Pages

Cecair serebrospina

Inggeris = Cerebrospinal fluid
Huraian = Cecair jernih yang terdapat dalam tempurung kepala dan kanal spina. Cecair ini berfungsi sebagai pembekal nutrien kepada sistem saraf pusat dan penyerap kejutan untuk otak. Cecair serebrospina juga dikenali sebagai air tulang belakang.

KEPUTUSAN UJIKAJI


Tekanan

Tekanan normal:    60-200mmAir atau 8-12 sm bergaram

Penyebab tekanan tinggi


Protein

Kandungan protein normal:     0.2-0.4 g/l

Penyebab peningkatan kandungan protein
  • Jangkitan
    • Meningitis bakteria atau virus
    • Abses cerebrum
  • Vaskular
    • Infaksi cerebrum
    • Pendarahan subdura
    • Trombosis sinus dura
  • Penyahmielin
    • Skleorisis berbilang
  • Onkologi
    • Tumor cerebrum (primer atau metastasis)
Penyebab kandungan protein yang sangat tinggi (2-6 g/l)
  • Sindrom Gullain Barre
  • Penyempitan saraf disebabkan oleh tumor
  • Meningitis tuberkulosis atau fungus

Glukos

Kandunagn normal 2.8 - 4 g/l

Sebab-sebab kandungan glukos yang rendah atau ketiadaan glukos
  • Jangkitan
    • Meningitis yang disebabkan oleh
      • Bakteria
      • Tuberkulosis
      • Fungus
      • Virus
    • Encephalitis disebabkan oleh virus herpes simplek
  • Vaskular

Jalur oligoclonal

Kehadiran jalur oligoclonal dalam cecair serebrospina disebabkan oleh
  • Sklerosis pelbagai
  • Neurosarkoidosis
  • Neurosifilis
  • AIDS
  • Limfoma
  • Panenkefalitis mengerut subakut
  • Sindrom Gullain Barre
  • Pendarahan subarachnoid
  • Penyakit lyme

Kiraan cell putih

Ini boleh dipecahkan kepada dua iaitu polimof dan limfosit

Sebab-sebabnya adalah
  • Polimof
    • Meningitis bakteria
  • Limfosit
    • Jangkitan
      • Meningitis bakteria yang tidak dirawat sepenuhnya
      • Meningitis/ enkefalitis yang disebabkan oleh virus
      • HIV
      • Penyakit lyme
      • Penyakit polio
    • Vaskular
      • Angin ahmar
      • Trombosis sinus dura
    • Penyahmielin
      • Sklerosis pelbagai
    • Vaskulitis
      • Lupus eritematosus sistemik
      • Penyakit Bahcet
    • Hematologi
      • Limfoma
      • Leukemia

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular