Pages

Penyakit Crohn

Inggeris = Crohn's disease

Penyakit Crohn berlaku dalam 1 dalam seribu orang. Ia banyak didapati di kalangan orang Kaukasian dan Yahudi. IA bercirikan inflammasi tranmural yang bertompok-tompok. Ia boleh melibatkan mana-mana bahagian gastrousus terutama sekali ileum hujung, kolon, dan anorektum. Ia juga dikenali sebagai lesi yang melompat-lompat.


GEJALA DAN TANDA

Pesakit yang mengalami penyakit Crohn boleh menghadapi kesakitan perut selain dari cirit-birit yang selalunya adalah berdarah.

Tanda-tanda penyakit Crohn juga boleh ditemui di luar sistem gastrousus. Pemeriksaan jari boleh menunjukkan kehadiran jari belantan. Pesakit juga boleh mengalami sakit beberapa sendi (poliartritis) yang biasanya melibatkan sendi kecil. Artiritis ini biasanya adalah seronegatif. Ia juga boleh menyebabkan sacroilitis. Pesakit boleh mempunyai ruam pada kulit yang dinamakan eritema nodosum.


UJIAN

Ujian darah pesakit boleh menunjukkan kekurangan hemoglobin, potasium, dan albumin. Ujian barium boleh mngesan kehadiran pengecilan usus kecul, ulser pada mukosa dan lesi yang melompat-lompat. Biopsi dari permukaan mukosa usus yang diperolehi menerusi pemeriksaan endoskopi pesakit boleh menunjukkan inflammasi transmural, granuloma yang tidak berkaset dalam 65% pesakit, ulser yang merekah, pelambakan limfoid, serangan neutrofil dan juga permukaan yang kelihatan seperti berturap. Dalam banyak-banyak penemuan yang boleh dijumpai dari pemeriksaan histologi, granuloma yang tidak berkaset adalah yang penemuan yang paling tepat untuk mendiagnos penyakit Crohn.


DIAGNOSIS

Penyakit Crohn boleh didiagnos dengan mennunakan pemeriksaan endoskopi dan juga endoskopi kapsul.


RAWATAN

Rawatan untuk penyakit Crohn bergantung kepada tahap penyakit itu sendiri. PEnyakit yang aktif sebelunya dirawat menggunakan 5ASA, azathioprine, methotrexate, infliximab, pembedahan. Rawatan sokongan adalah dengan menggunakan sokongan nutrisi dan nasihat diet tertentu. Pesakit juga dinasihatkan untuk berhenti merokok sekiranya mereka adalah perokok.

Penyakit yang melibatkan perianal biasanya dirawat dengan menggunakan metronidazole, ciprofloxacin, azatgioprine, infliximab dan pembedahan.

Untuk mengekalkan keadaan serangan penyakit yang kurang kerap, pesakit biasanya akan diberikan 5ASA, azathiprine, methotrexate atau infliximab selain dari dinasihatkan untuk berhenti merokok.


KOMPLIKASI

Antara komplikasi yang dikaitan dengan penyakit Crohn adalah melibatkan malserapan dan biasanya pesakit akan mudah untuk mengalami jangkitan kuman pada ulser yang seterusnya akan membawa kepada pembentukan perkumpulan nanah dalam usus. Pesakit boleh mengalami osteomalasia, osteoporosis, amiloidosis. Kekurangan vitamin B12 biasanya akan berlaku dalam penyakit yang melibatkan hujung ileum. Pesakit Crohn juga boleh menghadapi pempentukan fistula dan juga karsinoma seperti maligansi usus dan limfoma usus kecil.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular