Pages

Kanser kolorektum

Inggeris = Colorectal cancer

Kanser kolorektum terdiri daripada adenokarsinoma dari polip adenomatus tubular/ vilus. 30% berlaku dalam rektum dan 30% berlaku dalam sigmoid.

Terdapat beberapa gen yang dikaitkan dengan kanser kolorektum dan antaranya adalah APC, K-ras dan p53.

Kanser kolorektum dikelaskan menggunakan pengelasan Duke yang dipecahkan kepada A, B , C  dan D.

  • Duke A  = Kanser hanya melibatkan mukosa dan submukosa
  • Duke B  = Kanser melibatkan lapisan lamina propria
  • Duke C  = Kanser tersebar ke noda limfa yang berdekatan
  • Duke D  = Kanser telah tersebar jauh


Beberapa faktor boleh meningkatkan risiko untuk seseorang menghadapai kanser kolorektum. Antaranya adalah:

  • Lelaki
  • Alkohol
  • Merokok
  • Ureterosigmoidoskopi
  • Sirosis biliary primer
  • Akromegali
  • Ubat antiradang bukan steroid
  • Kolitis
  • Sejarah keluarga
    • Poliposis adenoma kekeluargaan
    • Kanser kolorektum nonpoliposis keturunan
    • Sindrome Peutz Jegher
  • Diet
    • Kekurangan serat
    • Kelebihan lemak dan daging merah
Pesakit kanser kolorektum biasanya mengalami kehilangan berat badan, perubahan tabiat membuang air besar, dan sakit perut. 

Kanser pada bahagian kolon asenden (bahagian usus yang menaik) boleh mengalami anemia kekurangan zat besi. Manakala kanser pada bahagian desenden pula boleh mengalami masalah berak bersetra darah, perubahan tabiat membuang air, simtom obstruksi dan juga tenesmus iaitu desakan yang menyakitkan untuk membuang air tanpa mendatangkan hasil yang memuaskan. 

Pembedahan adalah satu cara untuk merawat kanser kolorektum dan ia boleh juga diikuti dengan rawatan radioterapi. Biasanya paras CEA dalam darah akan diperiksa untuk mengawasi keberkesanan rawatan yang diberikan. 

Prognosis pesakit kanser kolorektum adalah berdasarkan pengelasan Duke.

  • Duke A  = 80% pesakit masih hidup selepas 5 tahun didiagnos
  • Duke B  = 60-70%% pesakit masih hidup selepas 5 tahun didiagnos
  • Duke C  = 30-40% pesakit masih hidup selepas 5 tahun didiagnos
  • Duke D  = Tiada pesakit masih hidup selepas 5 tahun didiagnos

Sembelit

Sembelit boleh disebabkan oleh kekurangan pengambilan fiber dalam diet harian, kekurangan pengambilan air, masalah pergerakan normal usus, halangan pergerakan usus dan kekurangan pergerakan. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh masalah endokrin, neurologi dan juga ubat-ubatan.

  • Masalah halangan pergerakan usus
    • Kanser colorectal
    • Penyakit Crohn
    • Volvulus
    • Kehadiran jisim dalam pelvis seperti kanser
  • Masalah pergerakan normal usus
    • Sindrom usus irritabel
    • Penyakit divertikula
    • Psedo-obstruksi kronik
    • Penyakit Hirsprung
  • Endokrin
    • Hyperkalsemia
    • Hipotiroidisme
    • Mengandung
  • Neurologi
    • Penyakit saraf skral dan saraf tunjang
    • Penyakit Parkinson
    • Neuropati diabetik
  • Ubat-ubatan
    • Opiate
    • Zat besi
    • Antikolinergik
    • Penghalang saluran kalsium

Artikel Popular