Pages

Penyakit kusta

Penyakit kusta
Penyakit Kusta adalah disebabkan oleh sejenis bakteria dipanggil Mycobacterium leprae yang berjangkit secara perlahan-lahan dan menyerang bahagian kulit, saraf kaki dan tangan, serta lain-lain organ seperti mata, tekak dan hidung.Penyakit Kusta juga dikenali sebagai Penyakit Hansen.

Cara rebakannya tidak diketahui secara tepat tetapi difahamkan ia merebak dari seorang ke seseorang melalui percikan air liur. Faktor-faktor persekitaran yang tidak bersih dan keadaan tempat tinggal yang sesak adalah penyumbang kepada merebaknya penyakit ini di samping kekurangan zat makanan dan daya tahan badan yang lemah.

Tempoh pengeraman adalah terlalu lama iaitu di antara 1 hingga 40 tahun. Mereka yang kerap dijangkiti adalah golongan muda berumur di antara 10 hingga 20 tahun di mana lelaki lebih mudah dijangkiti berbanding perempuan.Penyakit Kusta adalah endemik di Malaysia, walau bagaimanapun kadar jangkitan adalah rendah.

Tanda dan Gejala


Terdapat 2 jenis Penyakit Kusta:

Satu atau beberapa tompok samada putih atau merah yang tidak gatal atau sakit. Kulit menjadi kering dan kasar serta tidak berpeluh dan tidak berbulu. Ianya tidak berjangkit tetapi jika tidak dirawat ia akan menyebabkan kecacatan.

Tompokan putih kemerah-merahan yang boleh merebak keseluruh kulit. Tanda-tanda awal boleh dilihat pada muka dan telinga. Jenis ini merebak jika tidak dirawat.


  • Paucibacillary (calitan kulit smear negative)
  • Multibacillary(calitan kulit smear positif)

Di kawasan wabak penyakit, jika ujian calitan seseorang menunjukkan positif bakteria AFB (Acid Fast Bacilli) atau jika ada luka pada kulit yang mempunyai ciri-ciri tertentu, seseorang itu boleh dikatakan mendapat Penyakit Kusta. Selalunya, sedikit perubahan warna kulit terjadi dan hilang deria rasa. Saraf menjadi tebal serta otot menjadi lemah adalah antara akibat dari penyakit ini. Salah satu dari cirri-ciri yang terjadi adalah kaki menjadi keras dan tidak boleh dibengkokkan serta sukar untuk berjalan.

Komplikasi

Pengesanan awal adalah penting. Rawatan awal dapat mengelakkan kecacatan. Dengan ini pesakit dapat menghalang jangkitan kepada orang lain.

Kecacatan di muka termasuk batang hidung rata, alis dan bulu mata gugur.

Kecacatan pada tangan termasuk otot tapak tangan mengecut, jari-jari membengkok, tangan menjadi lemah dan hilang fungsi tangan.

Kecacatan pada kaki termasuk hilang deria rasa tumit dan di peringkat akhir tapak kaki dan jari kaki menjadi berkudis.

Rawatan

Penyakit Kusta boleh disembuhkan, dan rawatan di peringkat awal dapat menhindarkan kecacatan. Semua pesakit mesti patuh pada aturan rawatan WHO bagi mengelakkan kecacatan. WHO mengesyorkan MDT. MDT merangkumi 3 jenis ubat iaitu Dapsone, Rifampicin dan Clofazimine. Kombinasi ubat ini boleh membunuh pathogen dan menyembuhkan pesakit.

Pencegahan


Diagnosis awal dan rawatan sempurna bagi seseorang yang dijangkiti, dapat mengawal Penyakit Kusta. Pencegahan berterusan dapat mengelakkan hubungan rapat secara fizikal dengan mereka yang tidak dirawat. .

Mereka yang mempunyai pertalian dengan pesakit kusta dikehendaki menjalani ujian pengesanan kusta. Pemeriksaan tahunan hendaklah dilakukan ke atas saudara mara sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun bermula dari pendedahan dengan pesakit kusta.

Pemulihan


Kecacatan dan kerosakan saraf disebabkan penyakit Kusta selalunya kekal. Pencegahan atau pemulihan akibat penyakit ini adalah sebahagian daripada tindakan yang perlu dilakukan. Pembedahan rekonstraktif adalah bertujuan untuk mengelak dan membetulkan kecacatan.

Penjagaan komprehensif melibatkan pengajaran kepada pesakit untuk menjaga diri sendiri. Pesakit yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan saraf yang jelas dan berisiko mendapat kecacatan perlu di ajar kaedah penjagaan anggota yang tidak sensitif sama seperti pesakit diabetes yang mengalami kerosakan saraf pada kaki. Keadaan ini memerlukan mereka sentiasa memeriksa diri sendiri bagi mengelak dari sebarang luka dan kecederaan lain.

Kumpulan Sokongan

Hubungi doktor anda jika terdapat tanda-tanda dan gejala seperti di atas, untuk keterangan lanjut sila hubungi:

MALRA - Malaysian Leprosy Relief Association
Lot 339 & 340, 3rd Floor,
Wisma HLA, Jalan Raja Chulan,
50200, Kuala Lumpur
Tel: 03 2488163, 2424552

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular