Pages

Kanser kolorektum

Inggeris = Colorectal cancer

Kanser kolorektum terdiri daripada adenokarsinoma dari polip adenomatus tubular/ vilus. 30% berlaku dalam rektum dan 30% berlaku dalam sigmoid.

Terdapat beberapa gen yang dikaitkan dengan kanser kolorektum dan antaranya adalah APC, K-ras dan p53.

Kanser kolorektum dikelaskan menggunakan pengelasan Duke yang dipecahkan kepada A, B , C  dan D.

  • Duke A  = Kanser hanya melibatkan mukosa dan submukosa
  • Duke B  = Kanser melibatkan lapisan lamina propria
  • Duke C  = Kanser tersebar ke noda limfa yang berdekatan
  • Duke D  = Kanser telah tersebar jauh


Beberapa faktor boleh meningkatkan risiko untuk seseorang menghadapai kanser kolorektum. Antaranya adalah:

  • Lelaki
  • Alkohol
  • Merokok
  • Ureterosigmoidoskopi
  • Sirosis biliary primer
  • Akromegali
  • Ubat antiradang bukan steroid
  • Kolitis
  • Sejarah keluarga
    • Poliposis adenoma kekeluargaan
    • Kanser kolorektum nonpoliposis keturunan
    • Sindrome Peutz Jegher
  • Diet
    • Kekurangan serat
    • Kelebihan lemak dan daging merah
Pesakit kanser kolorektum biasanya mengalami kehilangan berat badan, perubahan tabiat membuang air besar, dan sakit perut. 

Kanser pada bahagian kolon asenden (bahagian usus yang menaik) boleh mengalami anemia kekurangan zat besi. Manakala kanser pada bahagian desenden pula boleh mengalami masalah berak bersetra darah, perubahan tabiat membuang air, simtom obstruksi dan juga tenesmus iaitu desakan yang menyakitkan untuk membuang air tanpa mendatangkan hasil yang memuaskan. 

Pembedahan adalah satu cara untuk merawat kanser kolorektum dan ia boleh juga diikuti dengan rawatan radioterapi. Biasanya paras CEA dalam darah akan diperiksa untuk mengawasi keberkesanan rawatan yang diberikan. 

Prognosis pesakit kanser kolorektum adalah berdasarkan pengelasan Duke.

  • Duke A  = 80% pesakit masih hidup selepas 5 tahun didiagnos
  • Duke B  = 60-70%% pesakit masih hidup selepas 5 tahun didiagnos
  • Duke C  = 30-40% pesakit masih hidup selepas 5 tahun didiagnos
  • Duke D  = Tiada pesakit masih hidup selepas 5 tahun didiagnos

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular