Pages

Rawatan gantian ginjal dialisis peritoneum

Peritoneal dialysis adalah salah satu kaedah modaliti dialisis. Kaeadah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneal di ruang abdomen melalui tiub khas (Tiub tenckhoff) yang dimasukkan secara kekal melalui prosidur pembedahan kecil. Selaput atau membran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan kumoh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan secara berkala.



Di dalam 'Continuous ambulatory peritoneal dialysis' (CAPD) pesakit menyambungkan beg mengandungi cecair dialisis (diantara 2 hingga 3 L) ke tiub tenckhoff untuk disalurkan ke dalam rongga abdomen. Cecair dialysis dibiarkan di dalam rongga ini selama 4 hingga 6 jam, dan dikeluarkan dari abdomen dan digantikan dengan cecair dialysis yang baru. Bagi mendapatkan dialysis yang mencukupi 4 atau 6 kali pertukaran cecair dialysis diperlukan dan dilakukan secara manual setiap hari. Kandungan Cecair dialysis terdiri daripada campuran pelbagai jenis garam dan gula (glukosa). Kepekatan kandungan gula dalam cecair dialysis menentukan kadar penyerapan (ultrafiltration) pengeluaran cecair daripada pesakit.
Prinsip asas dialisis peritoneum

Kedudukan kateter dialisis peritoneum dalam badan
Dialisis peritoneum
Toksin dan air diserap oleh larutan menerusi membran peritoneum
Larutan kotor kemudiannya dikeluar dan digantikan dengan larutan bersih untuk dialisis seterusnya.


Sebagai alternatif penggunaan mesin otomatik boleh digunakan

Apakah faktor yang mempengaruhi pilihan rawatan CAPD

Ini meliputi faktor fisikosoial dan faktor perubatan

Faktor fisikososial termasuk:
  • Motivasi dan pilihan pesakit sendiri
  • Pesakit yang mementingkan imej badan (orang muda)
  • Jenis pekerjaan
  • Ekonomi
  • Keadaan tempat tinggal dan persekitaran tempat kerja
  • Sokongan keluarga
  • Jarak dari pusat dialisis yang berhampiran

Faktor perubatan termasuk :
  • Umur
  • Mental , jantung dan angota badan
  • Masalah penglihatan
  • Penyakit paru-paru yang serius
  • Sejarah pembedahan abdomen yang besar
  • Masalah vascular

Apakah kontraindikasi CAPD

  • Kesan parut pembedahan terdahulu yang teruk pada rongga peritomium atau penyakit radang usus.
  • Kurang penglihatan mungkin memerlukan pembantu
  • Jika ada kolostomi, Ileal conduit, Ileostomy dan lain-lain
  • Fisikologi pesakit tidak setabil
  • Penyakit kesubatan saluran pernafasan kronik
  • Kegemukan
  • Penyakit 'diverticular' kolon yang serius

Apakah komplikasi Peritonial Dialisis ?

Komplikasi utama adalah disebabkan jangkitan kuman samada bahagian luar, infeksi tunel atau radang peritonium

Lain-lain komplikasi :
  • Masalah teknikal - heniar, kebocoran,kesumbatan cecair masuk dan keluar
  • Masalah metabolic - Kencing manis, masalah kolestrol tinggi, kekurangan garam potassium
  • Kekurangan zat makanan

Kumpulan Sokongan
  • Malaysian Society of Nephrology - http://www.msn.org.my.
  • National Kidney Foundation of Malaysia - http://www.nkf.org.my.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular