Pages

Anemia pernisius

Inggeris = Pernicious Anaemia
Huraian = Sejenis anemia di mana terdapat penghasilan sel darah merah yang tidak sempurna dan kehadiran megaloblas dalam sum-sum tulang. Disebabkan kekurangan vitamen B12.

Anemia pernisius disebabkan oleh autoantibodi yang bertindak ke atas faktor intrinsik dan cel paritel. Ia berlaku 1 dalam 8000 warga emas yang berusia lebih 60 tahun.

Ia dikaitkan dengan

  • Perempuan
  • Mata biru
  • Rambut kelabu yang awal
  • Penduduk eropah utara
  • Kekeluargaan
  • Penyakit Hashimoto
  • Tirotoksikosis
  • Penyakit Addison
  • Hipoparatiroidism
  • Hipogammaglobulinemia
  • Karsinoma perut
  • Kumpulan darah A
  • Vitiligo
Pesakit biasanya mengalami kelemahan dan kelesuan.

Diagnosis dilakukan dengan menngunakan schilling test. Selain itu ujian darah pesakit akan menunjukkan paras bilirubin yang tinggi. 90% dari pesakit mempunyai antibodi anti-paritel sel manakala 50% mempunyai antibodi anti-tiroid.

Pesakit yang terbukti berkesan mengalami anemia pernisius memerlukan suntikan vitamin B12.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular