Mesin dialysis |
Sehingga akhir tahun 2004 jumlah pesakit kegagalan ginjal yang mendapat rawatan hemodialisis ialah 11554 orang
Apa itu hemodialisis ?
Atriovenous fistula |
Dua jarum khas dicucuk ke dalam 'fistula' untuk mengalirkan darah dan disambungkan ke mesin hemodialisis melalui tiub darah. Satu jarum untuk mengalirkan darah yang mengandungi bahan kumuh dari badan. Darah ini dibersihkan (dituras) menggunakan buah pinggang tiruan pada mesin hemodialisis. Darah yang telah dibersihkan akan masuk semula ke dalam badan melalui jarum yang satu lagi.
Apa itu vascular access ?
'Vascular access' kekal ialah pembuluh darah vena yang mengandungi campuran darah arteri bagi tujuan menyalurkan darah yang mencukupi semasa rawatan hemodialisis. Ia dibuat melalui pembedahan kecil untuk menyambung pembuluh arteri dengan vena. Penyambungan ini dinamakan 'native AV fistula' (sekiranya saluran darah pesakit sendiri digunakan). Untuk tujuan yang sama bahan sintetik (synthetic graft) boleh digunakan. Mereka yang mengalami kegagalan ginjal yang kronik dinasihatkan membuat persediaan awal untuk menjalani rawatan hemodialisis. Mereka juga dinasihatkan untuk melakukan pembedahan kecil (fistula) tersebut beberapa bulan sebelum rawatan hemodialisis diperlukan. Mereka yang enggan menjalani pembedahan ini menanggung risiko komplikasi jangka pendek atau jangka panjang apabila memulakan rawatan secara mengejut.
Adakah kriteria tertentu diadakan untuk membuat pilihan rawatan hemodialisis?
Berbagai faktor sosio ekonomi perlu diambil kira.
Ini termasuk :
- Kemampuan untuk menggunakan kemudahan hemodialisis
- Sokongan keluarga
- Bantuan kewangan
- Pilihan pesakit
Juga awak tidak harus mempunyai sebarang kontraindikasi untuk hemodialisis. Sila rujuk di bawah.
Dimanakan boleh saya mendapatkan rawatan hemodialisis?
Terdapat banyak pusat pusat yang memberi rawatan hemodialisis di Malaysia. Ini termasuk hospital hospital Kementerian kesihatan, Badan bukan kerajaan, pusat dialisis swasta, pusat rawatan di universiti-universiti, dan pusat rawatan dialisis angkatan tentera.
Bagaimana saya tahu saya perlu memulakan rawatan hemodialisis?
Rawatan dialisis diperlukan apabila anda memperlihatkan tanda-tanda yang berikut :
- Tanda-tanda dan gejala keracunan darah seperti loya, muntah, hilang selera makan, sawan,tahap kewarasan menurun.
- Ujian darah fungsi ginjal menunjukan paras creatinine, urea dan potassium sangat tinggi.
- Pengumpulan air dalam badan, malnutrition atau kadar hemoglobin rendah (anaemia)
- Peningkatan "metabolic acidosis"
- Kadar penurasan glomerular (GFR) kurang dari 10 - 15mls/min (doktor akan melakukan ujian berkala bagi menentukan tahap fungsi ginjal)
Sila berjumpa Pakar Nefrologi
Apakah faktor faktor kontraindikasi rawatan hemodialisis?
- Pesakit yang mengalami masalah fungsi sistem jantung tidak stabil
- Penyakit kanser yang teruk
- Kegagalan fungsi organ peringkat akhir contohnya dementia
- Masalah 'vascular access' yang serius
- AIDS pada tahap serius
Kumpulan sokongan
- Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN) - laman web http://www.msn.org.my
- Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) - http://www.nkf.org.my
No comments:
Post a Comment