Pages

Penyakit selia

Pengenalan | Gejala dan Tanda | Perkaitan | Ujian | Diagnosis | Rawatan | Komplikasi

Inggeris = Coeliac disease
Huraian = Penyakit disebabkan oleh kegagalan usus kecil mencerna dan menyerap makanan, akibat kesensitifan pengalas usus terhadap protein gliadin.

PENGENALAN

Penyakit selia adalah penyakit di mana villi pada usus kecil menjadi sensitif kepada gluten, pecahan gliadin, dan seterusnya menyebabkan radang usus kecil. Keadaan villi ini dinamakan atrofi dan seterusnya menyebabkan kekurangan resapan makanan oleh villi yang terlibat dan akhir sekali menyebabkan kekurangan berat badan dan kekurangan tenaga.

Antara bijirin yang mengandungi gluten adalah barli, gandum, oat, rai dan malt.



GEJALA DAN TANDA

Pesakit biasanya akan mengalami cirit-birit, kehilangan berat badan, steatorea, pembesaran terencat pada kanak-kanak disebabkan oleh malresapan. Steatorea adalah disebabkan oleh kekurangan resapan lemak dari ususu. Kekurangan resapan protein boleh membawa kepada kekurangan immunoglobulin dalam badan terutama sekali IgA.

Kekurangan resapan vitamin A, D, E, K yang larut di dalam air dari villi pada usus boleh membawa kepada beberapa perkara. Kekurangan pengambilan vitamin D dari usu boleh mnyebabkan hipokalsemia iaitu kekurangan kalsium dalam darah dan in iboleh membawa kepada osteomalasia dan osteoporosis. Kekurangan Vitamin K dalam badan boleh membawa kepada masalah pendarahan.

Selain itu, pesakit juga boleh mempunyai ruam-ruam gatal pada permukaan ektensor siku dan lutut dan ini dinamakan dermatitis herpetiformis. Pesakit juga boleh mempunyai ulser dalam mulut yang dinamakan ulser afta.

Tanda lain yang boleh ditemui dalam penyakit selia adalah hypospelnism.


PERKAITAN

95% pesakit penyakit selia adalah dikaitkan dengan kehadiran HLADQ2. Selain itu, ia juga dihubungkan dengan penyakit-penyakit lain seperti

  • Diabetes mellitus
  • Penyakit hati kronik
  • Fibrosing alveolitis
  • Sindrom Sjogren
  • Artritis reumatoid
  • Colitis mikroskopik
  • Sindrom Down
  • Nephropati IgA
  • Hipotiroidism



Disebabkan oleh kekurangan resapan folat dan ferritin dari usus, pesakit penyakit selia akan mengalami anemia dan in biasanya berbentuk mikrositik dan hipokromik. Oleh itu ujian darah akan menunjukkan tahap folat, ferritin, hemoglobin dan MCV yang rendah.

Selain itu, pesakit juga mempunyai tahap protein albumin yang rendah dalam darah.

Untuk pesakit yang mengalami hipotirodism, kandungan TSH dalam darahnya adalah tinggi manakala kandungan T4 pula adalah rendah. Selain itu, antibodi tiroid boleh juga dapat dikenalpasti.


DIAGNOSIS

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mendiagnos penyakit selia. Ujian darah boleh digunakan untuk mengesan kehadiran antibodi transglutaminase tisu (TTG), antibodi endomisal, antibodi antigliadin dan antiretikulin. Ujian yang paling tepat adalah TTG, manakala antigliadin dan antiretikulin pula adalah paling kurang spesifik.

Biopsi dari jejunum dan duodenum juga boleh dilakukan semasa endoskopi tetapi ujian ini adalah invasif. Penemuan histologi dari sampel biopsi menunjukkan atrofi vilus dan kandungan limfosit yang tinggi dalam epitelium.


RAWATAN

Pesakit penyakit selia dirawat dengan mengenetepikan makanan yang mengandungi gluten untuk sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum pemulihan semula atrofi vilus dapat dilihat.

Selain itu, pesakit juga diberikan bekalan zat tambahan seperti zat besi dan folat.


KOMPLIKASI

Penyakit selia boleh membawa kepada limfoma intestin, kanser usus kecil dan kanser esofagus.

Pengenalan | Gejala dan Tanda | Perkaitan | Ujian | Diagnosis | Rawatan | Komplikasi

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular