Pages

Penyakit influenza pandemik

Influenza Pandemik berlaku apabila virus selesema baru muncul dan sebelum ini tidak pernah beredar di dalam badan manusia. Kebimbangan sekarang adalah selesema burung yang akan bertukar kepada bentuk jangkitan yang berisiko tinggi kepada manusia dan mudah merebak ai antara satu sama lain. Walaupun selesema baru kepada manusia tetapi ia tetap tidak mudah merebak daripada seorang ke seorang.

Bagaimana Influenza Pandemik terjadi?


Virus Influenza yang baru muncul adalah daripada proses yang dipanggil antugenic shift dimana menyebabkan pertukaran tiba-tiba dan perubahan yang besar kepada virus A Influenza. Pertukaran ini berlaku apabila protein di permukaan virus bercampur dan ini menyebabkan mutasi atau bertukar bahan genetik antara pelbagai virus influenza. Jikalau berlaku kepada virus A Influenza subtype, dan ia boleh berjangkit kepada manusia dan merebak dengan mudah dari seorang ke seorang , Influenza Pandemik boleh berlaku.

Adakah vaksin Influenza Pandemik boleh didapati?


Tidak
Vaksin yang dihasilkan setiap tahun mengikut Influenza semasa (manusia biasa) tetapi ini tidak akan melindungi daripada Influenza Pandemik. Tiada vaksin yang boleh bertahan untuk beberapa bulan selepas terjadinya wabak.

Mengapa tiada vaksin selesema tahunan melindungi manusia daripada Influenza Pandemik?

Vaksin selesema terbentuk bagi melindungi virus yang khusus, oleh yang demikian vaksin pandemik tidak dapat dihasilkan hingga muncul Influenza Pandemik yang baru dapat dikenalpasti. Walaupun Influenza Pandemik dikenalpasti, ia mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk tumbuh, pengujian dan terhasilnya vaksin.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak sihat

Tanya diri anda soalan yang berikut.

  • Adakah ini Selesema?
    • Ciri-ciri yang paling ketara mengenai selesema adalah berlakunya demam tiba-tiba (38 C atau 100.4 F atau lebih), batuk kering dan sakit di dalam badan terutama di kepala dan bahagian bawah badan serta kaki. Selalunya seseorang itu akan mengalami lemah dan penat sehingga tidak mahu bangkit dari katil. Gejala lain adalah seram sejuk, sakit di belakang mata, kurang selera makan, sakit tekak selesema, dan hidung tersumbat. Selepas gejala pertama muncul, anda boleh menyebarkan virus tersebut kepada orang yang lain dalam tempoh 4-6 hari atau lebih.

  • Apa yang boleh anda lakukan untuk diri anda sendiri?
    • Rehat. Kemungkinan anda akan merasa sangat lemah dan penat sehingga suhu badan anda turun ke paras biasa (lebih kurang 3 hari), dan rehat boleh memberi keselesaan dan membantu badan anda menggunakan tenaga untuk melawan jangkitan. Anda perlu mengelakkan daripada bersentuhan.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular