Pages

Jangkitan salur kencing pada orang dewasa: bakteriuria, cystitis, pyelonephritis

Apa itu salur kencing?

Salur kencing terdiri daipada dua ginjal,dua ureter, pundi kencing dan urethra.

Apa itu jangkitan salur kencing?


Jangkitan salur kencing mempunyai beberapa petunjuk klinikal:
  • Asymptomatic bacteriuria (Bakteria di kesan dalam air kencing tanpa menunjukkan tanda-tanda dan gejala)
  • Cystitis (Radang pundi kencing)
  • Pyelonephritis (Jangkitan pada buah pinggang)

Bagaimana kebiasaan jangkitan salur kencing?

  • Jangkitan salur kencing biasa pada wanita. Lebih kurang 50-80% wanita mendapat jangkitan sekurang-kurang sekali seumur hidup, biasanya melibatkan Cystitis yang tidak rumit
  • Kejadian jangkitan buah pinggang lebih kurang 28 setiap 10,000 wanita dikesan setiap tahun
  • Jangkitan salur kencing jarang berlaku di kalangan lelaki yang masih muda
  • Di kalangan kumpulan lelaki yang telah berumur bengkak kelenjar prostat jenis binign kebiasanya adalah faktor penyebab jangkitan salur kencing.
  • Bagi golongan lelaki satu episode jangkitan salur kencing perlu disiasat terutama sekiranya pesakit itu dalam kumpulan umur muda
  • Bagi kanak-kanak, klik Jangkitan Salur Kencing (kanak-kanak).
Apakah faktor risiko bagi jangkitan salur kencing?

Faktor risiko berkaitan dengan jangkitan salur kencing:
  • Faktor risiko berkaitan dengan jangkitan salur kencing
  • Hubungan seks yang terkini bagi wanita (Cystitis bulan madu )
  • Salur kencing yang tidak normal
  • Kencing manis
  • Kencing tidak terkawal pada wanita dan bengkak kelenjar prostat
  • Batu karang dalam buah pinggang
  • Hamil
  • Pemasangan tiub dalam salur kencing
Apakah penyebab jangkitan salur kencing?

Implikasi dari pelbagai organisma seperti berikut:-
  • Escherichia coli (80-85%)
  • Staphylococcus saprophyticus (5-15%)
  • Klebsiella species
  • Proteus species kebiasaannya mendapat jangkitan di hospital
  • Pseudomonas aeruginosa
  • Candida
  • Enterococci dan lain-lain organisma
Bagaimana saya tahu saya mendapat jangkitan salur kencing?

Presentasi klinikal jangkitan salur kencing pelbagai dari
  • Asymptomatic bacteriuria - Tiada tanda dan gejala
Bakteria dikesan di dalam kencing tanpa tanda-tanda dan gejala tidak memerlukan rawatan anti mikrobial kecuali dalam keadaan tertentu. Ini termasuk kehamilan, sebelum pembedahan atau penggunaan alat dalam salur kencing dan selepas pemindahan ginjal. Rawatan kepada Asymptomatic bacteriuria kepada pesakit yang menggunakan ubat 'immunosuppressed' disebabkan pemindahan organ selain daripada pemindahan ginjal (contoh organ solid atau sum-sum tulang) sebab kurang sel darah putih tidak dikaji sepenuhnya dan tidak digalakkan sebagai amalan standard.

Tanda-tanda jangkitan bahagian bawah salur kencing:
  • Cystitis dan radang salur kencing urethra
    • Pedih semasa kencing
    • Kerap kencing
    • Kencing yang tidak boleh tahan
    • Kerap kencing malam
    • Sakit bahagian ari-ari
    • Kencing keruh/berbau/kencing berdarah
Tanda-tanda dan gejala jangkitan ginjal:
  • Radang buah pinggang akut
    • demam,sejuk dan menggigil
    • Sakit belakang bahagian buah pinggang kadang kadang menyusur ke bahagian pinggang
    • loya dan muntah
    • Seakan-akan tanda-tanda dan gejala radang pundit kencing
    • renjatan septic - perubahan mental dan keliru, hilang selera, tekanan darah rendah, sejuk dan berpeluh hujung anggota.
Anda perlu berjumpa doktor agar sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal dapat dilakukan. Beberapa ujian perlu dilakukan:-

Ujian air kencing - sampel air kencing diambil diperingkat pertengahan semasa kencing bagi mendapatkan sampel yang bersih.

Bagaimana contoh air kencing ini diambil?

  • Basuh tangan dengan air dan sabun dengan bersih. Cuci zakar atau bahagian bibir faraj bagi perempuan dari depan ke belakang seelok-eloknya menggunakan span atau gauze dan sabun yang dibekalkan.
  • Mulakan kencing dalam mangkuk tandas. Tahan kencing selepas beberapa titik.
  • Tadah bekas untuk mengambil sampel air kencing di peringkat pertengahan ketika kencing
  • Setelah sampel diambil teruskan kencing dalam mangkuk tandas sehingga selesai
  • Tutup bekas sampel air kencing dengan kemas untuk mengelakkan tumpahan dan tercemar.
Beberapa ujian dibuat ke atas sampel untuk mengesahkan diagnosa.
  • Pemeriksaan Contoh air kencing mikroskopi dan 'dipstick'
  • Ujian kultur dan sensitiviti
Doktor anda mungkin meminta anda menjalani ujian selanjutnya seperti ujian darah profil ginjal bagi tujuan memeriksa fungsi ginjal atau ujian kandungan gula untuk memastikan anda bebas kencing manis.

Apakah rawatan jangkitan salur kencing?


Pada amnya jangkitan salur kencing tanpa tanda-tanda dan gejala tidak memerlukan rawatan. Bagaimanapun jangkitan beserta dengan tanda-tanda dan gejala memerlukan rawatan antibiotik sebagai pesakit luar. Anda perlu masuk wad sekiranya penyakit anda serius atau tidak sesuai dengan ubat makan atau anda mengalami koplikasi perubatan yang memerlukan terapi intravena. Jus cranberry pernah dicuba untuk merawat jangkitan salur kencing.

Rawatan dengan agen antimicrobial adalah tidak mencukupi. Sebab-sebab jangkitan salur kencing perlu disahkan.

Lain-lain langkah pengawalan adalah seperti berikut :
  • Pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3-4 liter sehari
  • Kebersihan bahagian kemaluan dan salur kencing dengan sempurna.
  • Tingkatkan kekerapan kencing terutama selepas hubungan seks (terutama pada perempuan)
  • Elak hubungan seks berbilang pasangan
  • Elak penggunaan 'douches' dan semburan 'feminine'
  • Gunakan napkin dan tukar setiap kali selepas kencing
  • Pakai seluar dalam jenis kapas dan elakkan dari memakai seluar ketat
Saya mengandung dan pada fikiran saya mendapat jangkitan salur kencing. Tolong bantu.

Terdapat perbezaan besar dalam pendekatan jangkitan salur kencing bagi wanita mengandung.
  • Asymptomatic bacteriuria hendaklah diselesaikan secara aktif dan perlu dirawat secara agresif ( pemeriksaan lanjut tidak diperlukan jika tidak hamil)
  • Cystitis yang tidak teruk dan Asymptomatic bacteriuria semasa hamil perlu rawatan jangka pendek. Walau bagaimanapun ubat yang digunakan hendaklah selamat dan terhad pada wanita hamil sahaja.
  • Pemeriksaan susulan pesakit yang ada bacteriuria semasa hamil adalah lebih titik beratkan, dengan strategi pengunaan rawatan 'prophylactic' bagi wanita hamil dengan bacteriuria yang berulang-ulang.
Apakah prognosis untuk jangkitan salur kencing?

Asymptomatic bacteriuria sahaja tidak menyebabkan peningkatan kadar kematian

Jangkitan salur kencing boleh berlaku berulang-ulang (belaku selepas cukup tempoh rawatan atau semasa dalam rawatan).

Jangkitan yang berulang-ulang boleh menjurus kepada radang ginjal atau kegagalan ginjal

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular