Pages

Akalasia esofagus

Gejala | Penyiasatan | Rawatan | Komplikasi

Inggeris = Achalasia of oesophagus
Huraian = Kegagalan esofagus untuk mengendur

GEJALA
Pesakit yang menghadapi akalasia akan sukar untuk menelan dan keadaan ini dinamakan disfagia. Dalam akalasia, disfagia biasanya berlaku untuk bahan larutan dan ketulan sejak dari awal. Akibatnya pesakit akan menghadapi masalah regurgitasi dan boleh membawa kepada sakit dada. Disebabkan oleh kesukaran untuk makanan turun ke dalam perut untuk diserap, pesakit yang mempunyai akalasia akan mengalami kehilangan berat badan. Selain itu mereka jugak akan terdedah kepada masalah radang aspirasi peparu.

PENYIASATAN
Akalasia boleh disiasat dengan menggunakan manometry esofagus dan juga menelan barium.

RAWATAN
Akalasia boleh dirawat dengan mengendurkannya secara endoskopik, pembedahan miotomy dan suntikan botulinum toxin kepada otot sfinkter bahagian bawah esofagus.

Komplikasi
Akalsia yang tidak dirawat boleh menyebabkan terjadinya kanser sel skuamus dan radang peparu aspirasi.

Gejala | Penyiasatan | Rawatan | Komplikasi

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular