Pages

Pelalian Vaksin Hepatitis A

Apakah vaksin hepatitis A?
  • Dapat melindungi dari penyakit Hepatitis A dalam kadar 70%-90%
  • Di beri dalam bentuk 2 dos suntikan dengan jarak 6 hingga 8 bulan
  • Memberi perlindungan dalam jangkamasa yang panjang

Siapakah yang patut mendapat vaksin hepatitis A?

Disyorkan untuk setiap orang dari golongan umur dua tahun dan ke atas
  • Pelancong ke tempat-tempat yang menpunyai kadar jangkitan hepatitis A yang tinggi seperti Asia, Afrika dan Eropah Timur.
  • Kanak-kanak yang tinggal di kawasan yang mempunyai kadar jangkitan hepatitis A yang tinggi
  • Pekerja pembentungan / kumbahan.
  • Penagih dadah yang mengambil dadah suntikan.
  • Pengendali makanan seperti di kedai makan, penjaja, pemilik kantin dan pekerja pekerjanya untuk mengurangkan risiko jangkitan.
  • Pengidap penyakit hati yang kronik.
  • Pengidap masalah pembekuan darah.
  • Hubungan seks sejenis.

Di manakah saya boleh mendapat vaksin hepatitis A?
  • Di semua klinik swasta atau hospital
  • Rujuk doktor anda untuk maklumat selanjut

Asites

Inggeris = Ascites
Huraian = Cecair yang berlebihan dalam rongga peritoneum.

Sebab-sebab asites
  • Hipertensi vinus
    • Sirosis
    • Kegagalan jantung kongenital
    • Perikarditis konstriktif
    • Sindrom Budd-Chiari
    • Trombosis porta vena
  • Hipoalbuminemia
  • Malignan
    • Karsinomatosis sekunder
    • Limfoma
    • Leukemia
    • Mesothelioma primer
  • Jangkitan
    • Peritonitis tuberkulosis
    • Fungus
      • Candida
      • Cryptococcus
    • Parasit
      • Strongoiudes
      • Entamoeba
  • Lain-lain
    • Kilus (chylous)
    • Hempedu
    • Pankreatik
    • Urinari
    • Ovarian
    • Miksoedema
    • Peritoeni pseudomyksoma (pseudomyxoedema peritoeni)
    • Peritonitis eosinofilik

Kanser kolorektum

Inggeris = Colorectal cancer

Kanser kolorektum terdiri daripada adenokarsinoma dari polip adenomatus tubular/ vilus. 30% berlaku dalam rektum dan 30% berlaku dalam sigmoid.

Terdapat beberapa gen yang dikaitkan dengan kanser kolorektum dan antaranya adalah APC, K-ras dan p53.

Kanser kolorektum dikelaskan menggunakan pengelasan Duke yang dipecahkan kepada A, B , C  dan D.

  • Duke A  = Kanser hanya melibatkan mukosa dan submukosa
  • Duke B  = Kanser melibatkan lapisan lamina propria
  • Duke C  = Kanser tersebar ke noda limfa yang berdekatan
  • Duke D  = Kanser telah tersebar jauh


Beberapa faktor boleh meningkatkan risiko untuk seseorang menghadapai kanser kolorektum. Antaranya adalah:

  • Lelaki
  • Alkohol
  • Merokok
  • Ureterosigmoidoskopi
  • Sirosis biliary primer
  • Akromegali
  • Ubat antiradang bukan steroid
  • Kolitis
  • Sejarah keluarga
    • Poliposis adenoma kekeluargaan
    • Kanser kolorektum nonpoliposis keturunan
    • Sindrome Peutz Jegher
  • Diet
    • Kekurangan serat
    • Kelebihan lemak dan daging merah
Pesakit kanser kolorektum biasanya mengalami kehilangan berat badan, perubahan tabiat membuang air besar, dan sakit perut. 

Kanser pada bahagian kolon asenden (bahagian usus yang menaik) boleh mengalami anemia kekurangan zat besi. Manakala kanser pada bahagian desenden pula boleh mengalami masalah berak bersetra darah, perubahan tabiat membuang air, simtom obstruksi dan juga tenesmus iaitu desakan yang menyakitkan untuk membuang air tanpa mendatangkan hasil yang memuaskan. 

