Apakah bahan iritasi biasa yang boleh menyebabkan dermatitis?
Bahan yang biasanya menyebabkan keradangan terhadap kulit adalah seperti berikut. Ia biasanya berlaku ditangan
- Detergen – Surirumah yang banyak mengguna detergen cenderung untuk mendapat ‘contact dermatitis.
- Bahan-bahan getah – sarung tangan, alat pemegang getah atau alat senaman atau pemegang basikal / motosikal.
- Pewangi – minyak wangi, syampu, kosmetik, tisu dan deodoran.
- Pelarut seperti petrol.
- Minyak dan bahan kimia lain yang digunakan dipelbagai tempat kerja.
- Barang kemas, kancing pada jeans, tali baju dalam.
- Nikel (tembaga putih) pada pengancing tali pinggang, kerongsang dan tali kulit jam tangan.
Tanda – tanda adalah kemerahan, kulit gatal dan bengkak serta berair.
Rawatan
Rawatan dibahagikan kepada :
- Pelembap - bagi keradangan kulit yang sedikit
- Steroid yang disapu - krim, salap dan losen. Krim steroid yang tidak kuat boleh dibeli dari farmasi tanpa preskripsi doktor. Krim steroid yang kuat di guna bagi keadaan kulit yang teruk dan memerlukan preskripsi doktor.
- Lain-lain rawatan seperti antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.Kadangkala, pil steroid diberi jika terdapat keradangan kulit yang teruk.
- Jika terdapat bahagian yang berair, bahagian tersebut di rendam dengan Pottasium Permanganet
- Kulit kering dan bersisik, sapukan krim akueus atau salap ung emulsificent sebagai pelembap.
Rawatan jangka masa panjang
Apabila keradangan kulit terkawal, tujuan utama rawatan adalah untuk mengelakkan ia daripada berulang.
Penjagaan tangan :
- Jangan biarkan tangan terendam lama di dalam air
- Gunakan sarung tangan semasa mengendalikan bahan kimia atau detergen
- Use barrier cream to help protect the skin when working
- Gunakan krim perlindungan kulit semasa bekerja, guna detergen lembut semasa membasuh pinggan mangkuk
- Keringkan tangan secukupnya selepas membasuh
- Gunakan pelembap dan sapukan ia dengan kerap
- Cuba kesan bahan yang menyebabkan contact dermatitis seperti nikel, kerongsang atau kosmetik
- Aktiviti tertentu yang menggunakan bahan yang boleh mendatangkan masalah memerlukan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan pendedahan kepada kulit
- Steroid boleh melegakan gejala tetapi ianya tidak boleh di gunakan berterusan seperti krim Betnovate dan krim hydrocort.
- Kenalpasti bahan yang boleh menyebabkan masalah kulit. Elakkan pendedahan kepada bahan tersebut adalah langkah yang penting untuk mengelakkan contact dermatitis.
berjangkit x?
ReplyDeletetak
Delete