Pages

Penyakit Crohn

Inggeris = Crohn's disease

Penyakit Crohn berlaku dalam 1 dalam seribu orang. Ia banyak didapati di kalangan orang Kaukasian dan Yahudi. IA bercirikan inflammasi tranmural yang bertompok-tompok. Ia boleh melibatkan mana-mana bahagian gastrousus terutama sekali ileum hujung, kolon, dan anorektum. Ia juga dikenali sebagai lesi yang melompat-lompat.


GEJALA DAN TANDA

Pesakit yang mengalami penyakit Crohn boleh menghadapi kesakitan perut selain dari cirit-birit yang selalunya adalah berdarah.

Tanda-tanda penyakit Crohn juga boleh ditemui di luar sistem gastrousus. Pemeriksaan jari boleh menunjukkan kehadiran jari belantan. Pesakit juga boleh mengalami sakit beberapa sendi (poliartritis) yang biasanya melibatkan sendi kecil. Artiritis ini biasanya adalah seronegatif. Ia juga boleh menyebabkan sacroilitis. Pesakit boleh mempunyai ruam pada kulit yang dinamakan eritema nodosum.


UJIAN

Ujian darah pesakit boleh menunjukkan kekurangan hemoglobin, potasium, dan albumin. Ujian barium boleh mngesan kehadiran pengecilan usus kecul, ulser pada mukosa dan lesi yang melompat-lompat. Biopsi dari permukaan mukosa usus yang diperolehi menerusi pemeriksaan endoskopi pesakit boleh menunjukkan inflammasi transmural, granuloma yang tidak berkaset dalam 65% pesakit, ulser yang merekah, pelambakan limfoid, serangan neutrofil dan juga permukaan yang kelihatan seperti berturap. Dalam banyak-banyak penemuan yang boleh dijumpai dari pemeriksaan histologi, granuloma yang tidak berkaset adalah yang penemuan yang paling tepat untuk mendiagnos penyakit Crohn.


DIAGNOSIS

Penyakit Crohn boleh didiagnos dengan mennunakan pemeriksaan endoskopi dan juga endoskopi kapsul.


RAWATAN

Rawatan untuk penyakit Crohn bergantung kepada tahap penyakit itu sendiri. PEnyakit yang aktif sebelunya dirawat menggunakan 5ASA, azathioprine, methotrexate, infliximab, pembedahan. Rawatan sokongan adalah dengan menggunakan sokongan nutrisi dan nasihat diet tertentu. Pesakit juga dinasihatkan untuk berhenti merokok sekiranya mereka adalah perokok.

Penyakit yang melibatkan perianal biasanya dirawat dengan menggunakan metronidazole, ciprofloxacin, azatgioprine, infliximab dan pembedahan.

Untuk mengekalkan keadaan serangan penyakit yang kurang kerap, pesakit biasanya akan diberikan 5ASA, azathiprine, methotrexate atau infliximab selain dari dinasihatkan untuk berhenti merokok.


KOMPLIKASI

Antara komplikasi yang dikaitan dengan penyakit Crohn adalah melibatkan malserapan dan biasanya pesakit akan mudah untuk mengalami jangkitan kuman pada ulser yang seterusnya akan membawa kepada pembentukan perkumpulan nanah dalam usus. Pesakit boleh mengalami osteomalasia, osteoporosis, amiloidosis. Kekurangan vitamin B12 biasanya akan berlaku dalam penyakit yang melibatkan hujung ileum. Pesakit Crohn juga boleh menghadapi pempentukan fistula dan juga karsinoma seperti maligansi usus dan limfoma usus kecil.

Cirit-birit tak berjangkit

Sebab-sebab cirit-birit tak berjangkit adalah

  • Kronik
    • Sindrom usus iritabel
    • Neoplasia kolon
    • Penyakit usus inflammatori
      • Penyakit Crohn
      • Kolitis ulseratif
    • Kolitid kolagenus/ limfocitik/ mikroskopik
  • Usus kecil
  • Malserapan asid hempedu
    • Giardiasis
    • Limfoma usus
    • Penyakit Whipple
    • Sprus tropika
    • Amiloidosis
  • Pankreas
    • Pankreatitis kronik
    • Karsinoma pankreas
    • Fibrosis sista
  • Endokrin
    • Tirotoksikosis
    • Diabetes (neuropati autonomik)
    • Kekurangan adrenal
    • VIPoma
    • Gastrinoma
    • Kanser medulla tiroid
  • Ubatan
    • Antibiotik
    • Antasid berasaskan magnesium
    • Lansoprazole
    • Metformin
    • Alkohol
  • Lain-lain
    • Selepas vagotomi/ gastrektomi
    • Pembuangan usus kecil
    • Fistula
    • Penggunaakn laksatif
    • HIV
    • Imunoglobinemia

Pertumbuhan lampau bakteria dalam usus

Inggeris=Bacterial overgrowth

Pertumbuhan lampau bakteria dalam usus boleh berlaku dan boleh menyebabkan keadaan malserapan di mana nutrien yang terdapat dalam makanan tidak dapat diserap oleh usus dengan berkesan. Ia berlaku terutamanya dalam usus kecil.

Sebab-sebabnya adalah:

  • Hipogammaglobulinemia
  • Sirosis
  • Simpulan mati (blind loops)
  • Divertikula
  • Fistula
  • Kekurangan asid yang disebabkan oleh
    • Gastritis atrofi
    • Vagotomi
    • Perencat pam proton
    • Penyekat histamin
  • Halangan usus (Bowel obstruction)
    • Lekatan usus (Adhesions)
    • Penyemitan/ striktur usus
  • Gangguan motiliti usus
    • Sklerosis sistemik
    • Neuropati autonomik diabetik
    • Amiloid

Sindrom karsinoid

Pengenalan | Gejala | Tanda | Diagnosis | Rawatan

Inggeris = Carcinoid syndrome
Huraian = Kompleks gejala yang berkait dengan tumor karsinoid.

PENGENALAN

Sindrom karsinoid adalah penyakit yang sangat jarang berlaku. Ia terhasil apabila metastasis hati menghasilkan serotonin dan dilepaskan ke dalam darah. Kanser primer yang menghasilkan metastasis hati sebahagian besarnya berasal dari apendik. Selain itu kanser dari bronkus, rektum dan ovari juga boleh menghasilkan sindrom karsinoid.


GEJALA

Pesakit akan mengalami kemerahan muka dan leher. Selain itu mereka juga boleh mengalami kesakitan berut dan cirit-birit cair.


TANDA

Tanda-tanda yang boleh ditemui dari pesakit sindrom karsinoid  termasuklah regurgitasi trikuspid dan   stenosis pulmonari.


DIAGNOSIS

Sindrom karsinoid didiagnos dengan memeriksa kandungan acid indol asetik 5-hidroksi (5-HIAA) dalam air kencing. Selain itu, CT, ultrabunyi dan MRI juga digunakan untuk mengenalpasti kanser primernya.


RAWATAN

Rawatan untuk sindrom karsinoid melibatkan pembedahan, kemoterapi, dan embolisasi metastasis hati. Selain itu, ostreotide dan cyproheptadine juga digunakan dalam sindrom ini.

Pengenalan | Gejala | Tanda | Diagnosis | Rawatan

Tumor karsinoid

Inggeris = Carcinoid tumour

Tumor karsinoid adalah penyakit yang sangat jarang berlaku. Ia berpunca dari sel enterokromafin dalam lamina propria. 1% dari kes ini didiagnos semasa pemeriksaan bedah siasat selepas kematian pesakit. Ia sangat jarang merebak ke bahagian badan lain. 5% dari pesakit akan menghadapi sindrom karsinoid.

Kolitis pseudomembran

Inggeris = Pseudomembranous colitis

Ini adalah keadaan di mana kolitis berlaku disebabkan oleh penggunaan antibiotik. Biasanya pesakit akan mengalami sakit perut yang datang sekali sekala. Ia disebabkan oleh jangkitan oleh clostridium diffisil. Diagnosis dibuat adalah dengan mengesan kehadiran toksin bacteria terseut dari sampel tahi yang dihantar ke makmal. Terdapat dua jenis toksin yang terhasil iaitu toksin A dan toksin B. Kewujudan kultur yang positif terhadap bakteria tersebut tidak cukup untuk mendiagnos penyakit ini. In kerana kulturnya adalah positive dalam 5% orang yang sihat. Sekiranya diagnosis adalah positif, pesakit akan dirawat dengan menggunakan metronidazole atau vancomycin.

Enteropati kehilangan protein

Sebab | Diagnosis | Rawatan

Inggeris = Protein-loosing enteropathy


Dalam penyakit ini, pesakit kehilangan protein dari usus kerana penyeresapan makanan berkurangan.


SEBAB

Ini disebabkan oleh:

  • Penyakit usus berulser/ menghakis
    • Ilitis
    • Neoplasia mukosa
    • Penyakit graf lawan his
    • Kolitis pseudomembran (C Diff)
  • Penyakit yang menghalang peraliran limfa
    • Limfagiektasia usus
    • Perikarditis konstriktif
  • Penyakit usus yang tidak menghakis
    • Penyakit selia
    • Sprus tropika
    • Penyakit Whipple
    • Penyakit Menetrier
    • Gastroenteropati esinofilik


Ujian yang boleh dilakukan untuk mendiagnos penyakit ini adalah memeriksa paras alfa 1 antitripsin dari tahi yang selalunya tinggi dalam enteropati kehilangan protein. 

Kadar kehilangan protein boleh dikira dengan menggunakan albumin 51Cr berlabel radio.



Rawaten ke atas penyakit ini adalah dengan mengenalpasti dan merawat sebab-sebab penyebab yang tersenarai di atas


Sebab | Diagnosis | Rawatan

Penyakit Whipple

PENGENALAN 

Penyakit Whipple adalah disebabkan oleh jangkitan bacteria positif gram Troferima whippelii. Ia dikaitkan dengan HLA B27.


GEJALA

Gejala penyakit Whipple termasuklah cirit-birit, kehilangan berat badan dan tahi yang pucat dan besar. Selain itu, pesakit juga boleh mengalami artropati dan sakit perut.


TANDA

Antara tanda-tanda yang boleh ditemui semasa memeriksa pesakit adalah limfadenopati dan jari belantan.


DIAGNOSIS

Diagnosis biasanya dilakukan menerusi biopsi jejunum yang menunjukkan makrofaj dari villi yang mengandungi granul berpositif PAS. Selain itu, villi juga kelihatan pendek. Bacilli bakteria boleh kelihatan sekiranya villi ini diperiksa di bawah mikroskop elektron.


RAWATAN

Penyakit Whipple dirawat menggunakan antibiotik chloramphenicol. Chloramphenicol berupaya untuk melepasi rintangan datah otak. Antibiotik lain yang boleh digunakan termasuklah penicillin, erythromycin, dan cephalosporin.

Atrofi vilus

Sebab-sebab atrofi vilus

  • Penyakit selia
  • Dermatitis herpetiformis
  • Penyakit Whipple
  • Hipogammaglobulinemia
  • Limfoma
  • Sprus tropika

Fibrosis sista

Inggeris = Cystic fibrosis
Huraian = Penyakit yang jarang-jarang berlaku pada manusia, melibatkan pelbagai kelenjar perembes mukus, terutamanya dalam pankreas dan peparu, menjadi bergentian, menghasilkan mukus tebal yang abnormal, menyebabkan penyekatan usus dan pneumonia yang boleh membawa maut.

Artikel Popular