
Ekstasi adalah sejenis dadah dari kumpulan Amphetamine-Type Stimulant (ATS). Secara kimianya, ia dikenali sebagai 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) Seperti lainlain dadah yang diharamkan, tiada kawalan kepada faktor seperti keberkesanan dan kebersihan semasa proses pembuatannya yang dijalankan secara haram. Penipuan sering berlaku dengan penambahan bahan lain yang lebih murah.
Dadah begini mempunyai jumlah MDMA yang berbeza. Oleh itu ia boleh meningkatkan risiko untuk mengambil dos yang berlebihan, mengalami keracunan atau mengalami kesan sampingan selepas mengambilnya.