Pages

Kegagalan ginjal kronik

Inggeris = Chronic renal failure (CRF), Chronic kidney disease (CKD)
Huraian = Kemerosotan fungsi buah pinggang yang berlaku secara perlahan-lahan, progresif dan akhirnya hilang fungsi sepenuhnya.

SEBAB-SEBAB

Antara sebab-sebab kegagalan ginjal kronik adalah:

  • Diabetes melitus (20%)
  • Glomerulonefritis kronik (20%)
  • Penyakit vaskular ginjal (15%)
  • Nefropati refluk kronik (15%)
  • Penyakit ginjal polisista (10%)
  • Halangan aliran air kencing (10%)
  • Mieloma (3%)
  • Amiloidosis (3%)
  • Radang interstitium ginjal kronik
  • Enfropati analgesia
  • Batu karang
  • Selepas kegagalan ginjal akut



PERINGKAT-PERINGKAT

Kegagalan ginjal kronik boleh dikelaskan berdasarkan kepada nilai kadar saring glomerulus (GFR)

  • Peringkat 1:      GFR   > 90
  • Peringkat 2:      GFR   60-89
  • Peringkat 3:      GFR   30-59
  • Peringkat 4:      GFR   15-29
  • Peringkat 5:      GFR   < 15
Dalam peringkat 2, kreatinina plasma biasanya beada pada tahap normal yang tinggi. Pesakit yang mengalami hipertensi memerlukan rawatan dengan penghalang enzim pengubah angiotensin (ACEi). Peringkat 3 boleh menyebabkan hiperparatiroid sekunder. Pesakit pada peringkat 4 boleh mengalami gejala uremia dan biasanya persediaan untuk dialisis dimulakan pada peringkat ini. Pesakit pada peringkat 5 memerlukan terapi gantian ginjal dan mempunyai risiko menghadapi sindrom uremia yang sangat tinggi. 

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular