kutanea tarda.

 

Dermatitis herpetiformis

Inggeris = Dermatitis herpetiformis
Huraian = Keradangan kulit bercirikan kumpulan lesi eritema, papul, vesikul, pustul atau bula, terdapat juga lesi ulser membran mukus mulut.

Dermatitis herpetiformis melibatkan IgA dalam membran dasar. Ia selalunya tertera sebagai ruam gatal bervesikel pada punggung dan permukaan ektensor lutut dan siku. Ia dikaitkan dengan penyakit selia, HLA B8, HLA DR3, HLA DQ2. Dermatitis herpetiformis dirawat menggunakan dapson.


Eritema multiforme

Inggeris = Erythema Multiforme
Huraian = Lesi yang muncul tiba-tiba biasanya pada muka, leher, tangan dan kaki, berbentuk bulatan yang terasing, vesikel, tompok-tompok bulat dengan bahagian tepi yang lebih tinggi, atau mungkin dalam berbagai-bagai bentuk.

Ekzema

Inggeris = Eczema
Huraian = Keradangan pada kulit yang menampakkan kemunculan lelehan, sisik atau keruping, dan menyebabkan pesakit berasa gatal dan resah.

Artikel Popular