Penyebab mata merah beserta kesakitan yang biasa berlaku termasuk Ulser Kornea, Glaukoma Akut dan Uveitis.
Ulser Kornea
Ulser kornea |
Ulser Kornea (infectious keratitis) boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan kemerahan. Gejala lain termasuk mata berair, sensasi bendasing, sensitif terhadap cahaya (silau) dan kabur penglihatan. Pada sesetengah pemakai kanta sentuh, kornea mungkin akan menjadi kurang sensitif terhadap rasa sakit oleh itu pemakai hanya akan mengadu mengenai kemerahan dan rasa gangguan pada kornea sahaja.
Ulser Kornea adalah masalah serius yang mengancam penglihatan. Sesetengah bakteria amat agresif dan boleh menembusi kornea dan menyebabkan jangkitan dalam bola mata (endophthalmitis).Oleh itu, rawatan perubatan segera adalah amat penting.
Glaukoma Akut
Kebanyakkan pesakit glaukoma, adalah dari kategori glaukoma sudut terbuka. Kategori ini tidak mempunyai gejala kecuali pengurangan medan penglihatan secara perlahan-lahan.
Uveitis
Uveitis |
Uveitis adalah penyakit tidak berjangkit dan puncanya sering tidak diketahui. Bagaimanapun, uveitis sering dikaitkan dengan masalah arthritis autoimmune, jangkitan sistemik dan malignan.
Pakar mata boleh mendiagnos uveitis dengan melakukan pemeriksaan teliti menggunakan peralatan khas seperti lampu celah (slit lamp). Uveitis memerlukan rawatan yang betul dan rawatan ulangan. Dalam kes Uveitis yang berulang adalah perlu dijalankan pemeriksaan perubatan yang teliti bagi mengetahui punca yang sebenar.
No comments:
Post a Comment