Pages

Ulser afta

Inggeris = Aphthous ulcer
Huraian = Ulser kecil di membran mukus mulut, bermula dengan vesikul dan pecah menjadi ulser putih, berpinggir merah dan sakit.

Apakah ulser afta?


Ulser afta juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada secara sebiji atau berbilang biji. Ia selalu sembuh tanpa meninggalkan parut.


Apakah ciri-ciri ulser afta?

Ulser afta merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan. Ulser ini boleh mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.


Apakah gejala yang timbul berkaitan dengan ulser afta?

Ia sering dihubungkaitkan dengan :
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lamakah ulser afta akan sembuh?

Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.


Komplikasi ulser afta

Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Pesakit mungkin menghadapi kesukaran semasa makan.


Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.

Perhatian

Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan disebabkan oleh keadaan yang lebih serius seperti kanser mulut atau penyakit sistemik.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular