Pages

Asidosis tubul ginjal

Jenis 1 | Jenis 2 | Jenis 4

Inggeris = Renal tubular acidosis

Acidosis tubul ginjal adalah permasalahan tubul ginjal yang menyebabkan acidosis metabolik. Ia adalah beza berbanding acidosis yang disebabakan oleh uraemia.

Terdapat 3 jenis acidosis tubul ginjal
  • Jenis 1
  • Jenis 2
  • Jenis 3

Dalam jenis ini permasalahannya adalah berkaitan dengan kekurangan ion hidrogen yang dirembeskan oleh tubul ginjal. Gangguan ini berlaku pada tubul distal ginjal. Keadaan ini menyebabkankan masalah pengasidan air kencing.


Penyebab

Antara sebab-sebabnya adalah:
  • Primer
    • Idiopatik
    • Keturunan yang disebabkan oleh perwarisan secara autosomal dominan
  • Autoimun
    • Lupus eritematosus sistemik
    • Sindrom sjogren
    • Hepatitis autoimun
  • Ginjal
    • Tubulointerstitium
      • Pyelonefritis kronik
      • Nefritis interstitium menyekat
      • Nefropati menyekat
      • Penolakan organ gantian
    • Nefrokalsinosis
      • Ginjal medulla berspan
  • Lain-lain 
    • Hipokalemia
    • Litium
    • Amfotericin
Acidosis tubul ginjal jenis ini dikaitkan dengan diabetis insipidus nefrogenik dan keadaan pembaziran garam.


Diagnosis

Acidosis jenis in diagnos dengan mennunakan pemeriksaan air kencing yang biasanya akan menujjukkan pH air kencing >5.5. Ini membawa maksud yang air kenicng tidak pernah menjadi acid. Ia didiagnos dengan ujian darah yang menunjukkan terdapat acidosis metabolik yang terukdengan jurang anion yang normal. Selain itu, paras klorida dalam darah adalah normal dan begitu juga dengan urea dan kreatinina. Walaubagaimana pun paras potasium adalah rendah manakala paras bikarbonat adalah <12.


Rawatan

Rawatan acidosis tubul injal jenis 1 melibatkan penggantian kalium dahulu dan sterusnya pemberian bikarbonat intravena selain pemberian ubat makanan bikarbonat yang biasanya untuk masa panjang. 


Komplikasi

Acidosis ini boleh menyebabkan nefrokalsinosis, hipokalaemia yang teruk, batu ginjal, kegagalan pembesaran dan jangkitan urin.


ASIDOSIS TUBUL GINJAL JENIS 2

Gangguan yang berlaku dalam acidosis tubul ginjal jenis 2 berlaku pada tubul proksimal ginjal. Ia jarang sekali berlaku dengan sendirinya dan selalunya diikuti dengan permasalahan tubul proksimal yang lain.

Berbeza daripada acidosis tubul ginjal jenis 1, permasalahan yang berlaku dalam jenis 2 adalah disebabkan ganguan penyeresapan semula ion bikatbonat oleh tubu ginjal menyebabkan kehilangan ion tersebut ke dalam air kencing.


Penyebab

Gangguan penyeresapan semula ion bikarbonat disebabkan oleh:

  • Keturunan
    • Autosomal dominan
  • Ginjal
    • Penyakit tubulointerstitium
      • Nefritis interstitium
      • Amiloidosis
      • Mioeloma
      • Kekurangan vitamin D
    • Beserta Fanconi
      • Sistinosis
      • Penyakit Wilson
      • Tidak sesuai dengan fruktos
      • Sindrom Sjogren
  • Ubat
    • Tetrasiklin yang telah lepas tarikh luput
    • Streptozotosin
    • Sulfonamida
    • Asetazolamida
    • Merkuri
    • Plubum

Diagnosis

Pesakit boleh mengalami masalah membuang air kencing yang banyak atau dikenali sebagai poliuria. 

Ujian air kencing yang dilakukan ke atas pesakit akan menunjukkan air kencing dengan pH kurang dari 5.4, kehadiran glukos dalam air kencing atau dinamakan glikosuria, kandungan fasfat yang tinngi atau dikenali dengan hiperfosfaturia. 

Selain itu gas darah arteri akan menunjukkan asidosis metabolik dengan jurang anion yang normal dan paras bikarbonat antara 14-20 mmol/l.

Ujian darah biasa menunjukkan klorid yang tinggi walaupun urea dan kreatinina biasanya normal. Kandungan kalium dalam darah boleh jadi normal atau rendah (hipokalemia)


Rawatan

Acidosis tubul ginjal jenis 2 dirawat dengan memberikan bikarbonat selain dari penggunaan diuretik tiazida dan pemberian kalium tambahan.


Komplikasi

Acidosis ini bolehmambawa kepada osteomalasia, rickets, dan sindrom Fanconi (fosfaturia, glikosuria, aminoaciduria)



Dalam acidosis tubul ginjal jenis 4, ganguan keseimbangan asid alkali berlaku disebabkan oleh kekurangan aldosteron atau kegagalan aldosteron untuk menjalankan fungsinya. 


Penyebab


Antara penyebabnya adalah:

  • Kekurangan mineralokortikoid
    • Hipoaldosteronisme hiporeninemik
      • Diabetes melitus
      • Ubatan
        • Ubat antiradang bukan steroid
        • Ciclosporin
    • Hipoaldosteronisme hiperreninemik
      • Hipoadrenalisme
      • Kegagalan bawaan enzim
      • Ubatan
        • Penghalang enzim pengubah angiotensin
        • Penghalang penerima angiotensin
  • Fungsi duktus pengumpul yang tidak normal
    • Ketiadaan atau kerosakan penerima mineralokortikoid
    • Penyakit tubulointerstitium kronik
    • Nefropati gout
    • Penyekat aliran kencing
    • Diuretik penganti kalium

Diagnosis

Acidosis tubul ginjal jenis 4 didiagnos dengan mengenalpasti pH air kencing yang asidik <5.4 selain paras plasma kalium, urea dan kreatinina yang tinggi. 

Ujian gas darah arteri menunjukkan asidosis metabolik dengan normal jurang gap dan normal bikarbonat.


Rawatan


Acidosis ini dirawat menggunakan mineralokortikoid dan flurokortikoid.


Komplikasi

Satu komplikasi pentingnya adalah hiperkalemia.


Jenis 1 | Jenis 2 | Jenis 4

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular