Pages

Vertigo

Inggeris = Vertigo
SEBAB-SEBAB
  • Pusat/ batang otak
    • Sklerosis berbilang
    • Lesi memakan ruang
      • Glioma
    • Migrain
    • Ensefalitis
    • Hipoglisemia
    • Alkohol
    • Ubat
  • Periferal/ labirintin 
    • Kecederaan
    • Penyakit Meniere
    • Virus
    • Vertigo posisi benigna
    • Penyumbatan arteri auditori internal
    • Otitis media kronik

Neuroma akustik

Inggeris = Acoustic Neuroma
Huraian = Tumor pada saraf kranial kelapan


GEJALA-GEJALA

  • Sakit kepala
  • Tinnitus/ teliga berdesing
  • Pekak telinga
  • Jalan tidak betul

TANDA-TANDA
  • Kepekakan sensorineural di mana konduksi udara lebih dari konduksi tulang.
  • Tiada reflek kornea
  • Tanda-tanda cerebellar

PERKAITAN
  • Neurofibromatosis jenis 2

RAWATAN
  • Pembedahan

KOMPLIKASI
  • Palsi saraf kranium 5,6,7,8 akan menyebabkan sindrom sudut crebellopontin
  • Pemampatan batang otak akan menyebabkan hidrosefalus
  • Penglibatan cerebellum akan menyebabkan nistagmus dan ataksia.

Palsi Bell

Inggeris = Bell's Palsy
Huraian = Keadaan apabila terdapat kelumpuhan saraf muka yang mengakibatkan kelemahan otot-otot muka pada satu sisi muka, disertai dengan kegagalan menutup mata sebelah muka yang terlibat.

CIRI-CIRI

  • Semua tanda-tanda dalam palsi Bell adalah unilateral.
  • Normal reflek kenyitan
  • Sakit telinga
  • Masalah kurang air mata tau berlebihan
  • Hilang rasa pada lidah
  • Palsi saraf kranium ke-7 (muka)



Saraf kranium ke-7 (Muka)

Inggeris = Facial nerve
CABANG-CABANG

Cabang-cabang saraf kranium muka adalah

  • Temporal
  • Zigomatik
  • Bukal
  • Mandibular
  • Servikal

FUNGSI-FUNGSI

Fungsi-fungsinya melibatkan muka, telinga, rasa lidah dan air mata.
  • Muka
    • Saraf motor kepada otot-otot muka
  • Telinga
    • Membekalkan stapedius dalam telinga. Palsi di sini akan menyebabkan hiperakusis.
    • Sensori kulit kepada meatus auditori eksternal
  • Rasa lidah
    • Corda timpanum (parasimpatetik dan sensori) kepada 2/3 bahagian depan lidah.
  • Air mata
    • Parasimpatetik kepada kelenjar lakrimal

PALSI SARAF KRANIUM KE-7 (MUKA)

Palsi saraf ini boleh disebabkan oleh:
  • Lesi neuron motor atas
    • Angin ahmar
    • Sklerosis berbilang
    • Tumor
  • Lesi neuron motor bawah
    • Palsi Bell
    • Sindrom Ramsay-Hunt
      • Jangkitan Herpes zoster
    • Neuroma akustik
    • Tumor kelenjar parotid
    • Mononeuritis multiplek
    • Tumour pontin
    • Cholestetoma
    • Sindrom Gullain Barre
  • Bilateral
    • Miastenia gravis
    • Palsi Bell bilateral
    • Sarkoidosis
    • Sindrom Gullain Barre
    • Penyakit Lyme
    • Distrofi miotonik

Sinus kavernosa

Inggeris = Cavernous Sinus
STRUKTUR-STRUKTUR
Struktur-struktur yang terkandung di dalamnya

  • Saraf kranium ke-3 okulomotor
  • Saraf kranium ke-4 troklear
  • Saraf kranium cabang pertama oftalmik untuk saraf kranium ke-5 trigeminal 
  • Saraf kranium cabang ke-2 maksila untuk saraf kranium ke-5 trigeminal
  • Saraf kranium ke-6 abdusens
  • Arteri karotid internal

KEPENTINGAN
Sinus kavernosa boleh terlibat dalam
  • Kecederaan
  • Neoplasia
    • Tumor dalam kranium
    • Tumor nasofaring
  • Jangkitan
    • Sinusitis
    • Tuberkulosis
  • Penyakit bergranuloma
    • Granulomatosis Wegener
  • Penyakit vaskular
    • Aneurisme arteri penyambung posterior
    • Trombosis sinus kavernosa
    • Fistula aortokavernosa

Nistagmus

Inggeris = Nystagmus
Nystagmus adalah pergerakan mata yang tidak disedari.

JENIS-JENIS

  • Pendular
    • Tiada fasa perlahan atau laju
  • Sentak
    • Terdapat fasa perlahan dan laju
    • Amplitud bertambah dengan memandang ke arah fasa laju
  • Pusingan
    • Gabungan nistagmus horizontal dan vertikal

SEBAB-SEBAB
  • Keturunan (Menerusi X kromosom secara autosomal dominan, berserta albinism dan katarak)
  • Diperolehi
    • Vestibular (Fasa laju bila bergerak menjauhi sebelah yang mempunyai masalah)
    • Cerebellar (Fasa laju bila bergerak ke arah bahagian yang mempunyai masalah)
    • Ubat
      • Alkohol
      • Barbiturate
      • Phenytoin

Saraf kranium ke-6 (Abdusens)

Inggeris = Cranial nerve 6 (Abducens)
Huraian = Saraf kranium ke-6 pada vertebrat yang membekalkan otot eksternus rektus pada mata.
CIRI-CIRI

  • Membekalkan otot eksternus rektus
  • Nukleusnya berada di pons

PALSI SARAF KRANIUM KE-6 (ABDUSENS)


Tanda-tanda
  • Mata akan bergerak ke tengah
  • Mata tidak boleh memandang ke kanan apabila pesakit melihat ke kanan

Sebab-sebab
  • Medikal
    • Aterosklerosis
    • Diabetes Melitus
    • Mononeuritis multiplek
  • Surgikal
    • Sindrom kavernus sinus
    • Granuloma atau tumor bola mata
    • Penyakit tiroid mata
    • Kecederaan
  • Masalah nukleus
    • Penyahmielinan
    • Infarksi
    • Tumor

Saraf kranium ke-4 (Troklear)

Inggeris = Cranial nerve 4 (Trochlear)
Huraian = Saraf kecil, timbul dari permukaan dorsal otak tengah dan merupakan saraf kranium ke IV, membekalkan otot mata superior oblik.

CIRI-CIRI

  • Mengawal otot oblik superior
  • Nukleusnya berada di medulla


PALSI SARAF KRANIUM KE-4 (TROKLEAR)

Tanda-tanda
  • Mata terlibat memandang ke tengah dan ke atas

Sebab-sebab
  • Medikal
    • Aterosklerosis
    • Diabetes Melitus
    • Mononeuritis multiplek
  • Surgikal
    • Sindrom kavernus sinus
    • Granuloma atau tumor bola mata
    • Penyakit tiroid mata
    • Kecederaan
  • Masalah nukleus
    • Penyahmielinan
    • Infarksi
    • Tumor

Saraf Kranium ke-3 (Okulomotor)

Inggeris = Cranial nerve 3 (Oculomotor)
Huraian = Membekalkan otot di sekeliling mata dan otot yang mengawal saiz pupil mata dan pergerakan bola mata.

