Pages

Migrain

Inggeris = Migraine
Huraian = Sakit kepala yang berulang-ulang serta berdenyut, biasanya melibatkan sebelah kepala akibat pengecutan dan diikuti pengembangan arteri kranium.


Patofisiologi migrain tidak begitu jelas.

GEJALA

Pesakit biasanya mengalami aura penglihatan sebelum bermulanya pening kepala. Pening kepala biasanya berdenyut-denyut selama beberapa jam dan boleh berlaku setiap 6 ke 8 minggu. Ia boleh melibatkan sebelah bahagian kepala sahaja dan in adalah lebih biasa berlaku berbanding pening keseluruhan kepala. Kesakitan kepala ini boleh membawa kepada rasa mual-mual dan muntah.


TANDA

  • Fotofobia
  • Paraestesia
  • Kabur penglihatan
Tanda neurologi yang akan kembali kepada normal boleh juga berlaku tetapi sangat jarang.


RAWATAN

Untuk rawatan semasa serangan akut:
  • Ubat tahan sakit
    • Parasitamol
    • Ubat antiradang bukan steroid
  • Ubat tahan muntah
    • Antagonis dopamin
  • 5HT1 agonis
    • Sumatriptan
  • Ergotamin
Rawatan pencegah diberikan sekiranya pesakit mengalami serangan dua kali atau lebih dalam sebulan dan ia melibatkan penggunaan
  • Penghalang saluran kalsium
    • Verapamil
  • Methysergide
  • Propanolol
  • Pizotifen
  • Amitriptilin
  • Valproat

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular