Pages

Alahan Susu Lembu

Apa itu alahan susu lembu?

 "Susu terdiri dari protin,gula lemak,vitamin,bahan galian dan air.Ada sebahagian kanak-kanak mempunyai sistem immunologi abnormal yang bertindakbalas kepada protin susu. Ini menghasilkan keadaan dipanggil alahan kepada susu lembu.


Apakah ia masalah biasa?
  • Antara 1–5 % bayi ada alahan kepada protin yang terdapat dalam susu lembu dan susu formula yang berasaskan susu lembu.
  • Kebanyakan bayi akan bebas dari alahan susu lembu pada usia 2 atau 3 tahun.


Bagaimana mengesan alahan tersebut?

Tanda dan gejala akan timbul dalam jangka masa 6 bulan pertama 2 Jenis tindakbalas utama :
  • Serangan gejala nafas berbunyi, muntah,gatal ,ruam / bintat (urticaria), bengkak pelupuk mata dan bahagian lain badan(angioedema) dan tindakbalas seluruh badan(anaphylaxis) yang cepat dan menyerang secara tiba-tiba.
  • Tindabalas yang lewat adalah perkara yang lebih biasa dan ia mengakibatkan gejala termasuk berak cair, najis berdarah, muntah, perut memulas dan pembesaran terbantut (poor growth)
Dapatkan nasihat doktor untuk diagnosa kerana tanda-tanda ini juga biasanya timbul dalam penyakit lain.


Apa kemungkinan masalah yang timbul dari alahan susu lembu?

Masalah yang mungkin timbul termasuk :
  • Mempunyai risiko tinggi mengalami alahan seperti asma dan ekzema
  • Penyakit usus disebabkan alahan susu lembu menyebabkan anak tidak membesar.
  • Kekurangan zat makanan boleh berlaku sekiranya penukaran susu bukan berasaskan susu lembu tidak dilakukan pada peringkat bayi.
  • Kemungkinan berlaku kematian akibat serangan teruk (anaphylaxis)

Bagaimana alahan terhadap susu lembu dirawat?
  • Bagi kes alahan susu lembu yang teruk, ubatan seperti epinephrine/adrenaline dan antihistamin adalah perlu.
  • Elakkan pengambilan semua makanan berasaskan susu lembu.
  • Ibu yang menyusukan anak mereka juga dihalang dari mengambil makanan berasaskan susu lembu.
  • Bayi yang diberi susu formula disyorkan menukar kepada susu yang berasaskan soya atau yang diproses menjadi separa hadam (chydrolysate based formula).Bagi kes yang teruk tukarkan kepada susu yang berasaskan asid amino dan ini mungkin boleh membantu.
  • Vitamin D dan tambahan kalsium mungkin perlu jika anak anda tidak mengambil susu.
  • Susu lembu mungkin boleh diberikan semula kepada anak anda pada usia 12 ??? 18 bulan dengan pengawasan doktor.

Apakah cara mencegah alahan susu lembu?
  • Memberi susu badan sepenuhnya selama 6 bulan adalah digalakkan kepada bayi yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami alahan seperti asma,eczema untuk melewatkan gejala jika bayi anda ada alahan pada susu lembu.
  • Sekiranya bayi anda terpaksa diberi susu formula, susu yang telah diproses menjadi separa hadam (chydrolysate based formula) adalah pilihan yang terbaik.

Peringatan
  • Alahan bersilang antara susu lembu dan susu soya mungkin berlaku pada sesetengah bayi. Lebih kurang 15% bertindak cepat kepada alahan susu lembu manakala setengah dari mereka mengalami alahan yang lebih lewat adalah alahan kepada protein susu soya.
  • Baca pada label makanan dan elakkan makanan yang mengandungi atau bahan yang berkaitan dengan protin susu seperti coklat,manisan yang bercampur susu,daging salai dan sosage.
  • Dapatkan nasihat pakar pemakanan berkaitan kandungan makanan yang kurang pasti.
  • Apabila anak semakin membesar penerangan perlu diberikan kepada mereka mengapa perlunya dia mesti mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi susu lembu.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular