Pages

Pembersihan inulin

Inggeris = Inulin clearance
Ini adalah cara terbaik untuk menganggarkan kadar saring glomerulus kerana inulin aldaah bahan yang disaring dengan mudah oleh glomerulus dan tidak di rembeskan oleh tubul buah pinggang. Oleh itu kesemua molekul inulin yang disaring oleh buah pinggang akan hadir 100% dalam air kencing.

Persamaan Cockroft-Gault

Inggeris = Cockroft-Gault equation
Formula = [140-usia(tahun) X berat(kg)/ sCreat(micromol/l)] X 1.23♂ atau 1.04♀
= ml/min

Persamaan Cockroft-gault memberikan nilai anggaran kadar saring glomerulus yang berlebihan dalam orang yang mengalami obisiti dan yang mengambil kandungan protein yang tinggi dalam diet.

cCreat adalah nilai kretinina plasma

Pembersihan kretinina

Inggeris = Creatinine clearance
Huraian = Ujian untuk menilai keupayaan ginjal menuras kreatinina daripada darah. Pembersihan kreatinina ditentukan daripada kepekatan kreatinina plasma dan kreatinina urin. Pembersihan kreatinina diperoleh daripada rumus berikut yang bergantung pada tempoh ujian dan berat badan:

C = UvUc ml/min/kg Pc

C : pembersihan kreatinina,
Uv : isi padu urin,
Uc : kepekatan urin, dan
Pc : kepekatan plasma

Pengiraan kadar saring glomerulus memerlukan pengumpulan air kencing selama 24 jam. Pengiraan ini memberikan anggaran yang berlebihan kerana kretinina juga dirembeskan dari saringan selepas glomerulus. Selain itu ubat trimethoprim dan cimetidine berlawan dengan kreatinina untuk dirembes dari tubul buah pinggang.

Artikel Popular