Sebahagiannya adalah kerana keturunan, seperti tanda lahir, tetapi setengah ruam adalah disebabkan oleh hormon ibu yang masih lagi mengalir di dalam darah bayi. Biarpun sebahagian dari penyakit kulit ini adalah normal, sebahagian lagi mungkin merupakan petanda bagi masalah lain. Penyakit kulit yang paling biasa terjadi kepada bayi adalah:
Tanda lahir (perubahan salur pendarahan)
Perubahan salur darah yang sementara
Acrocyanosis (Kaki Dan Tangan Berwarna Kebiruan)
Acrocyanosis |
- Kulit berwarna ungu kebiruan di sekeliling bibir, tangan dan kaki yang mana adalah normal pada bayi yang baru lahir.
- Ianya akan lebih ketara semasa bayi menangis atau kesejukan.
- Keadaan sistem peredaran yang belum matang di kalangan bayi menjadikan bayi sukar untuk menyesuaikan kepada cuaca sejuk. Keadaan itu adalah normal jika bayi tersebut makan dengan baik dan aktif
- Untuk mengecualikan sebab-sebab yang lain:
- Periksa suhu badan untuk mengesan demam
- Periksa bibir, lidah dan gusi, jika kebiruan bayi tersebut mesti dibawa berjumpa doktor dengan segera.
Cutis marmorata |
- Kulit bayi bercorak seperti batu marmar atau bercorak adalah disebabkan oleh peredaran darah yang tidak sama rata di kulit.
- Bayi yang baru lahir belum dapat menyesuaikan diri apabila terdedah kepada keadaan panas atau sejuk. Apabila terdedah kepada cuaca sejuk, peredaran darah pada kulit bayi akan jadi tidak teratur. Ini diikuti oleh peredaran darah yang tidak teratur pada tangan dan kaki. Jadi ini bukanlah perkara luar biasa untuk bayi yang baru lahir untuk mengalami kebiruan pada bahagian tubuh badan tersebut.
- Keadaan ini normal dan biasanya hilang dalam 2 - 3 minggu. Jika selepas tempoh tersebut masih tidak hilang, sila berjumpa doktor untuk masalah genetik.
- Ini adalah sakit kulit vascular yang wujud sejak lahir atau beberapa bulan selepas lahir. Ini adalah biasa dan biasanya akan hilang apabila bayi tersebut membesar. Sebahagian daripada tanda lahir ini mungkin tanda bagi penyakit lain.
- Dapatkan pemeriksaan dari jururawat atau doktor di klinik semasa melakukan lawatan ke klinik ketika minggu pertama usia bayi atau minggu ke enam selepas kelahiran.
Salmon patch |
- Ini adalah salur darah kapilari kulit yang mengembang yang mana merupakan saki baki corak salur darah bayi semasa di dalam kandungan.
- Berlaku pada 40 - 60 % bayi
- Tompokan berwarna merah muda yang pudar dan rata biasanya ditemui di belakang leher, dahi di atas hidung dan kelopak mata atas.
- Warna tersebut akan menjadi lebih terserlah apabila bayi tersebut menangis.
- Biasanya akan hilang dengan sendiri semasa bayi berumur setahun dan tidak menimbulkan sebarang masalah.
- Tiada rawatan yang diperlukan.
- Biasanya bermula dengan tanda merah yang samar-samar di mana-mana bahagian badan bayi semasa usia satu hingga empat minggu.
- Kemudian menjadi merah cerah, timbul dan tidak rata, seperti buah strawberi, membesar selama enam bulan usia bayi.
- Berhenti membesar antara enam dan setahun usia bayi dan kemudian beransur-ansur mengecil dan akhirnya hilang dengan sendiri dalam masa beberapa tahun.
- Rawatan
- Dalam kebanyakan kes, cuma perlu menunggu sehingga ianya hilang sendiri.
- Elakkan kecederaan kepada hemangioma. Pakaikan sarung tangan atau pastikan kuku jari bayi pendek untuk mengelakkan dari tercalar.
- Jaga kebersihan terutama sekali di kawasan kelangkangan atau lipatan kulit.
- Di dalam kes, di mana hemangioma tumbuh sehingga menutup mata dan menghalang penglihatan, rawatan diperlukan dan boleh diperolehi daripada pakar mata dan pakar kanak-kanak. Untuk mengelakkan kehilangan penglihatan pada mata berkenaan. Pilihan rawatan yang ada adalah seperti rawatan laser, interferon, suntikan steroid ke dalam hemangioma atau memakan ubat steroid.
Tanda port wain |
- Tanda Port Wain adalah berbeza dari tanda lahir yang lain dari beberapa aspek penting. Ia berlaku dalam 0.1 - 0.3 % daripada jumlah bayi yang baru lahir.
- Kecacatan salur darah kapilari atau vena daripada lapisan kulit yang lebih dalam.
- Ada sejak lahir berwarna merah, rata dan biasanya berada di sebahagian muka atau leher, tetapi boleh berada di mana - mana bahagian badan.
- Jika tidak dirawat, ia akan kekal seumur hidup.
- Dengan pertambahan usia, ia akan menjadi lebih tebal, bercorak dan berwarna gelap.
- Rawatan
- Rawatan laser dengan bius, biasanya semasa kanak-kanak telah berumur dan boleh berkerjasama.
- Rawatan interferon pada bayi jika saluran darah yang terlibat adalah lebih dalam.
- Jumpa doktor segera jika tanda Port Wain :
- Jika tanda 'Port Wine' kelihatan disebelah dahi atau menutup sebelah mata- Bertujuan mengesan keluarbiasaan pada otak di sebelah yang sama. Pemeriksaan mata diperlukan untuk mengesan 'glaukoma' kerana rawatan awal amat diperlukan.
- Apabila melibatkan sebahagian besar bahagian depan badan dan anggota- Kecacatan pada pembuluh besar bagi sebelah anggota samada kaki atau tangan boleh menyebabkan anggota berkenaan membesar dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan anggota yang tidak terlibat atau menyebabkan bilangan platelet menurun. Keadaan platelet yang rendah boleh meningkatkan risiko pendarahan (Klippel -Trenaunay-Weber syndrome)
- Perbezaan di antara tanda Port Wine dan Haemangiomas
No comments:
Post a Comment