 |
| chlamydia |
Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali didapati di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks. Jika tidak dirawati ia boleh menyebabkan penyakit radangan pelvis atau pelvic inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Chlamydia sangat mudah merebak melalui hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti.
Chlamydia berlaku empat kali ganda lebih kerap daripada penyakit gonorrhea. Wanita mengandung boleh menjangkiti bayi mereka semasa bersalin, dan boleh menyebabkan infeksi pada mata atau paru-paru (pneumonia) bayi.