CIRI-CIRI
  • Mengawal semua otot ekstraikulus kecuali otot oblik superior dan otot rektus lateral. 
  • Membawa fiber pupilokonstrktor parasimpatetik.
  • Nukleusnya terletak di pons

PALSI SARAF KRANIUM 3 (OKULOMOTOR)

Tanda-tanda
  • Pupil besar
  • Ptosis
  • Mata tidak boleh bergerak superior, inferior, medial.
  • Mata kelihatan memandang ke bawah dan keluar.

Sebab-sebab
  • Medikal
    • Aterosklerosis
    • Diabetes Melitus
    • Mononeuritis multiplek
  • Surgikal
    • Sindrom kavernus sinus
    • Granuloma atau tumor bola mata
    • Penyakit tiroid mata
    • Kecederaan
    • Aneurisme arteri penghubung posterior
    • Herniasi unkal
  • Masalah nukleus
    • Penyahmielinan
    • Infarksi
    • Tumor

Kehilangan medan penglihatan

Inggeris = Visual field loss
Gambar 1: Kehilangan medan penglihatan

Medan penglihatan
Lokasi masalah
Skotoma pusat Penyakit saraf optik ipsilateral
Neuritis
Kehilangan medan penglihatan sebelah sepenuhnya Saraf optik terkerat
Hemianopia bilateral Kiasma
Homonimus kuadrananopia superior  Lubus temporal
Homonimus kuadrananopia inferior  Lubus parietal
Homonimus hemianopia Laluan optik
Kortek oksipital
Makula
Belakang lateral jasad genikulat


Penyebab masalah kiasma optik

  • Tumor pituitary
  • Kraniofaringioma
  • Aneurisme arteri karotid
  • Meningioma paraselar
  • Pembesaran ventrikel ketiga 

Distrofi miotonik

Inggeris=Myotonic dystrophy/ Dystrophia myotonica
CIRI-CIRI

Ciri-ciri penyakit ini adalah seperti di bawah:
  • Myotonia (Otot tidak mengendur selepas kecutan)
  • Kelemahan otot yang progresif
  • Muka myotonik
  • Rambut botak depan
  • Ptosis kedua-dua mata
  • Katarak
  • Kelemahan otot muka
  • Kelemahan otot bulbar
  • Pengecilan otot sternomastoid
  • Pengecilan otot bermula pada otot distal
  • Insulin tidak berkesan
  • Kerosakan sistem konduksi jantung
  • Kelemahan otot pernafasan
  • Kelemahan IQ
  • Atrofi ovari dan testis

Sindrom miastenik Lambert-Eaton

Inggeris = Lambert-Eaton Myasthenic Syndrome (LEMS)
Sindrom ini baanyak berlaku di kalangan orang lelaki. Ia adalah penyakit autoimun yang menyerang saluran kalsium presinaptik yang dikawal oleh voltan.

Ciri utama sindrom ini adalah kelemahan otot proksimal, kewujudan tanda otonomik dan hiporefleksia atau tiada refleks.

Ia adalah paraneoplastik dikaitkan dengan kanser seperti karsinoma peparu.


Gambar 1: Antara otot-otot yang terlibat dalam
penyakit ini
GEJALA-GEJALA

  • Kelemahan otot proksimal
    • Otot proksimal lebih lemah dari distal
    • Kesusahan untuk berjalan menaiki tangga
    • Mudah penat terutama sekali kaki
    • Senaman mengurangkan kelemahan
    • Senaman yang berterusan menambahkan kelemahan
  • Autonomik
    • Ringan kepala ketika berdiri
    • Mulut kering
    • Sembelit
    • Mati pucuk

TANDA-TANDA
  • Saraf kranium
    • Oftalmoplegia
    • Ptosis
  • Hiporeklesia atau tiada refleks

PENYIASATAN
  • EMG

RAWATAN
  • 3,4- diaminopiridine
  • Imunoglobulin intravena
  • Pertukaran plasma
  • Rawat kanser yang berkaitan

Parkinsonisme

Inggeris = Parkinsonism

Parkinsonisme adalah sindrom yang mmpunyai ciri-ciri sama seperti penyakit Parkinson seperti tremor, hipokinesia, rigiditi dan ketakstabilan postur.


SEBAB-SEBAB
  • Selepas ensefalitis
  • Hidrosefalus tekanan normal
  • Ubat
    • Antagonis dopamine
  • Toksin
    • Narkotik
    • Karbon monoksida
    • Mangan
    • Penyakit Wilson
  • Demensia pugillistica

Penyakit Parkinson

Inggeris = Parkinson's disease
Huraian = Gangguan neurologi yang wujud pada usia dewasa dan ke atas, yang dicirikan oleh ketar, sukar bergerak secara spontan dan kekakuan otot.

Gambar 1: Penyakit Parkinson
Penyakit Parkinson adalah disebabkan oleh kekurangan neuropemancar dalam substantia nigra.


TANDA-TANDA

  • Muka tak berperasaan
  • Gaya jalan festinan
  • Mikrografia
  • Disfagia
  • Hipotensi postural
  • Kemurungan

PENYEBAB
  • Tidak diketahui

SINDROM
  • Palsi supranuklear progresif
  • Sindrom Shy-Drager
  • Penyakit jasad Lewy

RAWATAN
  • Levodopa
  • Selegiline
  • Apomorfin
  • Entacapone
  • Antikoliergik
  • Benztropine
  • Procyclidine
  • Amantadine

Neuropemancar

Inggeris = Neurotransmitter
Huraian = Bahan kimia yang bertindak sebagai pengantar impuls dari sel saraf ke otot, kelenjar atau sel saraf lain. Ia dirembeskan dari sel saraf apabila sel tersebut terangsang lalu merentasi sinaps untuk bertindak pada sel atau organ berikutnya. Contoh pengutus neuro ialah asetilkolina, adrenalina, noradrenalina dan dopamina.

Korea

Inggeris = Chorea
Huraian = Pergerakan tak voluntari anggota tubuh secara tersentak-sentak dan berterusan, berlaku akibat gangguan di ganglion basal, seperti yang kelihatan pada pesakit Huntington dan mungkin juga pada pesakit demam reumatik.

SEBAB-SEBAB

  • Neurologi
    • Penyakit Huntington
    • Korea Sydenham (reumatik)
    • Neuroakantosis
    • Hemibalismus (hemikorea)
    • Tumor
    • Infark
    • Penyahmielinan
  • Ubat
    • Pil pencegah kehamilan
    • Phenytoin
    • Ubat neuroleptik (agonis dopamin)
  • Endokrin
    • Tirotoksikosis
    • Hipoglisemia
    • Hiperglisemia
  • Lain-lain
    • Mengandung (Korea gravidarum)
    • Polisitemia rubra vera
    • Lupus eritematosus sistemik
    • Penyakit Wilson
    • Uremia

Mioklonus

Inggeris = Myoclonus
Gambar 1: Terjahan mioklonik sekali sekala adalah
keadaan normal ketika tidur
Mioklonus adalah keadaan di mana otot terkenyit-kenyit disebabkan oleh pengecutan otot secara tiba-tiba.

SEBAB-SEBAB
  • Setempat
    • Tumor
    • Infark
    • Penyahmielinan
  • Menyeluruh
    • Fisiologi
      • Semasa tidur
    • Metabolik
      • Kegagalan hati
      • Kegagalan ginjal
      • Hipokalsemia
      • Anoksia cerebrum
      • Ubat (amitriptiline)
      • Pemberhentian alkohol dan ubat
    • Ensefalopati mioklonic progresif
      • Penyakit Alzheimer
      • Penyakit Creutzfeldt-Jakob
      • Penyakit Gaucher
      • Penyakit Tay-Sach
      • Leukoensefalopati mengecut subakut
    • Epilepsi mioklonik keturunan
sumber: Gambar 1

Oftalmoplegia antara nukleus

Inggeris = Internuclear ophthalmoplegia
Oftalmoplegia adalah satu keadaan yang disebabkan oleh gangguan pada fasikulus longitudinal medial yang menghubungkan nukleus saraf ketiga dan keempat dalam otak tengah. Kerosakan pada bahagian ini akan memberi kesan kepada pergerakan gabunagn horizontal mata.
Gambar 1: Oftalmoplegia antara nuklear


SEBAB-SEBAB
Gambar 2: Fasikulus longitudinal medial (mlf)




Sklerosis berbilang

Inggeris = Multiple sclerosis

CIRI-CIRI

  • Autoimun
  • Penyakit yang menyahmielin
  • Sel sistem imun menyerang sel myelin

GEJALA & TANDA
  • Lemah otot (40%)
  • Neuritis optik (22%)
  • Paraestesia (21%)
  • Diplopia (12%)
  • Gangguan kawalan air kencing (5%)
  • Vertigo (4%)

DIAGNOSIS

Sukar untuk didiagnos pertama kali masalah muncul. Penyiasatan yang dapat membantu diagnosis
  • Cecair serebrospina manunjukkan jalur oligoklonal tetapi tidak spesifik untuk penyakit ini sahaja
  • MRI otak menggunakan protokol untuk sklerosis pelbagai.
  • VEP biasanya lewat

Epilepsi

Inggeris = Epilepsy
Huraian = Penyakit yang berulang disebabkan gangguan sementara fungsi otak. Penyakit ini dicirikan dengan gejala seperti tidak sedarkan diri, gangguan psikik atau deria serta sawan.

JENIS-JENIS
  • Separa
    • Mudah
    • Kompleks
    • Penuh sekunder
  • Penuh 
    • Tidak hadir
    • Tonik klonik penuh primer
    • Tonik
    • Klonik
    • Mioklonik
    • Atonik

EPILEPSI SEPARA MUDAH
  • Tiada hilang kesedaran
  • Memakan masa beberapa saat ke minit
  • Boleh menyebabkan sawan lebih teruk

EPILEPSI SEPARA KOMPLEKS
  • Didahului dengan aura seperti
    • Deja vu
    • Bau kuat
  • Hilang kesedaran
  • Berlaku selama 60 ke 90 saat
  • tidak keruan selepas episod

EPILEPSI SEPARA PENUH SEKUNDER
  • Progresif dari aura kepada sawan separa komplek kepada sawan penuh tonik klonik

EPILEPSI PENUH TIDAK HADIR
  • Berlaku hilang kesedaran
  • Tiada aura
  • Tiada tak keruan selepas episod
  • Berlaku kurang dari 20 saat
  • Bermula semasa kanak-kanak atau zaman remaja dan boleh juga kekal apabila dewasa

EPILEPSI PENUH TONIK KLONIK PRIMER
  • Grand mal
  • Tiada aura
  • Tangan, kaki dan badan melurus dan meleding semasa episod.
  • Boleh juga berlaku pergerakan berirama klonik
  • Memakan masa beberapa saat
  • Pesakit akan manjadi tidak keruan berpanjangan

EPILEPSI PENUH TONIK
  • Berlaku dengan sekejap memakan masa beberapa saat
  • Tangan, badan, kaki melurus dan kepala meunduk

EPILEPSI PENUH KLONIK
  • Berlaku pergerakan menyentak berirama 
  • Hilang kesedaran

EPILEPSI PENUH MIOKLONIK
  • Sekejap
  • Memakan masa kurang dari 1 saat
  • Pergerakan menyentak tidak berirama
  • Tidak semua mioklonus adalah epilepsi
    • Berlaku secara normal semasa tidur

EPILEPSI PENUH ATONIK
  • Memakan masa yang singkat
  • Lemah gemalai tanda kekuatan badan

Artikel Popular