Pembedahan adalah satu cara untuk merawat kanser kolorektum dan ia boleh juga diikuti dengan rawatan radioterapi. Biasanya paras CEA dalam darah akan diperiksa untuk mengawasi keberkesanan rawatan yang diberikan. 

Prognosis pesakit kanser kolorektum adalah berdasarkan pengelasan Duke.

  • Duke A  = 80% pesakit masih hidup selepas 5 tahun didiagnos
  • Duke B  = 60-70%% pesakit masih hidup selepas 5 tahun didiagnos
  • Duke C  = 30-40% pesakit masih hidup selepas 5 tahun didiagnos
  • Duke D  = Tiada pesakit masih hidup selepas 5 tahun didiagnos

Sirosis biliari primer

Inggeris = Primary billiary cirrhosis

Sirosis biliari primer adalah satu penyakit di mana terdapat keradangan dan kemusnahan berterusan salur hempedu kecil yang seterusnya membawa kepada sirosis. 90% pesakit ini terdiri dari perempuan.

Sirosis biliari primer dikaitkan dengan
  • HLA DR8
  • Skleroderma
  • Sindrom CREST
  • Sindrom Sjogren
  • Artritis sero negatif dan positif
  • Tiroiditis
  • Asidosis tubular buah pinggang
  • Penyakit selia
  • Fibrosis pulmonari
Pesakit boleh mangalami jaundis atau kekuningan yang disebabkan oleh penyekatan aliran hempedu. Selain itu, pesakit juga boleh mengalami kegatalan kulit. Sebahagian pesakit tidak mengalami sebarang gejala. 

Pemeriksaan muka pesakit boleh memaparkan kewujudan xanthelasma pada mata disebabkan oleh kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah. Selain itu pesakit boleh juga mengalami pempigmenan kulit, mempunyai jari belantan dan hepatosplenomegali iaitu pembesaran hati dan limpa.

Tanda-tanda lain yang boleh ditemui termsuklah tekanan darah yang tinggi, osteomalasia dan osteoporosis.

Penyakit ini boleh didiagnosis dengan kehadiran antibodi anti otot lembut dalam 90% kes. Selain itu ujian darah pesakit juga boleh menunjukkan paras alkalin phosphatase yang tinggi disebabkan oleh penyekatan hempedu. Paras IgM yang tinggi juga ditemui dalam penyakit ini. 

Biopsi hati akan menunjukkan keradangan saluran portal, kemusnahan salur interlobul, perubahan saluran kecil, fibrosis dan sirosis.

Sirosis bilari primer dirawat dengan mengawal gejala yang pesakit alami. Selain itu pemindahan organ juga dilakukan. Asid ursodeoksikolik juga digunakan. 

Sembelit

Sembelit boleh disebabkan oleh kekurangan pengambilan fiber dalam diet harian, kekurangan pengambilan air, masalah pergerakan normal usus, halangan pergerakan usus dan kekurangan pergerakan. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh masalah endokrin, neurologi dan juga ubat-ubatan.

  • Masalah halangan pergerakan usus
    • Kanser colorectal
    • Penyakit Crohn
    • Volvulus
    • Kehadiran jisim dalam pelvis seperti kanser
  • Masalah pergerakan normal usus
    • Sindrom usus irritabel
    • Penyakit divertikula
    • Psedo-obstruksi kronik
    • Penyakit Hirsprung
  • Endokrin
    • Hyperkalsemia
    • Hipotiroidisme
    • Mengandung
  • Neurologi
    • Penyakit saraf skral dan saraf tunjang
    • Penyakit Parkinson
    • Neuropati diabetik
  • Ubat-ubatan
    • Opiate
    • Zat besi
    • Antikolinergik
    • Penghalang saluran kalsium

Penyakit Crohn

Inggeris = Crohn's disease

Penyakit Crohn berlaku dalam 1 dalam seribu orang. Ia banyak didapati di kalangan orang Kaukasian dan Yahudi. IA bercirikan inflammasi tranmural yang bertompok-tompok. Ia boleh melibatkan mana-mana bahagian gastrousus terutama sekali ileum hujung, kolon, dan anorektum. Ia juga dikenali sebagai lesi yang melompat-lompat.


GEJALA DAN TANDA

Pesakit yang mengalami penyakit Crohn boleh menghadapi kesakitan perut selain dari cirit-birit yang selalunya adalah berdarah.

Tanda-tanda penyakit Crohn juga boleh ditemui di luar sistem gastrousus. Pemeriksaan jari boleh menunjukkan kehadiran jari belantan. Pesakit juga boleh mengalami sakit beberapa sendi (poliartritis) yang biasanya melibatkan sendi kecil. Artiritis ini biasanya adalah seronegatif. Ia juga boleh menyebabkan sacroilitis. Pesakit boleh mempunyai ruam pada kulit yang dinamakan eritema nodosum.


UJIAN

Ujian darah pesakit boleh menunjukkan kekurangan hemoglobin, potasium, dan albumin. Ujian barium boleh mngesan kehadiran pengecilan usus kecul, ulser pada mukosa dan lesi yang melompat-lompat. Biopsi dari permukaan mukosa usus yang diperolehi menerusi pemeriksaan endoskopi pesakit boleh menunjukkan inflammasi transmural, granuloma yang tidak berkaset dalam 65% pesakit, ulser yang merekah, pelambakan limfoid, serangan neutrofil dan juga permukaan yang kelihatan seperti berturap. Dalam banyak-banyak penemuan yang boleh dijumpai dari pemeriksaan histologi, granuloma yang tidak berkaset adalah yang penemuan yang paling tepat untuk mendiagnos penyakit Crohn.


DIAGNOSIS

Penyakit Crohn boleh didiagnos dengan mennunakan pemeriksaan endoskopi dan juga endoskopi kapsul.


RAWATAN

Rawatan untuk penyakit Crohn bergantung kepada tahap penyakit itu sendiri. PEnyakit yang aktif sebelunya dirawat menggunakan 5ASA, azathioprine, methotrexate, infliximab, pembedahan. Rawatan sokongan adalah dengan menggunakan sokongan nutrisi dan nasihat diet tertentu. Pesakit juga dinasihatkan untuk berhenti merokok sekiranya mereka adalah perokok.

Penyakit yang melibatkan perianal biasanya dirawat dengan menggunakan metronidazole, ciprofloxacin, azatgioprine, infliximab dan pembedahan.

Untuk mengekalkan keadaan serangan penyakit yang kurang kerap, pesakit biasanya akan diberikan 5ASA, azathiprine, methotrexate atau infliximab selain dari dinasihatkan untuk berhenti merokok.


KOMPLIKASI

Antara komplikasi yang dikaitan dengan penyakit Crohn adalah melibatkan malserapan dan biasanya pesakit akan mudah untuk mengalami jangkitan kuman pada ulser yang seterusnya akan membawa kepada pembentukan perkumpulan nanah dalam usus. Pesakit boleh mengalami osteomalasia, osteoporosis, amiloidosis. Kekurangan vitamin B12 biasanya akan berlaku dalam penyakit yang melibatkan hujung ileum. Pesakit Crohn juga boleh menghadapi pempentukan fistula dan juga karsinoma seperti maligansi usus dan limfoma usus kecil.

Cirit-birit tak berjangkit

Sebab-sebab cirit-birit tak berjangkit adalah

  • Kronik
    • Sindrom usus iritabel
    • Neoplasia kolon
    • Penyakit usus inflammatori
      • Penyakit Crohn
      • Kolitis ulseratif
    • Kolitid kolagenus/ limfocitik/ mikroskopik
  • Usus kecil
  • Malserapan asid hempedu
    • Giardiasis
    • Limfoma usus
    • Penyakit Whipple
    • Sprus tropika
    • Amiloidosis
  • Pankreas
    • Pankreatitis kronik
    • Karsinoma pankreas
    • Fibrosis sista
  • Endokrin
    • Tirotoksikosis
    • Diabetes (neuropati autonomik)
    • Kekurangan adrenal
    • VIPoma
    • Gastrinoma
    • Kanser medulla tiroid
  • Ubatan
    • Antibiotik
    • Antasid berasaskan magnesium
    • Lansoprazole
    • Metformin
    • Alkohol
  • Lain-lain
    • Selepas vagotomi/ gastrektomi
    • Pembuangan usus kecil
    • Fistula
    • Penggunaakn laksatif
    • HIV
    • Imunoglobinemia

Pertumbuhan lampau bakteria dalam usus

Inggeris=Bacterial overgrowth

Pertumbuhan lampau bakteria dalam usus boleh berlaku dan boleh menyebabkan keadaan malserapan di mana nutrien yang terdapat dalam makanan tidak dapat diserap oleh usus dengan berkesan. Ia berlaku terutamanya dalam usus kecil.

Sebab-sebabnya adalah:

  • Hipogammaglobulinemia
  • Sirosis
  • Simpulan mati (blind loops)
  • Divertikula
  • Fistula
  • Kekurangan asid yang disebabkan oleh
    • Gastritis atrofi
    • Vagotomi
    • Perencat pam proton
    • Penyekat histamin
  • Halangan usus (Bowel obstruction)
    • Lekatan usus (Adhesions)
    • Penyemitan/ striktur usus
  • Gangguan motiliti usus
    • Sklerosis sistemik
    • Neuropati autonomik diabetik
    • Amiloid

Sindrom karsinoid

Pengenalan | Gejala | Tanda | Diagnosis | Rawatan

Inggeris = Carcinoid syndrome
Huraian = Kompleks gejala yang berkait dengan tumor karsinoid.

PENGENALAN

Sindrom karsinoid adalah penyakit yang sangat jarang berlaku. Ia terhasil apabila metastasis hati menghasilkan serotonin dan dilepaskan ke dalam darah. Kanser primer yang menghasilkan metastasis hati sebahagian besarnya berasal dari apendik. Selain itu kanser dari bronkus, rektum dan ovari juga boleh menghasilkan sindrom karsinoid.


GEJALA

Pesakit akan mengalami kemerahan muka dan leher. Selain itu mereka juga boleh mengalami kesakitan berut dan cirit-birit cair.


TANDA

Tanda-tanda yang boleh ditemui dari pesakit sindrom karsinoid  termasuklah regurgitasi trikuspid dan   stenosis pulmonari.


DIAGNOSIS

Sindrom karsinoid didiagnos dengan memeriksa kandungan acid indol asetik 5-hidroksi (5-HIAA) dalam air kencing. Selain itu, CT, ultrabunyi dan MRI juga digunakan untuk mengenalpasti kanser primernya.


RAWATAN

Rawatan untuk sindrom karsinoid melibatkan pembedahan, kemoterapi, dan embolisasi metastasis hati. Selain itu, ostreotide dan cyproheptadine juga digunakan dalam sindrom ini.

Pengenalan | Gejala | Tanda | Diagnosis | Rawatan

Tumor karsinoid

Inggeris = Carcinoid tumour

Tumor karsinoid adalah penyakit yang sangat jarang berlaku. Ia berpunca dari sel enterokromafin dalam lamina propria. 1% dari kes ini didiagnos semasa pemeriksaan bedah siasat selepas kematian pesakit. Ia sangat jarang merebak ke bahagian badan lain. 5% dari pesakit akan menghadapi sindrom karsinoid.

Kolitis pseudomembran

Inggeris = Pseudomembranous colitis

Ini adalah keadaan di mana kolitis berlaku disebabkan oleh penggunaan antibiotik. Biasanya pesakit akan mengalami sakit perut yang datang sekali sekala. Ia disebabkan oleh jangkitan oleh clostridium diffisil. Diagnosis dibuat adalah dengan mengesan kehadiran toksin bacteria terseut dari sampel tahi yang dihantar ke makmal. Terdapat dua jenis toksin yang terhasil iaitu toksin A dan toksin B. Kewujudan kultur yang positif terhadap bakteria tersebut tidak cukup untuk mendiagnos penyakit ini. In kerana kulturnya adalah positive dalam 5% orang yang sihat. Sekiranya diagnosis adalah positif, pesakit akan dirawat dengan menggunakan metronidazole atau vancomycin.

Enteropati kehilangan protein

Sebab | Diagnosis | Rawatan

Inggeris = Protein-loosing enteropathy


Dalam penyakit ini, pesakit kehilangan protein dari usus kerana penyeresapan makanan berkurangan.


SEBAB

Ini disebabkan oleh:

  • Penyakit usus berulser/ menghakis
    • Ilitis
    • Neoplasia mukosa
    • Penyakit graf lawan his
    • Kolitis pseudomembran (C Diff)
  • Penyakit yang menghalang peraliran limfa
    • Limfagiektasia usus
    • Perikarditis konstriktif
  • Penyakit usus yang tidak menghakis
    • Penyakit selia
    • Sprus tropika
    • Penyakit Whipple
    • Penyakit Menetrier
    • Gastroenteropati esinofilik


Ujian yang boleh dilakukan untuk mendiagnos penyakit ini adalah memeriksa paras alfa 1 antitripsin dari tahi yang selalunya tinggi dalam enteropati kehilangan protein. 

Kadar kehilangan protein boleh dikira dengan menggunakan albumin 51Cr berlabel radio.



Rawaten ke atas penyakit ini adalah dengan mengenalpasti dan merawat sebab-sebab penyebab yang tersenarai di atas


Sebab | Diagnosis | Rawatan

Artritis reumatoid

Inggeris = Rheumatoid arthritis
Huraian = Penyakit sendi, kronik dan bercirikan perubahan keradangan di membran sinovia, struktur artikular dan atrofi tulang, boleh menyebabkan kecacatan di peringkat akhir penyakit.

Osteoporosis

Inggeris = Osteoporosis
Huraian = Penyakit yang dicirikan oleh peningkatan liang tulang, yang menyebabkan tulang menjadi rapuh, biasanya dikaitkan dengan kehilangan ion kalsium.

Osteomalasia

Inggeris = Osteomalacia
Huraian = Keadaan yang bercirikan kelembutan tulang, kesakitan, kelemahan otot, anoreksia dan kekurangan berat badan, berpunca dari kekurangan vitamin D, kalsium atau fosforus.

Penyakit Whipple

PENGENALAN 

Penyakit Whipple adalah disebabkan oleh jangkitan bacteria positif gram Troferima whippelii. Ia dikaitkan dengan HLA B27.


GEJALA

Gejala penyakit Whipple termasuklah cirit-birit, kehilangan berat badan dan tahi yang pucat dan besar. Selain itu, pesakit juga boleh mengalami artropati dan sakit perut.


TANDA

Antara tanda-tanda yang boleh ditemui semasa memeriksa pesakit adalah limfadenopati dan jari belantan.


DIAGNOSIS

Diagnosis biasanya dilakukan menerusi biopsi jejunum yang menunjukkan makrofaj dari villi yang mengandungi granul berpositif PAS. Selain itu, villi juga kelihatan pendek. Bacilli bakteria boleh kelihatan sekiranya villi ini diperiksa di bawah mikroskop elektron.


RAWATAN

Penyakit Whipple dirawat menggunakan antibiotik chloramphenicol. Chloramphenicol berupaya untuk melepasi rintangan datah otak. Antibiotik lain yang boleh digunakan termasuklah penicillin, erythromycin, dan cephalosporin.

Atrofi vilus

Sebab-sebab atrofi vilus

  • Penyakit selia
  • Dermatitis herpetiformis
  • Penyakit Whipple
  • Hipogammaglobulinemia
  • Limfoma
  • Sprus tropika

Malserapan

Inggeris = Malabsorption
Huraian = Keadaan penyerapan nutrien yang tak teratur atau tak sempurna daripada saluran usus terutamanya usus kecil.

SEBAB-SEBAB

Antara sebab-sebab malserapan adalah:

  • Lumen
    • Kekurangan enzim pankreas
      • Pankreatitis kronik
      • Fibrosis sista
      • Karcinoma pankreas
      • Kekurangan pankreatic genetik
    • Kekurangan garam hempedu
      • Jaundis obstruktif
      • Penyakit hati kolestatik 
      • Ketiadaan garam hempedu
      • Kandungan bakteria yang terlalu banyak
    • Jangkitan
      • Cirit-birit pelancong
      • Tuberkulosis intestin
      • Penyakit paralitik
        • Giardia
        • Helmintik
        • HIV
        • Sprus tropika
    • Penyakit kekurangan campuran dan pergerakan
      • Selepas pembedahan perut
      • Tirotoksikosis
      • Diabetes mellitus (neuropati autonimik)
      • Sklerosis sistemik
  • Mukosa
    • Luaran
      • Limfanjiektasia intestin
    • Dalaman
      • Penyakit selia
      • Kekurangan dissakarida
      • Malserapan selepas jangkitan kuman
      • Penyakit Whipple
      • Kekurangan imun (hipogammaglobulinemia)
      • Penyakit Crohn
      • Sensitif susu lembu pada kanak-kanak
  • Struktur
    • Pembedahan intestin atau perut
    • Enteritis radiasi
    • Kekurangan arteri mesenterik
    • Limfoma intestin kecil dan malignansi lain
    • Amiloidosis
  • Ubat/ dadah
    • Alkohol
    • Neomycin
    • Metformin
    • Cholestyramine
    • Colchicine

DIAGNOSIS

Antara ujian yang digunakan untuk mendiagnos malserapan adalah
  • Ujian Darah
    • Ferritin
    • Folate
    • B12
    • Zat besi
  • Ujian pernafasan
    • Ujian pernafasan 14C triolein
    • Ujian pernafasan hydrogen
    • Ujian pernafaan 14C glikokolat
  • Ujian tahi
    • Ujian Alfa 1 antitripsin
    • Ujian D xylose
    • Ujian PABA
    • Ujian Pancreoauryl
    • Ujian elastase tahi
  • Biopsi
    • Duodenal biopsi
  • Lain-lain
    • Aspirasi jenunum
    • Barium jejal
    • Enema usus kecil
    • SeHCAT

Fibrosis sista

Inggeris = Cystic fibrosis
Huraian = Penyakit yang jarang-jarang berlaku pada manusia, melibatkan pelbagai kelenjar perembes mukus, terutamanya dalam pankreas dan peparu, menjadi bergentian, menghasilkan mukus tebal yang abnormal, menyebabkan penyekatan usus dan pneumonia yang boleh membawa maut.

Gastrinoma

50-60% gastrinoma adalah malignan manakala 10% pula adalah pelbagai. 30% of gastrinoma adalah sebahagian daripada neoplasia pelbagai endokrin jenis 1.

GEJALA

Pesakit gastrinoma boleh mempunyai hanya satu ulser atau pelbagai ulser peptik. 40% pesakit mengalami steatorea dan cirit-birit.


DIAGNOSIS

Gastrinoma boleh didiagnos dengan menguji tahap gastrin semasa berpuasa. Sekiranya parasnya adalah tinggi semasa berpuasa, gastrinoma adalah positif. Paras gastin dalam darah ini akan meningkat lebih tinggi sekiranya ujian dijalankan dengan menggunakan pentagastrin.

Selain itu, ujian lain yang boleh dilakukan termasuklah CT, ultrabunyi dan MRI. Pemeriksaan-pemeriksaan ini boleh mengenalpasti lokasi tumor. 40% daripada tumor ini adalah kurang dari 1sm. Pemeriksaan ini juga membolehkan pengesanan metastasis yang disebabkan oleh tumor gastrinoma.

Ujian yang paling sensitif untuk mengesan gastrinoma adalah scintigraphy penerima somastatin. Ujian ini boleh mengesan kanser primer dan metastais. Kelebihannya adalah ia tidak memudaratkan.


RAWATAN

Gastrinoma dirawat dengan mennunakan pemencat pam proton berdos tinggi. Sekiranya adenoma ditemui, pembedahan boleh dilakukan untuk membuangnya. Octreotide pula digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.


KOMPLIKASI

Gastrinoma boleh menyebabkan sindrom Zollinger Ellison

Artikel Popular