Pages

Rawatan gantian ginjal

Terdapat 1587 pesakit menjalani pemindahan ginjal yanag masih berfungsi sehingga 31/12/2004. Dari jumlah tersebut 25-30% adalah dilakukan di Malaysia.

Pusat pemindahan ginjal di Malaysia adalah seperti berikut :

    Hospital Kuala Lumpur
    Hospital Selayang
    Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Perubatan Universiti Malaya

Pemindahan ginjal adalah pilihan terbaik dalam rawatan gantian fungsi ginjal kerana ia mengembalikan kualiti hidup yang terbaik. Walau bagaimanapun ianya terhad dengan kesesuaian penderma yang masih hidup, penderma yang mati (penderma 'Cadavaric') dan status penyakit-penyakit lain dihidapi oleh penerima pemindahan ginjal.

Bagaimana pemindahan ginjal dilakukan


Pembedahan pemindahan ginjal dilakukan di bawah bius umum. Ginjal yang tidak berfungsi dibiarkan sahaja sementara ginjal yang sihat dari penderma dipindahkan dibahagian abdomen penerima.

Sebelum pemindahan dijalankan penderma akan menjalani pemeriksaaan perubatan bagi memastikan beliau sesuai menjalani pembedahan dan mengurangkan komplikasi jangka panjang selepas pemindahan ginjal dilakukan.

Di Malaysia senarai menunggu untuk pemindahan Cadavaric terlalu panjang (8 hingga 10 tahun) disebabkan kurang penderma dari orang awam.

Apakah kontraindikasi pemindahan ginjal?

  • Jangkitan HIV
  • Penyakit barah
  • Penyakit kardiovaskular yang teruk
  • Kencing manis dengan kegagalan pelbagai organ.
  • Penyakit mental
  • Susah untuk mengikut arahan atau aturan
  • Masih aktif penyalah gunakan bahan-bahan larangan.
  • Jangkitan hepatitis kronik yang aktif atau kerosakan hati
  • Lanjut usia (melebihi melebihi 65 tahun)
Sekiranya saya berminat dalam pemindahan ginjal, siapa harus saya jumpa?

Pergi ke hospital berhampiran untuk berjumpa pakar perubatan atau pakar nefrologi. Pakar perubatan akan merujuk anda kepada pakar nefrologi yang berhampiran untuk membantu anda. Anda mungkin akan diperiksa di klinik pemindahan ginjal hospital yang berdekatan.

Apakah faedah pemindahan ginjal?

  • Anda tidak perlu menjalani rawatan dialysis selagi ginjal yang didermakan berfungsi secukupnya.
  • Kawalan pengambilan makanan dan cecair tidak ketat berbanding semasa anda dalam program rawatan dialisis.
  • Kualiti hidup yang lebih baik
  • Jangka hayat yang lebih panjang
  • Bebas berjalan ke mana-mana atau, kembali bekerja dan bersekolah.
Sekiranya saya ingin menjadi penderma siapa perlu saya temui?

Anda boleh memilih menjadi penderma semasa hidup kepada orang yang ada pertalian darah dengan anda (sekiranya ahli keluarga memerlukan pemindahan ginjal) atau menjadi penderma 'cadaveric' (selepas anda meniggal dunia)

Sekiranya anda ingin penderma yang ada pertalian darah anda perlu berjumpa jururawat penyelaras pemindahan ginjal di unit transplant nefrologi untuk pemeriksaan fizikal dan pelbagai ujian saringan untuk memastikan kelayakan menjalani pembedahan.

Sekiranya anda memilih menjadi penderma selepas anda meninggal dunia sila hubungi:

Pusat Sumber Transplan Nasional,
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
(03-27191066/26942704)

Pusat Sumber Pendermaan Organ,
Hospital Ipoh
Jalan Hospital
30450 Ipoh
(05-52222324/2533333 Ext 2324)

Pusat Sumber Transplan,
Hospital Pulau Pinang
Jalan Residensi
10450 Pulau Pinang
(04-2002435/2293333 Ext 435)

Pusat Sumber Transplan Negeri Johor,
Hospital Sultanah Aminah
80100 Johor
(07-2231666 Ext 2751)

Apakah komplikasi pemindahan ginjal
  • Penolakan- mematuhi peraturan ubat-ubatan (immunosuppression) adalah mandatori
  • Jangkitan kuman yang mana boleh mengancam nyawa
  • Hypertensi
  • Penyakit kencing manis selepas pemindahan ginjal
  • Penyakit barah disebabkan oleh penggunaan ubat immunosuppression yang berpanjangan
  • Kesan sampingan beberapa jenis ubat immuno-supressive
Kumpulan sokongan
  • Malaysian Society of Nephrology - http://www.msn.org.my.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular