Pages

Penyakit kulit psoriasis

Guttate psoriasis
PENGENALAN
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

TANDA-TANDA
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :

  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Tanda-tanda psoriasis pada kulit termasuklah kuku berlekuk, kuku berbatas, onikolisis, keratosis, dan subungual.

JENIS-JENIS
Psoriasis adallah penyakit ruam kulit yang mempunyai beberapa bentuk iaitu plak kronik, psoriasis guta, palmoplantar pustular, pustular menyeluruh, eritrodermik, lentur dan genital, kulit kepala, dan muka, kuku.
  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
  • Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Lampin psoriasis
  • Plaque psoriasis
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan



KOMPLIKASI
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
  • Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
  • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

RAWATAN
Krim dan ubatan yang boleh melegakan.
  • Pelembab
    • Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
      • Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
      • Menggunakan sarung tangan
      • Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak
  • Ubatan dan krim
    • Doktor akan memberi ubatan seperti :
      • Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap 
      • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
      • Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA
NOTA
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.

1 comment:

Artikel Popular