Pages

Esofagus Barrett

Esofagus Barrett adalah komplikasi dari penyakit refluks gastro esofagus. Acid dari refluks menyebabkan sel skuamus bertukar menjadi sel kolumnar. Esofagus Barrett dirawat menggunakan perencat pam proton. Walaubagaimanapun perencat pam proton tidak boleh mengundurkan proses pertukaran sel yang telah berlaku. Sekiranya esofagus Barrett melibatkan jarak lebih dari 3sm, risiko untuk bertukar menjadi kanser adenokarsinoma esofagus adalah sebanyak 0.5% .

Kanser esofagus

Terdapat dua jenis kanser esofagus iaitu adenokarsinoma dan skuamus karcinoma.


Skuamus karsinoma melibatkan bahagian atas satu pertiga esofagus. Faktor risikonya adalah:
  • Merokok
  • Alkohol
  • Akalasia
  • Tilosis
  • Sindrom Paterson-Brown-Kelly
  • Sindrom Plummer-Vinson

Adenokarsinoma esofagus pula melibatkan bahagian bawah satu pertiga dari epitelium Barrett. Faktor risikonya adalah:
  • Merokok
  • Esofagus Barrett
  • Penyakit refluk gastro esofagus

Artikel Popular