Pages

Liken planus

Inggeris = Lichen Planus


Huraian = Liken planus yang bercirikan batas rete mendatar, kekurangan susupan mononuklear dan pertambahan fiber kolagen dan arteriol.

TANDA
Liken planus mengandungi ruam kemerahan dan juga papul. 

Ruamnya biasanya gatal, berwarna jingga dan berpoligon, berpermukaan rata. Ia selalunya dapat dilihat pada permukaan siku tangan dan tumit kaki. 

Papul liken planus selalunya membentuk jaringan halus bercorak renda dan ini boleh didapati dalam 60% pesakit yang mengalami liken planus. 

Stria Wickham adalah jaringan halus berwarna putih bercorak renda pada permukaan papul yang biasanya boleh dilihat pada dinding pipi dalam pesakit dan biasanya akan hilang dalam masa 12-18 bulan. 

PERKAITAN
Liken planus dikaitkan dengan beberapa penyakit autoimun kronik hati iaitu sirosis biliari primer dan juga hepatitis kronik aktif. 

RAWATAN
Liken planus biasanya dirawat dengan menngunakan steroids dengan diaplikasikan pada permukaan lesi untuk mengawal kegatalan.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular