Pages

Anemia di Kalangan Warga Emas

Pengenalan
  • Anemia adalah satu masalah perubatan dimana seseorang itu tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi. Terdapat tiga jenis sel yang beredar dalam sistem badan kita iaitu: sel darah merah, sel darah putih dan platelet (sel darah beku).
  • Sel darah merah, mengandungi haemoglobin iaitu sel merah yang kaya dengan zat besi dan protein. Ia berfungsi membawa oksigen dari paru-paru kepada seluruh otot-otot dan organ di dalam badan.
      Oksigen membekalkan tenaga kepada badan yang memerlukannya untuk aktiviti yang normal. Buah pinggang (ginjal) mengeluarkan satu jenis hormon yang dikenali sebagai Erythropoietin di mana hormon ini akan merangsang pengeluaran sel darah merah di dalam sum-sum tulang. Pengurangan paras Erythropoietin atau sebarang rawatan yang melibatkan sum-sum tulang (seperti rawatan kemoterapi) akan menyebabkan terjadinya anemia (kekurangan sel darah merah).
  • Sel darah putih adalah bertanggungjawab untuk melawan jangkitan kuman.
  • Platelet (sel darah beku) bertanggung jawab untuk menolong memberhentikan pendarahan akibat sesuatu kecederaan.
  • Anemia dikalangan warga emas boleh menjadi satu petanda seseorang pesakit itu menghidapi penyakit kronik.
  • Anemia di kalangan warga emas disebabkan oleh berbagai-bagai faktor termasuk keturunan, kekurangan vitamin, kekurangan zat besi dan juga penyakit.
  • Penyebab utama anemia dikalangan warga emas adalah penyakit kronik termasuk penyakit inflammasi (radang), kanser dan jangkitan kronik. Selain itu, penyebab yang lain seperti kekurangan nutrisi terutamanya asid folik dan cobalamin (vit B 12) juga boleh menyebabkan anemia.

Anaema Bagi Dewasa

Apakah Anaemia?

Ia adalah suatu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah di dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.


Artikel Popular